Soalan:
1.  Apakah tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah kemunduran orang kampung?
2.  Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah cara anda membantu negara ini untuk maju dan setanding dengan negara-negara maju yang lain?
3.  Apakah faktor-faktor yang mendorong Halimah mahu pulang ke kampung?
4.  Pada pendapat anda, wajarkah kita berani untuk berterus terang seperti yang ditunjukkan oleh Dato' Onn?
5.  Sebagai warganegara, kemukakan cadangan-cadangan anda untuk mengekalkan kemerdekaan negara.
Jawapan:
1.  - memberi kesedaran kepada orang Melayu agar mengubah sikap;
     - orang Melayu harus mementingkan pendidikan anak-anak;
     - menyediakan bantuan yang diperlukan. 
2.  - bekerja dengan rajin untuk meningkatkan produktiviti negara;
     - saya tidak akan membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah;
     - sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dengan banyak membaca.
3.  - suaminya Muhammad telah meninggal dunia;
     - dia berasakan tiada lagi tempat untuk bergantung;
     - ingin membina hidup baharu.
4.  Wajar kerana:
     -  berterus terang dapat menyelesaikan kekusutan;
     - agar dapat menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara;
     - agar diri kita tidak terus ditindas.
5.  - taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara;
     - berusaha mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat;
     - sanggup berkorban untuk negara;
     - sedia mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman.
 
 
No comments:
Post a Comment