Bangkitlah
(Rejab F.I)
|
Rangkap 1
Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar
daripada terlena dibuai kelalaian. Negara sudah lama merdeka dan semakin
maju.
Rangkap 2
Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa asing sibuk merebut kekayaan
tanah air. Penyajak tertanya-tanya mengapa anak bangsanya masih leka.
Rangkap 3
Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit dari lena agar mereka tidak
menyesal. Kekayaan hasil bumi negara semakin berkurangan dek pembangunan.
Rangkap 4
Penyajak berasa risau akan masa
depan bangsanya yang mungkis terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan. Beliau
tidak mahu bangsanya berputih mata.
Rangkap 5
Jikalau bangsanya tidak mahu perkara itu berlaku, mereka perlu bangkit dan
berusaha. Masih ada waktu dan kesempatan mereka untuk maju dan mengejar arus
pembangunan.
|
Kesedaran anak bangsa perlu untuk bangkit daripada leka dalam mengejar arus
pembangunan selepas kemerdekaan. Mereka harus merebut kemakmuran negara agar
tidak menyesal.
|
1.
Persoalan kepentingan
mengejar arus pembangunan.Arus pembangunan perlu disedari dan diikuti oleh
anak-anak.
2. Persoalan kemajuan dan
pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka.Kemajuan dan
pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapapun.
3.
Persoalan sumber bumi
dan khazanah negara semakin berkurangan.Hal
ini perlu disedari oleh semua orang.
4.
Persoalan masa depan
anak bangsa yang masih leka. Kelekaan anak bangsa merunsingkan penyajak tentang
masa depan mereka.
|
1.
Bebas
2.
Terdapat 5 rangkap
3.
Rima akhir baris-baris
ayat
·
Rangkap 1 terdapat 4
baris ayat. Rima akhirnya abcd.
·
Rangkap 2 terdapat 4
baris ayat. Rimanya abbbc
·
Rangkap 3 terdapat 5
baris ayat. Rima akhirnya abccd
·
Rangkap 4 terdapat 5
baris ayat. Rima akhirnya abcde
·
Rangkap 5 terdapat 4
baris ayat. Rima akhirnya abcd
|
Patriotik
|
1.
Ayatnya pendek-pendek
Contohnya :
bangkitlah
2.
Diksi – mudah difahami
dan puitis
Contohnya : Anak-anak yang sedang lena
3.
Aliterasi – perulangan
konsonan’n’
Contohnya : burung-burung
berterbangan di udara
4.
Asonansi – perulangan
vokal ’a’
Contohnya: : Anak-anak yang
sedang lena
5.
Sinkope
Contohnya; kau
6.
Perlambangan
Contohnya ; anak-anak, matahari, puncak
gunung, madu bumi, perut belantara
7.
Personifikasi
Contohnya : burung-burung
belum menjamah awan.
|
1.
Nilai kegigihan..
Kegigihan diperlukan untuk mengejar kekayaan..
2.
Nilai kerjasama ..Semangat ini diperlukan untuk
merebut peluang yang ada.
3.
Nilai kerajinan.
Kerajinan diperlukan untuk memajukan diri.
|
1.
Kita tidak boleh leka
walaupun telah merdeka.
2.
Kita perlulah merebut
peluang yang ada.
3.
Kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk maju.
4.
Kita janganlah leka kerana kelekaan menyebabkan kita
menderita dan terus dihimpit kemiskinan.
|
1.
Apakah yang dimaksudkan
oleh penyajak dengan perkataan bangkitlah?
Jawapan: sedarlah/ insaflah
2.
Apakah unsur gaya bahasa
kaumakan?
Jawapan: sinkope
No comments:
Post a Comment