Penangguhan
(Wijaya Mala)
Kapten Mamat menanggung penyesalan
atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu,
Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami
serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan
mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.
Tema:
Tanggungjawab
pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah atas
ketentuan Ilahi. .Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum,
suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat
telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas
geladak.Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya
setelah kematian Baharum.Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan
diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya..
1. Persoalan kesengsaraan hidup janda
setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.
2.
Persoalan
rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum,, suami Masnah
telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya..
3.
Persoalan
simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap
penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami .
4. Persolan keredhaan menghadapi
ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.
Plot:
Secara
keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu:
(i)
Permulaan
Plot
dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di
rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan
peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang
geladak lalu terhempas ke petak besi dan mati serta-merta.
(ii)
Perkembangan
Kapten
Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia
terkenangkan anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu
terutamanya isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika
menjalankan tugas syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia
dikunjungi Masnah dan anaknya. Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal
ayahnya yang sudah meninggal dunia sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak
Masnah yang menangis itu cukup menyentuh hati lelakinya.
(iii)
Konflik
Pada
peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan
memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih
setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan.
Ketika dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya
bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.
(iv)
Klimaks
Percakapan
antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap dirinya
sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu.
Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan
pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat sementara
waktu.
(v)
Peleraian
Peringkat
peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk
membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor.
Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia
mula menerima takdir Allah..
1.
Imbas kembali
Kapten
Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya. Baharum
seorang kelasi – terjatuh atas tiang agung ke atas geladak. …
2.
Suspens
“Perkhidmatannya tidak berpanjangan
dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya berasaskan sesuatu yang kejam
berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu berpanjangan kepada anaknya.”.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Kapten Mamat
·
Bekerja
sebagai kapten kapal.
·
Seorang
pesara.
·
Seorang
prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib
yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum..
·
Berasa
bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah
bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan.
Watak Sampingan
1.
Masnah
·
Janda
Baharum.
·
Mempunyai
dua orang anak.
·
Seorang
yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat
menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.
·
Hidup
susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia
kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.
2. Isteri
Kapten Mamat
·
Simpati
kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.
·
Percaya
kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati
penyakit yang dihidapi oleh Masnah.
3. Bahar
·
Anak
Baharum
·
Masih
kecil, tetapi sudah boleh bercakap
Latar
1.
Tengah
hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat
berterbangan dan dia membuka bajunya.
Latar Tempat
1. Rumah Kapten Mamat.Ketika itu membuka
baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin.
2.
Anjung
rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung.
3. Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana
memanjat geladak ketika laut bergelora.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang cekap menghadapi
cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri dan anak-anak arwah Baharum.
2.
Masyarakat
yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan
kerjanya akan membayar pampasan.
3.
Masyarakat
yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin
terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat
bergantung...
4. Masyarakat yang menghormati tetamu
yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan minuman seperti dilakukan isteri
Kapten Mamat.
1. Kata
ganda .
Contoh: :tulang-tulang.
2. Simpulan
bahasa
Contoh : tulang
belakang, mengikat perut.
3. Penggulangan
kata
Contoh ; yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung
rindu.
4. Personifikasi
Contoh : badannya
dihembus angin.
5. Simile
Contoh ; jantung saya terasa bagai
ditikam-tikam
1.
Nilai
simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan
anak-anaknya.
2.
Nilai
kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar
menerima kematian suaminya.
3. Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat
yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.
1.
Kita
hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat
handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan
anak-anaknya setelah kematian Baharum.
2.
Kita
hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.Seorang isteri hendaklah
mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap
mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.
3.
Kita
mestilah menjadi pemimpin yang memiliki
keberanian terutama dalam keadaan genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak
mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.
Latihan
1.Apakah
perasaan Kapten Mamat terhadap Masnah dan anak-anaknya selepas kematian Baharum
?
2.Pada
pendapat anda wajarkah Masnah terus bersedih atas kematian suaminya dan
tindakan yang sepatutnya diambil olehnya.
Jawapan
1. Kapten Mamat
berasa amat terharu dan penuh simpati terhadap Masnah dan anak-anaknya selepas
kematian Baharum .Dia berjanji akan membela nasib mereka selagi masih hdup dan
menasihati Masnah agar belajar menghadapi kenyataan.yang suaminya sudah meninggal dunia.
2. Pada
pendapat saya Masnah tidak wajar terus bersedih atas kematian suaminya kerana
dia perlu meneruskan hidupnya agar masa
depan mereka cerah dengan mencari pekerjaan. Masnah perlu mendaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat agar nasib mereka lebih terbela.
No comments:
Post a Comment