Soalan:
1. Apakah maksud rangkai kata mengendurkan ketegangan?
2. Sekiranya anda Kapten Mamat, apakah bantuan yang akan anda berikan kepada Masnah dan anak-anaknya?
3. mengapakah Kapten Mamat berasa amat sedih dengan kematian Baharum?
4. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika Masnah terus menyalahkan takdir dan bersikap putus asa?
Jawapan:
1. - mengurangkan tekanan.
2. - memberikan bantuan kewangan untuk meringankan beban hidup mereka;
- menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menghulurkan bantuan;
- membiayai persekolahan anak-anaknya.
3. - dia yang menyuruh Baharum memanjat tiang sehingga menyebabkan Baharum terjatuh;
- Baharum ketika itu berada dalam keadaan tidak sihat;
- Baharum merupakan pekerja yang dedikasi.
4. - dia akan terus berasa kecewa dan menjejaskan kebersihan diri;
- hidupnya akan semakin susah kerana malas untuk berusaha mencari rezeki;
- menjejaskan masa depan anaknya;
- akan bertindak di luar batasan jika diri tidak dapat dikawal.
1 comment:
need petikan for rujukan
Post a Comment