Peribahasa ‘Genggam
bara api biar sampai jadi abu’ bermaksud membuat sesuatu perkara harus
bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh
dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah
dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada tahun 1937. Semasa
usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau
dibesarkan oleh ibunya bersama-sama dengan lima orang adik-beradik yang lain.
Sejak itu, beliau
mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama abangnya. Beliau
bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahandanya. Niatnya untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan
masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya. Akhimya, dia mengambil
keputusan untuk memohon menjadi guru. Ketika itu gaji permulaannya adalah RM50
sahaja. Wang sebanyak RM50 digunakan untuk membantu meringankan beban
tanggungan ibunya. Sewaktu berusia 19 tahun, beliau telah bertemu jodoh dan
akhimya berkahwin dengan seorang guru bemama Arbibah Abu Bakar. Mereka telah
dikumiakan seramai 12 orang anak, tujuh orang lelaki, dan lima orang perempuan.
Apabila mengenangkan
nasibnya yang tidak berupaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi, beliau menanamkan cita-cita untuk memastikan setiap anak-anaknya
berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Beliau cukup prihatin dengan
keperluan keluarganya dan sanggup bersusah payah demi menjamin kebahagiaan
mereka sekeluarga. Cikgu Abu Hanit ini gigih berusaha untuk menambah pendapatan
keluarga seperti menjual buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperoleh di
kebunnya yang seluas seekar di Serendah, Selangor. Selain itu, beliau sering
membawa anak-anaknya menjala ikan di sungai bagi menambah sumber makanan
seharian. Beliau turut membela ayam dan itik di sekitar rumahnya. Isterinya
pula rajin menyediakan kuih-muih untuk jualan. Setiap pagi, sebelum pergi ke
sekolah, kuih-muih ini akan dihantar oleh anak-anaknya di gerai-gerai makan.
Kehidupannya yang
susah menyebabkan beliau berazarn untuk mengubah nasib anak-anaknya. Beliau
telah memberikan pelajaran yang sempurna kepada anaknya. Baginya anak-anak
adalah arnanah Tuhan. Tanggungjawab ibu bapa ialah menyempurnakan kehidupan
anak-anak. Beliau seorang yang lembut tetapi tegas semasa mendidik anak-anak.
Semuanya dididik dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Anak-anaknya
dididik supaya mempunyai jadual waktu sendiri. Ada masa untuk belajar, masa
membuat kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran, berjemaah, mengaji, dan
bermain. Mereka tahu tanggungjawab masing-masing dan semua ahli keluarga mesti
patuh dengan peraturan dan hormat kepada orang yang lebih tua. Beliau
menyediakan sebatang rotan untuk menakut-nakutkan anaknya agar tidak leka
dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. Sekiranya mereka membuat kesalahan
di sekolah, beliau akan mengizinkan anak-anak untuk dirotan oleh guru. Beliau
berpegang kepada prinsip ‘boleh merotan, tetapi jangan sarnpai mencederakan’.
Cabaran yang paling
utarna ialah kekurangan wang bagi membayar yuran pengajian dan belanja
persekolahan. Banyak keperluan seperti buku tarnbahan yang diminta oleh anaknya
tidak dapat disediakan. Mereka hanya menggunakan buku-buku abang atau kakak
mereka sebagai rujukan. Kejayaan anak-anaknya yang tua sebenarnya banyak
memberi dorongan kepada anak-anaknya yang lain. Beliau bukan setakat berjaya
membentuk anak-anaknya sehingga berjaya dalarn kerjaya masing- masing malahan
beliau turut memberi sumbangan besar kepada masyarakat. Sebagai contoh, dia
berjaya membangunkan Kampung Tok Pinang, Serendah.
Setelah mengharungi
cabaran dalarn kehidupan, beliau kini boleh tersenyum bangga melihat
anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam pelbagai bidang. Kejayaan
anak-anaknya sebenarnya adalah berkat ketabahan, ketekunan, dan pengorbanan
yang diberikan selarna ini. Semua anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran
ke pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. Sekarang mereka berjaya
dalam bidang masing-masing di seluruh negara, sarna ada di sektor awarn mahupun
di sektor swasta. Anak perempuan sulungnya berusia 46 tahun bekerja sebagai seorang
guru dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Malaya,
manakala yang bongsu baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat sarjana
dalam bidang perniagaan. Dua orang lagi anak perempuannya juga sedang
melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Amerika dan England.
Sekarang dia boleh
mengutip buah dan hasilnya. Rumah besar yang didiarni kini adalah basil titik
peluhnya dan sumbangan anak-anak. Semua anaknya berperibadi mulia dan tabu
membalas jasa orang tua. Kini beliau sudah bersara dan tidak perlu lagi memerah
keringat, namun masa lapangnya digunakan untuk berkebun di tanah seluas tiga
setengah ekar.
Pemilihan Cikgu Abu
Hanit sebagai ‘Tokoh Bapa Cemerlang’ merupakan kejayaan besar yang dicapainya
dalarn mendidik anak-anak. Anak-anaknya kini berjaya menjawat jawatan sebagai
peguam, pendakwa raya, ahli perniagaan, pengurus estet, eksekutif bank, dan
ahli perniagaan. Dengan itu, pengorbanan beliau menjadi contoh kepada ibu bapa
yang lain agar dapat mengetahui rahsia di sebalik kejayaan beliau mendidik
anak-anak. Sesungguhnya ‘Anugerah Bapa Cemerlang’ dapat dianggap sebagai
dorongan kepada seluruh ibu bapa untuk mengasuh anak-anak mereka menjadi warga
yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, dan negara. Oleh
itu, kejayaan beliau bersesuaian dengan peribahasa ‘genggam bara api, biar
sampai jadi abu’
No comments:
Post a Comment