1. Rangkap pertama menyatakan sifat orang yang riak dalam melakukan amal ibadat, berbuat amal untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Rangkap kelima menyatakan sifat orang yang riak dalam percakapan, yang ingin menunjukkan dirinya mempunyai ilmu yang tinggi. Rangkap keenam menyatakan sifat orang yang riak dalam berpakaian, iaitu memakai pakaian secara berlebih-lebihan.
2. Perbuatan riak dapat menghapuskan segala pahala amalan yang telah kita lakukan; dapat membinasakan martabat dan kemuliaan seseorang; sukar menerima pandangan orang lain kerana menganggap dirinya terlalu hebat; serta dibenci oleh masyarakat setempat.
3. Pengajaran dalam syair tersebut ialah kita haruslah melakukan amal ibadat dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita mestilah menghindari perbuatan riak kerana riak termasuk dalam perbuatan syirik kepada Allah. Kita mestilah mengutamakan kebersihan diri kerana kebersihan sebahagian daripada iman.
4. Perkara yang dibenci Tuhan dalam syair ini adalah mengerjakan ibadat untuk mendapat pujian manusia; orang yang mempamerkan tingkah laku yang alim tetapi sebenarnya hati dan jiwanya tidak sesuci itu; orang yang menampakkan dirinya sebagai alim kerana mempunyai hasrat untuk menjadi pemimpin agama.
5. Cara saya menunjukkan cinta kepada Tuhan adalah menunaikan segala kewajipan dalam beribadat, mematuhi segala ajarannya, serta menasihati kawan-kawan saya yang berkelakuan negatif.
6. Tiga persoalan dalam syair ini ialah persoalan Allah Maha Mengetahui dan dapat membaca isi hati manusia, persoalan kehadiran golongan tertentu yang menunjukkan sifat alim untuk mendapat pujian serta persoalan kewujudan golongan alim yang hipokrit.
7. Maksud rangkap keempat syair di atas ialah ada perbuatan riak yang ditunjukkan melalui kehebatan ilmunya dalam percakapan untuk membuktikan dirinya berpengetahuan luas sehingga sering mencampuradukkan antara ilmu yang benar dan yang sebaliknya.
8. Untuk menghindari sifat riak, seseorang itu perlu mengakui bahawa setiap orang mempunyai kebolehan masing-masing. Kita perlu mewujudkan budaya ingin bersaing secara sihat. Seseorang itu perlu bersyukur jika dia ternyata memiliki keistimewaan yang tiada pada orang lain. Seseorang itu perlu sedar bahawa keistimewaan yang dimilikinya hanyalah bersifat sementara yang dipinjamkan oleh Tuhan kepadanya.
9. Tiga latar masyarakat yang tergambar dalam syair ini ialah masyarakat yang melakukan sesuatu perbuatan kerana mengharapkan balasan, masyarakat yang hanya mementingkan amalan keagamaan tanpa menitikberatkan aspek kebersihan dalam berpakaian, serta masyarakat yang petah berbicara walaupun kadangkala terdapat fakta yang disampaikan kurang tepat.
2 comments:
Thank you!!
Terima kasih ianya sangat berguna :)
Post a Comment