Thursday, July 19, 2012

Prosa Tradisional Dua Geliga Hikmat


Prosa Tradisional Dua Geliga Hikmat 
(Tingkatan 5)

Sinopsis
Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa
dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan
batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa
Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia
berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok
dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat.
Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun
Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera
pura-pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun
dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan
sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan
Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak,
kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut
raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksaksa
memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala
Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera
menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang
disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya.
Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut.
Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri.
Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya.
Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda
dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu
dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang
dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

Tema
Pengembaraan seorang anak raja
Inderaputera sangggup menghadapi segala rintangan untuk sampai ke Berma Sakti bagi
mendapatkan batu gemala hikmat.

Persoalan
1. Persoalan kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu hasrat. Inderaputera telah mengambil
baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.
2. Persoalan keberanian menghadapi musuh. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan
peri yang berada di dalam tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut.
3. Persoalan berpegang kepada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera
untuk memberikan geliga kepada Inderaputera.

Watak dan Perwatakan

1. Inderaputera
 Ayahandanya Maharaja Bikrama Puspa
 Bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi
 Paras rupa yang menarik
 Bijaksana. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran agar dia
dapat bertemu dengan Tuan Puteri.
 Berani. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam
tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut.
 Berpegang pada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk
memberikan geliga kepada Inderaputera.

2. Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
 Ayahandanya Maharaja Syah Tokan
 Tunangan Raja Mengerna Lela Dewa
 Rupa paras yang amat cantik
 Berpegang pada janji. Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada
seperti yang dijanjikannya

Latar Tempat
Tasik - tempat peri tinggal.
Mahligai - tempat tinggal Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
Balai Rangga Puspa Berahi - Tempat yang disediakan oleh Tuan Puteri kepada Inderaputera
untuk beradu

Latar Masa
Waktu fajar - Tuan Puteri datang ke tepi tasik untuk kali ke tujuh
Waktu malam - Tuan Puteri Seri Ratna Gembala Nehran mengenakan baju antakesuma dan
pakaian yang sangat cantik
Tengah malam - Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan Tuan
Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.

Latar masyarakat
1. Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
2. Masyarakat yang menepati janji. Peri telah menyerahkan gemala hikmat kepada
Inderaputera seperti yang dijanjikannya jika Inderaputera melepaskannya.


Nilai

1. Nilai keberanian
Contoh:
 Indeputera berani menghadapi raksasa walaupun telah diberi amaran oleh mayat.

2. Nilai kebijaksanaan
Contoh:
 Inderaputera berpura-pura tidur semasa raksasa keluar dari tasik dan mengambil peluang
mencengkam rambut raksasa semasa raksasa ingin menindihnya.

3. Nilai menepati janji
Contoh:
 Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran menepati janji dengan memberikan batu gemala
hikmat kepada Inderaputera.

Pengajaran
1. Kita hendaklah berani dalam menghadapi situasi yang mencabar. Inderaputera tidak gentar
menghadapi peri sehingga dapat menangkap peri tersebut.
2. Kita hendaklah menggunakan akal dalam apa-apa situasi. Inderaputera mencuri baju Tuan
Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dapat bertemu Tuan Puteri.
3. Kita hendaklah berpegang pada janji. Tuan Peteri Seri Ratna Gemala Nehran telah
mengembalikan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya.

1 comment:

Unknown said...

thanx for the notes..thats was great..