Soal
Jawab Novel:
1. Kepercayaan
kepada takdir Tuhan turut digarap oleh pengarang dalam novel yang dihasilkan.
Berdasarkan
novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menunjukkan Tuhan amat
berkuasa untuk menentukan sesuatu kejadian.
Contoh
Jawapan:
Novel
Azfa Hanani:
a. Peristiwa
motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan raya
dan Iskandar telah terbunuh. Laili yang membonceng motosikal tersebut telah
cedera parah dan berada di wad kecemasan. Tragedi ini menunjukkan bahawa takdir
Tuhan telah menentukan nasib yang dialami oleh insan yang melakukan perbuatan
salah.
b. Peristiwa
Azfa Hanani telah diterima kembali untuk tinggal bersama keluarga Datin Maziah
setelah dia dihalau keluar dari rumah. Tuhan telah menentukan takdir yang lebih
berpihak kepada orang yang benar dan mempunyai hati yang baik. Golongan yang
bersalah akhirnya akan insaf dan kembali ke pangkal jalan setelah mendapat
petunjuk daripada Tuhan. Tuhan berhak memberikan hidayah dan petunjuk kepada
sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya.
Bovel
Kembara Amira:
a. Peristiwa
Tau menemui anaknya Sabi atau Malique semula setelah berpisah hampir 20 tahun.
Tuhan berkuasa menemukan semua ahli keluarga yang telah berpisah. Peristiwa di
puncak Gunung Gua Gajah apabila Itai dapat mengetahui bahawa Tau ialah ayah
kandungnya dan Ludin yang membesarkannya selama ini ialah bapa saudaranya.
b. Peristiwa
kapal terbang Cessna 310 yang dipandu oleh Ridley bersama isterinya Brenda
telah terhempas. Kedua-dua mereka telah berkorban. Anak mereka Samantha yang
sepatutnya menjalani kehidupan sebagai orang Inggeris Australia akhirnya
ditakdirkan hidup dalam keluarga masyarakat Orang Asli suku Semai dan berkahwin
dengan Tau.
2. Jelaskan konflik dalaman yang dialami
oleh watak-watak dalam novel yang anda pelajari.
Novel
Azfa Hanani:
a. Azfa
Hanani mengalami konflik apabila memikirkan kesalahannya mencuri buku rujukan
dari perpustakaan Sekolah Menengah Sri Dian. Dia bimbang jika kesalahannya
dapat dikesan oleh pihak sekolah dan hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya.
b. Azfa
Hanani mengalami konflik apabila baru saja sampai di rumah Datin Maziah. Dia
memikirkan reaksi dan perkara yang akan berlaku kerana disuruh menyamar sebagai
Tengku Murni.
c. Azfa
Hanani mengalami konflik apabila memikirkan sikap Tengku Muzaffar dan Datuk
Tengku Makmur yang menghina dan memandang rendah terhadap dirinya.
d. Azfa
Hanani mengalami konflik apabila kembali semula ke rumah Pak Longnya di Kampung
Merpati setelah dihalau keluar dari rumah oleh Datin Maziah. Dia memikirkan
masa depan persekolahan dan cita-citanya yang terpaksa berubah arah.
e. Datin Maziah mengalami konflik kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa anak
perempuannya Tengku Murni telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya sehingga
hidupnya tidak sempurna, murung dan berasa sedih.
Novel
Kembara Amira:
a. Jennifer
mengalami konflik apabila masyarakat Orang Asli masih tidak dapat menerima
dirinya yang berlainan warna kulit dengan mereka. Hal ini menyebabkan dia
melarikan diri dengan mengikut Johnny.
b. Tau
mengalami konflik apabila memikirkan anaknya Sabi yang telah dilarikan oleh
Ipah. Tau amat tertekan apabila Ipah melarikan diri bersama Johnny dengan
membawa Sabi dan meninggalkan Itai. Akibat malu dan tertekan, Tau hidup seorang
diri di hutan dan mengasingkan diri daripada masyarakatnya.
c. Amira
mengalami konflik apabila memikirkan lelaki berkulit putih yang sering
kelihatan bersama Malique. Amira ingin mengetahui siapa sebenarnya lelaki itu.
d. Jacinta
mengalami konflik apabila memikirkan tindakan bapanya Baba Teck yang telah
berkahwin semula setelah kematian ibunya empat tahun yang lalu. Jacinta tidak
dapat menerima hakikat bahawa bapanya seperti sudah melupakan ibunya yang telah
tiada.
e. Malique
mengalami konflik apabila memikirkan tindakan seseorang yang mengurungnya di
puncak Gunung Gua Gajah. Malique tidak tahu siapa dan tujuan dia dikurung di
tempat yang gelap itu. Orang itu hanya menghulurkan bantuan makanan melalui
lubang kecil di bawah pintu dan tidak pernah melihat orang yang telah
menyelamatkannya.
3 comments:
thnkxx its help.
Thanks !
Thanks
Post a Comment