Orang Melayu mempunyai
pelbagai cabang seni bahasa yang patut dibanggakan. Antaranya ialah kemahiran
dan kebijaksanaan membina dan mencipta kata-kata bidalan, perumpamaan, pantun,
peribahasa, dan lain-lain. Tentu kita banyak mendengar dan melihat peribahasa
orang zaman dahulu. Antaranya ialah ‘kacang lupakan kulit’, ‘bagai isi dengan
kuku’, ‘air dicincang tidak akan putus’, dan lain-lain. Semuanya sudah sinonim
dan terkenal dengan masyarakat masa kini.
Salah satu peribahasa
yang amat terkenal ialah ’seperti katak di bawah tempurung’. Peribahasa ini
rnembawa maksud orang yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya.
Peribahasa ini amat berguna dan bermakna kerana ia membawa maksud orang seperti
ini tidak mengetahui kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Maka jadilah
seperti seekor katak yang berada di bawah tempurung yang tidak tahu apa yang
berlaku di luar tempurung tersebut. Ia seolah-olah terkurung dan tidak dapat
rnembezakan keadaan di dalam dan di luar.
Peribahasa ini
bolehlah dikaitkan dengan satu kisah yang berlaku pada diri seorang wanita
bernama Aminah. Dia tinggal seorang diri setelah ibu bapanya meninggal dunia
lebih kurang tiga tahun yang lain. Dia tidak hidup melarat kerana ayah dan
ibunya telah meninggalkan harta yang banyak. Aminah seorang yang agak pendiam
dan tidak mempunyai ramai kenalan. Dia cuma mengharapkan wang daripada harta
yang ditinggalkan oleh ibu bapanya untuk menyara kehidupannya. Wang daripada
pajakan tanah sawah seluas lima relong, tanah kebun seluas lima hektar, rumah
sewa sejumlah lima buah, serta rumah sendiri memberikan pendapatan yang
lumayan. Aminah seorang yang pendiam dan jarang berbual. Dia tidak stika
menonton televisyen atau membaca surat khabar. Oleh itu, sudah tentu dia tidak
rnengetahui hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.
Hari-hari yang dilalui
oleh Aminah berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari dia didatangi
oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Osman. Dia datang
menemui Arninah kerana dia hendak menjual tanah seluas empat hektar kepada
Aminah. Alasannya ialah dia tidak mahu tanah itu jatuh ke tangan pihak yang
tidak bertanggungjawab. Aminah yang berminat untuk rnembeli tanah tersebut
telah meminta Osman menyerahkan geran tanah yang hendak dijual itu. Osman
bersetuju lain pulang ke rumahnya Aminah berasa gembira kerana dia memang
berhajat untuk membeli tanah itu untuk menambahkan hartanya. Malah, bagi Aminah
dengan pembelian tanah itu dia rnampu untuk menambah pendapatan bulanannya.
Dua hari kemudian,
Osman datang lagi bersama-sama dengan geran tanah yang dipinta oleh Arninah
tempoh hari. Setelah ditunjukkan kepada Aminah, mereka berbincang tentang harga
yang dipersetujui. Osman ingin menjual tanah tersebut sebanyak RM75,000.00
tetapi Aminah meminta dikurangkan kepada RM70,000.00 sahaja. Osman bersetuju
lalu meminta bayaran sebanyak RM50,000.00 sebagai pendahuluan. Aminah
memberitahu bahawa wangnya ada di bank. Lalu, Osman mencadangkan mereka pergi
ke bank bersama-sama untuk mengambil wang tersebut. Aminah bersetuju dengan cadangan
Osman untuk memberikan RM50,000.00 kepada Osman sebagai pendahuluan.
Bakinya pula akan
diberi semasa membuat pertukaran nama pada geran nanti. Osman yang amat gembira
dengan pemberian wang tersebut berjanji akan datang dengan segera untuk
menyelesaikan hal pertukaran nama pada geran tanah tersebut. Aminah pun pulang
dengan rasa senang hati kerana sudah harnpir pasti dia akan memiliki tanah itu.
Apabila hari yang
dijanjikan, Aminah menunggu Osman di perkarangan Pejabat Tanah. Dia rnenanti
dengan penuh harapan agar Osman muncul untuk menyelesaikan perkara itu. Tetapi
hampir empat jam Aminah menunggu, namun bayang-bayang pun tidak kelihatan. ilia
cuba menghubungi nombor telefon yang diberi oleh Osman namun ternyata nombor
itu adalah palsu. Dia yang berasa tidak senang hati telah masuk ke dalam
Pejabat Tanah dan meminta salah seorang daripada pegawai di situ rnenyemak
geran tanah yang dikatakan milik Osman itu. Ternyata geran tanah itu adalah
palsu. Pegawai itu menyatakan bahawa semua kakitangan sudah diberitahu tentang
seorang lelaki yang menjalankan aktiviti penipuan penjualan tanah di serata
tempat. Pihak mereka juga telah mengiklankan kegiatannya di akhbar-akllbar,
televisyen, dan majalah.
Nyatalah Aminah ditipu
dan dia menyesal kerana tidak mahu mengambil tabu tentang perkara yang berlaku
di sekelilingnya. Osman merupakan seorang penipu dan orang kampung sudah pun
dimaklumkan mengenai kegiatannya. Aminah hampir pengsan mengenangkan nasibnya
yang ditipu oleh Osman.
Kesimpulannya, kita
perlulah mengambil iktibar tentang kejadian yang berlaku ke atas diri Aminah.
Dari kisah tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa keadaan ini merupakan satu
kerugian kepada kita. Biarlah kita menjadi seorang yang tabu segala yang
berlaku di sekeliling kita. Janganlah menjadi seperti ‘katak di bawah
tempurung’, kelak kita juga yang akan rugi.
No comments:
Post a Comment