Cerpen Tanggar Amanat
(Amaruszati Noor Rahim)
Di Yellowstone
Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang hamil
menghadapi konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia
sedangkan dia ingin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional
Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan Yellowstone
merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan
Adam, Hawa berhalunisasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya
tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat
dan pandangan yang diberikan olah janin dalam kandungannya, Hawa mengambil
keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.
Semangat
patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga.Halunisasi janin dan
Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malayisa mengikut suaminya
Adam yang mahukan mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu
Ahmad Abdullah.
Persoalan
1.
Persoalan
kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di
Yellowstone, Amerika Syarikat..
2.
Persoalan
perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan
Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat..
3.
Persoalan
kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan
kehidupan di tanah air sendiri.
4. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang
Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.
Secara
keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu:
(i)
Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan
watak Hawa yang mengalami alahan semasa mengandung. Dia terkenangkan Adam yang
entah ke mana setelah gagal memujuknya agar meninggalkan tempat itu setelah ada
ramalan bahawa Yellowstone akan dilanda bencana.
(ii)
Perkembangan
Setelah ditinggalkan Adam, Hawa mula
berhalusinasi bahawa dia berada di alam rahim dan berkomunikasi dengan janinnya
sendiri.
(iii) Konflik
Konflik timbul
apabila janin membangkang keputusan Hawa untuk kekal di tempat itu
(iv) Klimaks
Hawa mula sedar bahawa keselamatan
janinnya lebih penting berbanding kepentingan mempertahankan perusahaan di
Yellowstone.
(v)
Peleraian
Hawa tersedar dari halusinasinya
kerana mendengar Adam memanggil namanya berkali-kali.
1.
Pemerian
Contohnya :
..Roma
tengkuknya meremang. Topi jaket di tarik
ke kepala yang pening semenjak subuh tadi.
Dunia bagai diayun. Berdiri bagai
tidak jejak bumi. Loya menganggu tekak,
tetapi dia…
2.
Suspens
Contohnya ;
Istighfarnya
berenang dalam lautan merah. Hangat
terasa. Di mana? Dalam lahar
Yellowstone? Tidak mungkin. Ini bukan
hangat kawalan api Yellowstone. Tidak
mungkin dia hidup dalam tumbuhan gelegak lava.
Kalimah Lailahaillallah terdengar…
Watak
Utama
1. Hawa
·
Keturunan
Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah
·
Seorang
yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam.
·
Seorang
yang setia dengan hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam suaminya.
·
Seorang
yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.
·
Isteri
kepada Adam
Watak sampingan
1. Adam
·
Suami
Hawa
·
Seorang
yang penyabar.Sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia.
·
Mempunyai
sifat patriotik yang tinggi . Ingin kembali dan menetap ke Malaysia..
2. Janin
·
Generasi
ke-8 Ahmad Abdullah.
·
Mempunyai
keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya.Berani memberi pandangan
terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia.
·
Ikhlas
memberi pandangan.Dia ikhlas member pandangan kepada ibunya.
·
Mempunyai
semangat patriotik yang tinggi.Mempunyai semangat patriotik terhadap tanah
tumpah darah ayahnya, Adam.
Latar Masa
1.
Lapan
tahun menunggu zuriat.
2. Generasi kelapan Ahmad Abdullah.
Latar tempat
1.
Yellowstone.
2.
Devils
Tower.
3.
Canyon
Village.
Latar
Masyarakat
1.
Masyarakat
yang penyayang terhadap hubungan kekeluargaan, iaitu Hawa yang menyayangi
janinnya.
2.
Masyarakat
yang memperjuangkan warisan keluarga, Contohnya Hawa yang berkeras mahu
mempertahankan perusahaan keluarganya.
3.
Masyarakat
yang maju dalam bidang perniagaan, Contohnya Perusahaan Taman Nasional
Yellowstone yang sudah bertahan sehingga generasi kelapan.
4. Masyarakat yang percaya kepada
kekuasaan Tuhan, Contohnya janin yang mendengar degupan jantung yang berzikir
kepada Tuhan.
Gaya Bahasa
1. Kata
ganda
Contohnya
: tiba-tiba.
2. Metafora
Contohnya :perut bumi.
3. Hiperbola
Contohnya : kita akan terpelanting,
lebur, berkecai entah ke mana.
4. Simile
Contohnya : lidah merah melahap bagai
naga menyemburkan api.
5. Personifikasi
Contohnya ; kita kembangkan sayap warisan
di tempat lain.
6. Kata
pinjaman
Contohnya :
Bahasa Arab
(Kun Fayakun).
1. Nilai kasih sayang, Contohnya Hawa
menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun.
2.
Nilai
kesabararan. Contohnya Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi
pertentangan pendapat.
3. Nilai ketabahan. Contohnya Ahmad
Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di tempat orang.
1.
Kita
hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya Hawa
yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone.
2.
Kita
hendaklah sabar menghadapi tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan
kedegilan Hawa.
3. Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad
Abdullah yang tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.
Latihan
1.
Namakan
tiga geiser air panas yang ada di Yellowstone.
2.
Siapakah
yang menjadi pengasas Taman Nasonal Yellowstone
Jawapan
1.
Tiga
geiser air panas yang ada di Yellowstone ialah Grand Geyser, Giantess Geyser
dan Castle Geyser.
2.
Pengasas
Taman Nasional Yellowstone ialah Ahmad Abdullah.
No comments:
Post a Comment