Cerpen Hutan Rimba
( Sasjira)
Sinopsis
|
Tema
|
Kemusnahan alam semulajadi untuk
pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah menjadi kawasan
perladangan. Estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang..
Persoalan
|
1. Persoalan kemusnahan flora dan fauna
alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah memusnahkan kehidupan flora dan
fauna.
2.
Persoalan
kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya
sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan
musnah,
3.
Persoalan
kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam
bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing..
4. Persoalan kepentingan pembangunan
dalam memajukan negara.Pembangunan dalam bidang pertanian dapat memberi sumber
pendapatan kepada negara.
Plot
|
Secara
keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
(i)
Permulaan
Pada
peringkat ini watak Pak Tua digambarkan sedang memandu jentolak Caterpillar
yang mengeluaran asap hitam dan bunyi bising di dalam hutan dara. Jentolak
tersebut menumbangkan pokok-pokok dan mengakibatkan binatang-binatang hilang
habitat semulajadi. Kawasan hutan dara menjadi gondol dalam sekelip mata.
(ii)
Perkembangan
Pada
bahagian ini watak Pak Tua dipenuhi perasaan kesal sehingga menitiskan air mata
ketika mengimbas kembali pekerjaannya selaku pemandu jentolak 30 tahun yang
lalu telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Pak Tua berazam untuk
mengembalikan kehijauan hutan dara dan flora serta faunanya. Mak Tua pula cuba
memujuk Pak Tua dengan menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan dahulu
telah membuahkan hasil kerana keempat-empat orang anaknya telah bekerjaya.
Sepanjang membesarkan anak-anak juga dia tidak membuat sebarang pinjaman untuk
anak-anaknya melanjutkan pelajaran di universiti. Pak Tua terkenangkan zaman
mudanya sewaktu dia meninggalkan kampung halamannya untuk mencari pekerjaan.
Semasa di kampungnya dia menggunakan bom buatan sendiri untuk menangkap ikan
walaupun perbuatan tersebut memusnahkan terumbu karang. Mak Tua terus memujuk
Pak Tua agar jangan terlalu menyesali kemusnahan hutan kerana mereka bertemu
jodoh dan hidup bahagia sehingga kini kerana dia bekerja di dalam hutan itu.
(iii)
Konflik
Peringkat
ini bermula setelah Pak Tua mewarisi tanah pusaka ibu bapa mentuanya. Pada
waktu ini Pak Tua masih lagi dengan rutinnya pada setiap malam Jumaat
menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat fardhu dan membaca
surah Yasin. Tanah pusaka itu dipenuhi buah-buahan tempatan dan buah-buah itu
dipungut oleh Pak Tua untuk anak cucunya, namun begitu untuk mendapatkan
buah-buahan hutan dia terpaksa meredah belantara. Digambarkan juga dusun Pak
Tua didatangi pelawat yang menaiki bas mini dan kereta kerana jalan yang sudah
berturap. Konflik timbul apabila Ajam mempersoalkan tindakan bapanya yang
menjadikan tanah dusun itu menjadi hutan simpan di samping ada tanah untuk
tapak rumah dan dusun buah-buahan. Melati pula mempertahankan tindakan bapanya
yang sebenarnya menolong negara melaksanakan pembangunan dan hal ini disokong
oleh Budi.
(iv)
Klimaks
Apabila
Bakar mencari pekerja untuk menjaga dusun dan hutan daripada pencuri kayu balak
yang semakin menjadi-jadi. Melati menyatakan rnacangan mereka adik beradik
untuk menjadikan dusun dan hutan itu sebagai kawasan pelancongan.
(v)
Peleraian
Pak
Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi cucu-cunya sambil bercerita tentang
kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pada ketika itu juga dia sudah
bergelar haji dan berasa lega dengan keputusannya melestarikan harta warisan
alam.
Watak dan Perwatakan
|
Watak Utama
Pak Tua
·
Pemandu
jentolak jenama Caterpillar.
·
Seorang
yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai
perbelanjaan pendidikan anak-anaknya.
·
Berjaya
membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung Ajam berjaya
dalam bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar
bekerja sebagaipengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang ketiga,
Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT dan anaknya yang bongsu seorang
guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
·
Bangga
dengan kejayaan anak-anak.Dia bangga kerana kesemua anaknya sudah Berjaya dalam
bidang akademik dan mempunyai kerjaya yang baik.
·
Bersyukur
dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan telah menyebabkan
anak-anaknya dapat menikmati kehidupan yang sempurna.
·
Kesal
atas pencerobohan hutan.Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat
dengan aktiviti pembalakan.
Watak Sampingan
1.
Mak Tua
·
Isteri
Pak Tua.
·
Tinggal
di tepi sungai berdekatan hutan dara..
