1. Pengarah itu pecah amanah, iaitu menyelewengkan hak milik orang lain untuk kepentingan diri.
2. Jika saya seorang petani, saya akan bekerja dengan lebih gigih. Saya akan menggunakan kaedah pertanian moden yang dapat mengeluarkan hasil yang lebih banyak. Saya akan menyertai kursus anjuran kerajaan yang dapat memberikan bimbingan dan panduan untuk menjadi petani yang berjaya. Saya juga akan membuat pinjaman untuk mengusahakan kebun atau ladang dalam skala yang lebih besar.
3. Sajak ini ada unsur metafora, contohnya ruang kedaifan. Terdapat juga unsur hiperbola, misalnya mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara. Terdapat juga penggunaan sinkope seperti 'tapi.
4. Maksudnya adalah yang sudah lama berada dalam kehidupannya.
5. Untuk mengelakkan diri daripada ditipu, saya akan menyelidik latar belakang syarikat pelaburan itu sebelum melabur. Saya tidak akan melaburkan kesemua wang yang ada. Saya hanya akan menyimpan wang di dalam bank dan tidak melaburkan wang dalam mana-mana syarikat pelaburan.
6. Pengajaran dalam sajak ialah kita perlu amanah mengendalikan pelaburan orang ramai. Hal ini kerana pelabur-pelabur yang terlibat mungkin melaburkan kesemua wang hasil titik peluhnya dan nasib keluarganya bergantung kepada pelaburan itu. Kita juga hendaklah bijak menyelidik sebelum membuat pelaburan. Hal ini kerana ada syarikat-syarikat pelaburan yang tidak amanah.
7. Untuk menangani perbuatan pecah amanah dalam kalangan masyarakat, kita perlu menerapkan pendidikan agama dan moral secara intensif. Kita perlu memberikan pendidikan bahawa perbuatan pecah amanah akan menghancurkan agama, bangsa, dan negara. Kementerian Pelajaran boleh memasukkan topik berkaitan dengan pecah amanah dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kerajaan mengenakan undang-undang yang lebih tegas ke atas pesalah yang terlibat dalam amalan pecah amanah. Media massa perlu memainkan peranan penting dengan menyiarkan maklumat tentang keburukan amalan pecah amanah.
8. Persoalan kejujuran dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, contohnya penyajak menggambarkan sikap tidak jujur dan tidak amanah sesetengah pegawai yang berpangkat besar yang melakukan pecah amanah. Persoalan kegigihan dalam mencari rezeki untuk menyara keluarga, misalnya kegigihan kaum nelayan menangkap ikan di laut. Persoalan ketabahan dalam menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam kehidupan, misalnya seorang petani tabah membesarkan anak-anaknya dengan bercucuk tanam.
No comments:
Post a Comment