Puisi Tradisional
(Pantun Lapan Kerat)
Rangkap 1
Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang
beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda
kejayaan.
Rangkap 2
Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih
menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah.
Rangkap 3
Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa.
Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga
turut diabaikan.
Keagamaan
1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1)
2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap
2)
3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)
1. Mempunyai 3
rangkap.
2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.
3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : ikan teluk
parang-parang ( 3 perkataan – rangkap 2)
Contoh : biarlah sabar
dengan perlahan ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Di tepi halaman menanam kubis ( 5 perkataan –
rangkap 1)
4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata.
5. Rima akhir abcdabcd
6. Bentuk pantun terikat.
Gaya Bahasa
1. Unsur bunyi
Asonansi - kerana
lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6)
Aliterasi – bumi kandungan nenek
moyangku (rangkap 3 baris 5)
2. Sinkof
Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris
5)
3. Kata ganda
Anak ketam
disangka lelabi (rangkap 2 baris 2)
Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4)
Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5)
Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1)
4. Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya
Haiwan – ikan , ketam, lelabi
Alam – hutan, langit, bumi
1. Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis.
2. Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita
dengan segala anugerah Allah kepada kita.
3. Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita
beroleh kejayaan.
2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai
pemimpin.
3. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.
LATIHAN.
1.
Berikan maksud rangkap Pantun Lapan Kerat dibawah.
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman
Tidak patah digoncang iblis
Akhirnya menang berjaya.
2.
Nyatakan unsur-unsur alam yang terdapat dalam Pantun Lapan Kerat.
JAWAPAN
1. Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang
beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda
kejayaan.
2. Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya
Haiwan – ikan , ketam, lelabi
Alam – hutan, langit, bumi
No comments:
Post a Comment