Wednesday, February 22, 2012

Jawapan Latihan Sajak Bangkitlah

1.  Generasi muda harus segera bertindak untuk menerokai hasil bumi yang banyak sebelum habis dirampas oleh orang lain.

2.  Generasi muda hari ini kurang berminat untuk menceburi bidang pertanian atau bercucuk tanam kerana mereka menganggap bahawa bidang pertanian sebagai bidang yang berstatus rendah dan tidak menjanjikan pulangan yang lumayan. Mereka kurang mendapat pendedahan tentang keistimewaan bidang pertanian. Mereka lebih berminat untuk menceburi bidang lain yang sesuai dengan kelulusan yang dimiliki.

3.  Bentuk sajak ini terdiri daripada lima rangkap. Setiap rangkap mempunyai empat hingga lima baris. Rima akhir setiap rangkap adalah bebas, iaitu abcd bagi rangkap pertama, abbc bagi rangkap kedua, abccd bagi rangkap ketiga, abcde bagi rangkap keempat, dan abcd bagi rangkap kelima. Sajak ini berbentuk bebas.

4.  Penyajak menegur anak-anaknya kerana anak-anak akan menghadapi krisis makanan. 

5.  Setiap ahli masyarakat mesti membekali diri dengan ilmu pengetahuan. Masyarakat mesti berusaha untuk maju.  Masyarakat mesti tabah mengharungi rintangan dan dugaan yang mendatang. Dengan ini masyarakat diharap tidak akan ketinggalan dalam peredaran zaman.

6.  Dalam sajak ini terdapat persoalan keadaan anak-anak yang masih leka. penyajak terpaksa berkali-kali menggesa anak-anak untuk bangun. Terdapat juga persoalan kesusahan yang bakal dihadapi oleh mereka yang lalai. Sekiranya anak-anak tidak bangun, mereka akan menghadapi krisis tiada makanan. 

7.  Maksudnya ialah waktu siang telah lama berlalu.

8.  Seseorang pelajar patut menghindari sikap malas dan suka bertangguh ketika mengulang kaji pelajaran supaya pelajaran tidak terjejas. Sikap malas dan suka bertangguh merupakan senjata paling berkesan untuk gagal. Jika tidak malas, cita-cita dan impian seseorang pelajar yang menginginkan kejayaan dan kecemerlangan dalam akademik tidak terkubur. Pelajar sebagai pemimpin masa depan negara juga bertanggungjawab menjaga keharmonian negara. Ekonomi negara terjejas kerana daya pengeluaran negara merosot akibat daripada produktiviti penduduk yang berkurang.

9.  Tiga aspek gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut ialah personifikasi, metafora, dan anafora. Contoh personifikasi ialah dan burung-burung belum lama menjamah awam. Contoh metafora ialah perut belantara. Contoh anafora, iaitu pengulangan kata bangkitlah pada baris kedua rangkap pertama dan kelima.

No comments: