Monday, July 02, 2012

Contoh Soalan dan Jawapan Seloka Si Luncai

Soalan Latihan:


1.  Berikan maksud rangkai kata 'ada kuat tiada buat'.
2.  Pada pandangan anda, mengapakah manusia perlu menghindari sikap negatif dalam kehidupan mereka?
3.  Nyatakan sikap-sikap negatif Si Luncai.
4.  Seloka ini mempunyai unsur jenaka melalui gambaran sikap negatif Si Luncai. Nyatakan tiga tujuan unsur jenaka ini digunakan.
5.  Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak mereka dengan baik?

Contoh Jawapan:


1.  - memiliki kemampuan tetapi tidak mahu melakukan sesuatu.
2.  -  agar hidup mereka lebih sejahtera;
     -  mereka tidak mudah ditindas oleh orang lain;
     -  mereka dapat bersaing dalam dunia moden ini.


3.  -  tidak menjaga rumah yang dimiliki dengan baik;
     -  tidak mendidik anak dengan betul;
     -  tidak mengusahakan tanah kebun yang dimilikinya.


4.  -  penyair mengharapkan masyarakat menjaga anak dengan baik;
     -  jika mempunyai kebun, hendaklah diusahakan dengan tanaman yang sesuai;
     -  jika hendak belajar, hendaklah belajar betul-betul sehingga memperoleh pengetahuan.


5.  -  anak-anak akan bersikap tidak sopan;
     -  anak-anak akan gagal dalam hidup;
     -  anak-anak akan mudah terjebak dalam gejala sosial.

No comments: