Soalan
Latihan Sajak Pasar Perasaan:
1. Apakah
yang dimaksudkan dengan ‘akal cetek’
dalam sajak tersebut?
2. Berdasarkan
sindiran penyajak, kemukakan pendapat anda tentang ciri-ciri positif yang perlu
dimiliki oleh masyarakat.
3. Pada
pendapat anda, mengapakah segelintir masyarakat gemar duduk-duduk dan berbual
di warung?
4. Nyatakan
teguran penyajak terhadap pengunjung warung.
5. Pada
pendapat anda, apakah kesan buruk jika seseorang itu memberikan pendapat
mengikut emosi?
6. Gambarkan
keadaan di pasar perasaan.
7. Berikan
maksud rangkai kata ‘terbit daripada
kalbu’.
8. Bagaimanakah
penyajak menggambarkan hujah-hujah yang diperdagangkan di pasar perasaan?
9. Pada
pendapat anda, apakah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh orang ramai yang
suka menghabiskan masa di warung kopi?
Contoh
Jawapan:
1. - fikiran yang dangkal.
2. - berfikir sebelum bercakap;
- berpengetahuan dalam sebelum
berhujah;
- rasional dalam sesuatu tindakan.
3. - dijadikan tempat untuk bertemu kawan
terutamanya bagi golongan yang telah
bersara;
- berasa bosan tinggal di rumah;
- dapat berbincang dan mendengar
pelbagai isu semasa.
4. - menegur sikap pengunjung yang
bercakap tanpa berfikir panjang tentang sesuatu
perkara;
- menegur sikap pengunjung yang sering
berhujah tanpa bukti / fakta;
- menegur sikap pengunjung yang banyak
menghabiskan masa dengan berbual
kosong.
5. - dirinya tidak disenangi oleh orang
lain;
- merenggangkan hubungan persahabatan;
- berlakunya pergaduhan.
6. - penjual sentimental duduk di gerai;
- pasar tersebut dikunjungi pembeli
emosional;
- berlaku perbahasan antara pengunjung.
7. - lahir daripada hati.
8. - luahan rasa hati yang dianggap rapuh
/ longgar;
- kata-kata yang mudah dipatahkan
kerana tidak mempunyai fakta yang kukuh.
9. - bekerja mencari rezeki;
- melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan;
- menghadiri majlis ilmu.
No comments:
Post a Comment