·
Pandai
memasak.Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya.
·
Pandai
mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati kedua orang
tua mereka..
2. Ajam
·
Anak
sulung Pak Tua
·
Seorang
pengusaha pengangkutan bas antarkota..
·
Pakar
dalam dunia perniagaan.
·
Gigih.
Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya..
·
Berfikiran
terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan pelancongan
3. Bakar
·
Anak
kedua Pak Tua.
·
Berkelulusan
Sarjana Pertanian.
·
Pengurus
ladang estet kelapa sawit.
4. Melati
·
Anak
ketiga Pak Tua.
·
Pensyarah
IPT.
5. Budi
·
Anak
bongsu Pak Tua.
·
Seorang
guru ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Latar
|
Latar Masa
1.
30
tahun yang lalu sepanjang usia Pak Tua membesarkan anak-anak.
2.
Malam
Jumaat . Majlis bacaan Yasin diadakan.
Latar Tempat
1.
Hutan
tempat diteroka oleh Pak Tua
2.
Sungai
tempat Mak Tua mencari ikan
3.
Sungai
Kinabatangan, Sabah
Latar Masyarakat
1.
Masyarakat
penyayang keluarga masing-masing Contohnya Pak Tua menyayangi semua ahli keluarganya.
2.
Masyarakat
beriman.., Contohnya Pak Tua yang rajin bersolat di masjid.
3.
Masyarakat
inginkan pendidikan bagi mencorakkan kehidupan baru, Contohnya anak-anak Pak
Tua yang semuanya berpendidikan tinggi..
4.
Masyarakat yang
inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan penempatan, Contohnya Pak Tua yang
tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin menjadikan kawasan dusun mereka
sebagai kawasan pelancongan.
Teknik Penulisan
|
1.
Pemerian
Contoh :
Kera dan monyet melompat bergayutan
lari meninggalkan habitatnya. Begitu
juga dengan gajah, babi hutan, payau dan kijang, namun ada yang tak sempat
menyelamatkan diri…
2. Dialog
Contoh:
“Bapa
telah melestarikan harta warisan alam.”
Bakar mencelah kagum.
“Hanya
dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah terlibat
dalam pemusnahan hutan suatu masa dahulu.”…
3.
Imbas Kembali
Contoh:
Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya
sewaktu tiga puluh tahun yang lalu.Jari jemarinya terketar-ketar mengurut kerut
di dahinya yang menyimpan begitu banyak memori…
4. Suspens
Contoh:
“Tapi
kenapa semua kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran. Kehancuran
hutan rimba.” Akhirnya kesesakan di dada
Pak Tua ikut terluah bersama linangan air matanya. Dia menangis kini. Dia menangis setelah menyedari bahawa tanpa
sedar, dia sekali lagi ikut terlibat dalam pemusnahan alam…
Gaya Bahasa
|
1.
Kata
ganda Contohnya pohon-pohon
2.
Metafora
Contohnya ;hutan dara, busana hijau
3.
Hiperbola
Contohnya…jentolak yang dipandu oleh Pak
tua telah merobek dan mengoyak hasil busana hutan…
4.
Personifikasi
Contohnya ; bunyi mengaum keras mendengung, membingitkan suasana
5.
Repetisi
Contohnya : Dia menangis kini. Dia menangis setelah…
6. Paradoks Contohnya : …kesenangan ini harus terhasil
dari sebuah kehancuran…
Nilai
|
1.
Nilai
tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan
keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya
masing-masing..
2.
Nilai
kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling
menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang
keputusan.
3.
Nilai
kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan
keluarganya.
4.
Nilai kerajinan. Contohnya
Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah meninggalkan
kampung halamannya.
Pengajaran
|
1.
Kita
hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk
membesarkan dan member pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya..
2.
Kita
hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik.Ini yang ditonjolkan oleh
anak-anak Pak Tua yang sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk
menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan.
3.
Kita
mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Hal ini
dapat dilihat menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara
anak-anak dan isterinya.
4. Kita hendaklah rajin berusaha untuk
membaiki taraf hidup.Contohnya Pak Tua yang rajin bekerja sejak zaman mudanya
lagi.
Latihan
1.
Berikan
dua kepentingan hutan kepada manusia.
2.
Nyatakan
dua langkah lain selain menjadikan tanah pusakanya sebagai hutan simpan yang
boleh diambil oleh Pak Tua untuk melestarikan warisan alam.
Jawapan
1.
Dua
kepentingan hutan ialah sebagai sumber makanan dan sumber herba dan akar kayu
untuk perubatan.
2. Memberi penerangan tentang kepentingan
khazanah alam kepada para pengunjung dusunnya dan bekerjasama dengan Jabatan
Hutan agar hasil hutan simpannya tidak dieksploitasi oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment