3. Bincangkan kepincangan masyarakat atau
kritikan sosial yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel yang anda pelajari.
Novel
Azfa Hanani:
a. Masyarakat
yang mementingkan darjat.
Tengku
Muzaffar menghalang hubungan adiknya Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka
Ekran berasal daripada keluarga miskin.
b. Masyarakat
yang buruk sangka.
Datuk
Tengku Makmur menghina Azfa Hanani dengan mengatakan Azfa Hanani hanya bekerja menyamar
sebagai Tengku Murni untuk mendapatkan upah. Beliau telah mencampakkan wang berjumlah
RM500.00 kepada Azfa Hanani sebagai upah.
c. Masyarakat
yang terlalu mengikut perasaan.
Datin
Maziah bertindak mengikut perasaan dengan menampar Azfa Hanani dan menghalaunya
keluar dari rumah tanpa memberi peluang kepada Azfa Hanani untuk menjelaskan
hal sebenar.
d. Masyarakat
yang mementingkan diri sendiri.
Iskandar
mendesak Azfa Hanani agar menaiki motosikal bersamanya kerana dia mahu
menghantar Azfa Hanani pulang ke rumah sedangkan perbuatan itu dianggap kurang
wajar kerana berlaku pergaulan bebas.
e. Masyarakat
yang melakukan perbuatan mencuri.
Azfa
Hanani telah mencuri buku rujukan dari perpustakaan Sekolah Menengah Sri Dian
kerana menghadapi masalah kewangan.
Novel
Kembara Amira:
a. Sikap
masyarakat yang tidak menjaga perasaan orang lain.
Jacinta
tidak menjaga perasaan bapanya Baba Teck. Dia tidak mahu bercuti ke Eropah
walaupun bapanya telah mengirimkan tiket kapal terbang kepadanya sebagai protes
terhadap bapanya yang berkahwin lain setelah ibunya meninggal.
b. Sikap
ibu bapa yang terlalu mementingkan kerja sehingga mengabaikan perasaan anak.
Profesor
Zaidah terlalu memberi perhatian kepada kerjayanya iaitu sibuk menjalankan
kerja cari gali arkeologi di Desa Karpus sehingga anaknya Amira hampir lemas
dibawa arus sungai. Sikap Profesor Zaidah ini mendapat teguran Pak Lias.
c. Masyarakat
yang mudah percaya kata-kata dan pujukan orang lain.
Ludin
membenarkan Johnny meneroka gua yang begitu disayangi oleh Tau. Ludin termakan
dengan kata-kata manis Johnny sehingga akhirnya Johnny membawa lari Ipah dan
Sabi.
d. Masyarakat
yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
Ipah
sanggup meninggalkan suaminya Tau dan anak kecilnya Itai kerana mengikut Johnny
setelah sekian lama tinggal bersama-sama masyarakat Orang Asli. Tindakannya ini
menyebabkan Tau tinggal kesunyian dan hidup menyendiri di dalam hutan.
1 comment:
macm mana pulak dengan cabaran watak utama???
Post a Comment