Thursday, July 19, 2012

Contoh Soalan dan Jawapan Sajak Arkitek Kota


Soalan Latihan Sajak Arkitek Kota:
1..        Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri sebuah bandar yang menjadi idaman pendudduk?

2.         Mengapakah perancang bandar perlu mengambil kira alam sekitar?

3.         Dalam rangkap kedua, mengapakah seseorang arkitek itu dianggap baik?

4.         Pada pendapat anda, apakah kesan jika arkitek membuat perancangan secara sambil lewa?

5.         Nyatakan tiga perwatakan arkitek kota dalam sajak tersebut.

6.         Terangkan maksud rangkai kata ‘harus sayang lagu burung’.

7.         Sekiranya anda menjadi perancang bandar, apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa menjalankan projek pembangunan?

8.         Apakah maksud rangkai kata ‘pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai’?

Contoh Jawapan:

1.         -           mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan moden;
            -           selamat untuk didiami;
            -           bebas daripada pencemaran;
            -           persekitaran yang aman dan damai.

2.         -           penduduk dapat hidup dalam keadaan tenteram dan tenang;
            -           sebagai tarikan utama kepada pelancong asing;
            -           bebas daripada pencemaran dan bencana alam.

3.         -           rajin membaca;
            -           sering meninjau kehidupan masyarakat sekeliling;
            -           bijak membuat perancangan.

4.         -           kos membuat sesuatu projek akan meningkat;
-           bangunan yang didirikan akan menghadapi masalah seperti retak atau         runtuh;
            -           berlakunya banjir kilat.

5.         -           cinta akan alam sekitar. Arkitek itu melaksanakan perancangan bandar        tanpa mengorbankan alam sekitar;
            -           berani. Arkitek kota berani mencipta pelbagai perubahan;
            -           bertanggungjawab. Arkitek bertanggungjawab mewujudkan petempatan     dan persekitaran yang selesa untuk kehidupan manusia melalui        kreativitinya.

6.         -           harus menerima keindahan flora dan fauna.

7.         -           mengekalkan kehijauan alam sekitar;
            -           mengelakkan berlakunya pencemaran alam;
            -           mengelakkan berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh;
            -           melindungi hidupan liar;
            -           mementingkan keindahan alam semula jadi.

8.         -           generasi baharu yang memiliki pelbagai kemahiran.

No comments: