Thursday, February 16, 2012

Jawapan Latihan Pantun Lapan Kerat

1.  Bahasa ibunda hina terbiar bermaksud bahasa Melayu kian disisihkan oleh bahasa-bahasa asing.

2.  Kepentingan sifat sabar ialah manusia akan lebih berhati-hati dalam menghadapi perjuangan hidup. Manusia akan memiliki sifat ketahanan diri yang berterusan dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Manusia akan lebih rajin dalam usaha untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan.

3.  Dua persoalan dalam pantun tersebut ialah persoalan dalam menempuh dugaan hidupnya. Pemantun mengingatkan pembaca agar sabar melawan godaan iblis yang berusaha untuk merosakkan iman seseorang. Sabar ialah kunci kemenangan bagi orang yang beriman. Persoalan budaya Timur dan bahasa Melayu sebagai akibat pengaruh budaya Barat juga dikemukakan. Setiap orang perlu mempertahankan budaya Timur dan bahasa ibunda daripada tercemar oleh budaya asing.

4.  Kebudayaan kita boleh dipertahankan dengan memupuk rasa bangga terhadap warisan kebudayaan kita kepada anak-anak muda sejak kecil lagi. Kerajaan juga boleh sering mengadakan pameran tentang kebudayaan kita. Masyarakat boleh menggalakkan anak-anak muda melibatkan diri dengan aktiviti kebudayaan.

5.  Pengajaran dalam pantun tersebut ialah kita mesti mengakui keagungan Tuhan. Cucu Adam yang menjadi khalifah kepada Allah mengesahkan keagungan Tuhan. Kita juga perlu bertanggungjawab menjaga bumi yang diwarisi. Hal ini kerana kelalaian kita boleh menyebabkan bumi rosak binasa. 

No comments: