Kecek
(Abdullah Awang)
Rangkap 1
Seorang yang berjawatan pengarah dalam sebuah bank sibuk mengumpul
kekayaan dengan hasil simpanan pelanggan. Semasa menjalankan tugas dia begitu
licik pecah amanah dan menggelapkan wang. Perbuatan jenayah itu telah lama
dilakukan.
Rangkap 2
Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan.
Dia tabah dalam membesarkan anak-anak dan menyara keluarga. Namun dia tidak
pernah mengambil hak orang lain dalam usaha untuk keluar dari belenggu
kemiskinan.
Rangkap 3
Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan.
Anak-anaknya turut dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga
tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain sepanjang meniti
kehidupan yang semakin lama semakin menghimpit.
Rangkap 4
Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan dicatatkan. Mereka
akan mendapat pembalasan dari Tuhan seperti yang telah dijanjikan.
Sikap amanah. Dalam mencari rezeki kita
perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara
keluarga. Golongan yang berjawatan didapati seringkali pecah amanah untuk
hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah.
1. Persoalan sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi.
2. Persoalan golongan miskin terus dibenggu kemiskinan
dan hidup susah.
3. Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan
seperti yang dijanjikan oleh
Allah
1. Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
-
Rangkap 1 - 8 baris
ayat
-
Rangkap 2 - 11 baris
ayat
-
Rangkap 3 - 12 baris
ayat
-
Rangkap 4 - 5 baris
ayat
3. Rima akhir setiap rangkap
-
Rangkap 1 – abbcddba
-
Rangkap 2 –
abcdccedccb
-
Rangkap 3 –
abcccdebcfgc
-
Rangkap 4 – abcbd
Sinis.
1.
Ayatnya pendek-pendek
Contohnya
; di kampung
2.
Diksi – mudah difahami
Contohnya:
seorang nelayan
3.
Aliterasi – perulangan
konsonan’n’
Contohnya : dan mengunci sedozen
anak-anaknya
4.
Asonansi – perulangan
vokal ’a’
Contohnya
:di dalam pagar sengsara
5.
Perulangan perkataan
’di’
Contohnya
:di sebuah, di pantai
6.
Metafora
Contohnya :
akaun kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara,
pusaran nasib,
papan hidupnya, rumah keadilan
7.
Perlambangan
Contohnya ; akaun, musim berlumut.
1.
Nilai amanah dalam
menjalankan tugas. Apabila menjalankan tugas, laksanakan dengan penuh amanah.
2.
Nilai bertanggungjawab
dalam mencari rezeki yang halal.Bertanggungjawablah untuk mencari yang halal.
3.
Nilai kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan.
Walaupun kesusahan melanda, kita perlu gigih berusaha mencari rezeki.
4.
Nilai simpati terhadap
nasib golongan kurang berada.Perasaan ini perlu wujud terhadap golongan
kurang berada.
5.
Nilai rasional dalam
peredaran kehidupan.Untuk menjalani kehidupan, kerasionalan amat diperlukan.
1.
Kita hendaklah amanah
semasa menjalankan tugas.
2.
Kita hendaklah menjadi
seorang bapa yang bertanggungjawab
mencari rezeki
yang
halal.
3.
Kita tidak boleh
mencari kekayaan dengan menindas orang lain.
1.
Apakah jenis gaya
bahasa di rahang laut ternganga?
Jawapan: personifikasi
2.
Apakah yang
dimaksudkan dengan sedozen
anak-anaknya?
Jawapan: 12 orang jumlah
anak-anaknya
|
No comments:
Post a Comment