1. Pemantun terkenang akan nasibnya yang malang, namun dia tidak menyalahkan ibu yang telah mengandungkannya. Pemantun juga terkenang akan kekasihnya yang telah mendapat teman baharu menyebabkan dirinya sudah tidak dipedulikan lagi.
2. Kita tidak boleh berharap kepada nasib semata-mata kerana kita akan mudah kecewa apabila sesuatu hajat tidak kesampaian. Sikap terlalu berharap kepada nasib akan menjadikan kita malas berusaha. kita mesti berusaha untuk berjaya tanpa berserah kepada takdir semata-mata.
3. Nilai kekuatan hati terdapat dalam pantun tersebut. Dengan adanya kekuatan hati, segala kepedihan dan kekecewaan akan dapat diatasi. Terdapat juga nilai ketabahan. Tabah menghadapi dugaan yang mendatang sebagai akibat nasib malang yang menimpa diri dan ditinggalkan oleh orang yang disayangi.
4. Sudah dapat orang yang baru, yang lama tidak berkenan lagi bermaksud apabila sudah mengenali kawan baharu, kawan yang lama tidak diminati lagi.
5. Kita tidak seharusnya bersikap begitu kerana kita akan menyinggung perasaan kawan lama. Kita seharusnya menghargai persahabatan kawan baharu dan lama. Kita mesti menghormati rakan-rakan kita.
6. Maksud baris rasa pedih buat tak hirau ialah kekecewaan yang dialami tetapi tidak diambil peduli.
7. Jika saya mengalami kegagalan dalam peperiksaan, saya akan belajar dengan lebih tekun. Saya akan mengubah teknik pembelajaran yang sedia ada kepada teknik pembelajaran yang lebih berkesan. Saya juga boleh meminta bantuan rakan yang bijak dalam satu-satu mata pelajaran yang kurang saya fahami. Saya juga harus rajin bersembahyang atau berdoa selalu agar segala usaha saya diberkati oleh Tuhan.
8. Tiga persoalan yang terdapat dalam pantun tersebut ialah persoalan kekuatan diri ketika berdepan dengan kekecewaan dalam percintaan, persoalan reda atas ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan, serta persoalan kesetiaan seseorang terhadap pasangannya.
No comments:
Post a Comment