1. Bahasa Melayu disebarkan melalui pelaut yang belayar di negara-negara di seluruh nusantara. Mereka menjalinkan hubungan dengan masyarakat di negara tersebut dan menyebarkan bahasa Melayu.
2. Kita perlu mendaulatkan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa perpaduan yang menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Bahasa Melayu merupakan khazanah yang amat berharga untuk diwariskan kepada generasi akan datang.
3. Persoalan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, misalnya bahasa Melayu digunakan secara rasmi dan dijadikan bahasa pertuturan utama oleh rakyat di negara kita. Persoalan kecekalan hati para pejuang bahasa, contohnya pejuang-pejuang bahasa begitu cekal dalam mendaulatkan bahasa Melayu di tanah air tercinta dan mengembangkan pengaruhnya ke seluruh dunia.
4. Maksud baris sajak tersebut ialah hidup selama-lamanya bahasa saya.
5. Jika langkah-langkah untuk mempertahankan maruah bahasa kebangsaan tidak dilaksanakan dengan sebaik mungkin, bahasa kebangsaan akan dicemari oleh penggunaan bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Rakyat Malaysia akan hilang identiti nasionalnya. Bahasa asing mungkin akan diutamakan akibat proses penjajahan bahasa.
6. Dalam sajak ini terdapat nilai mencintai bahasa sebagai warisan bangsa. Bahasa yang dimiliki oleh penyajak menyusuk kalbunya. Terdapat juga nilai bangga. Penyajak berasa bangga kerana bahasanya berkembang di peringkat antarabangsa.
6. Dalam sajak ini terdapat nilai mencintai bahasa sebagai warisan bangsa. Bahasa yang dimiliki oleh penyajak menyusuk kalbunya. Terdapat juga nilai bangga. Penyajak berasa bangga kerana bahasanya berkembang di peringkat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment