Wednesday, February 15, 2012

Soalan Latihan Sajak Bangkitlah

1.  Berdasarkan rangkap ketiga sajak ini, apakah yang perlu dilakukan oleh generasi muda?  ( 2 markah )
2.  Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda hari ini kurang berminat untuk menceburi bidang pertanian atau bercucuk tanam?  ( 4 markah )
3.  Nyatakan tiga sifat bebas bagi bentuk sajak ini.  ( 3 markah )
4.  Mengapakah penyajak menegur anak-anaknya bahawa mereka akan menangis?  ( 2 markah )
5.  Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan supaya masyarakat tidak ketinggalan dalam peredaran zaman?   ( 3 markah )
6.  Huraikan dua persoalan dalam sajak ini.   ( 4 markah )
7.  Apakah maksud rangkai kata matahari sudah tinggi di puncak gunung berdasarkan rangkap pertama sajak di atas?  ( 2 markah )
8.  Pada pendapat anda, mengapakah seseorang pelajar patut menghindari sikap malas dan suka bertangguh ketika mengulang kaji pelajaran?   ( 3 markah )
9.  Nyatakan dua aspek gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.  ( 4 markah )

No comments: