Soalan
Latihan Sajak Di Bawah Langit Yang Sama:
1. Terangkan
maksud rangkai kata ‘lebur kebencian
kuburkan sejarah hitam’.
2. Pada
pendapat anda, apakah manfaat yang akan diperoleh jika semua orang sedar bahawa
mereka setaraf antara satu sama lain?
3. Mengapakah
penyajak menyatakan bahawa kita hidup di bawah langit yang sama?
4. Terangkan
maksud rangkai kata ‘tiupan harapan
senada’.
5. Apakah
program-program yang dapat dilakukan untuk membentuk persahabatan dalam
kalangan masyarakat dunia?
6. Apakah
harapan penyajak berdasarkan sajak tersebut?
7. Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan hidup berbaik-baik dengan
bangsa lain di dunia?
8. Nyatakan
tiga kesan buruk jika dunia tidak
aman.
9. Pada
pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menjadi penghalang keamanan dunia?
Contoh
Jawapan:
1. - buangkan perasaan benci dan lupakan
kisah pahit.
2. - manusia akan saling menghormati hak
masing-masing;
- manusia tidak akan bermusuhan;
- manusia akan saling membantu;
- dunia akan aman dan damai.
3. - kita menghirup udara yang sama;
- pokok-pokok di London dan Washington
adalah sama;
- mereka yang tinggal di Australia juga
seolah-olah tinggal di Afrika;
- manusia sejagat berkongsi siang dan
malam.
4. - memperjuangkan sesuatu hasrat secara
bersama-sama dan bermuafakat.
5. - pertandingan sukan seperti Piala
Dunia dan Sukan Olimpik;
- program pertukaran pelajar antara
negara;
- misi bantuan bencana alam kepada
negara yang terbabit;
- persidangan dunia bagi membincangkan
isu-isu dunia seperti proses damai, kerjasama
antara negara dan sebagainya.
6. - manusia hanya dipisahkan oleh
sempadan tetapi sempadan wajar sentiasa terbuka;
- manusia perlu berusaha untuk bersatu;
- kita perlu membuang perasaan benci
untuk mengelakkan perbalahan.
7. - kita memerlukan kedatangan mereka
untuk memajukan industri pelancongan
negara;
- rakyat Malaysia akan melanjutkan
pelajaran di luar negara;
- kita dapat mempelajari teknologi
moden, mendapatkan sumber makanan serta
barang keperluan lain daripada mereka.
8. - manusia akan hidup dalam ketakutan;
- ekonomi negara akan lumpuh;
- menyukarkan rakyat untuk pergi ke
sesuatu negara atas urusan penting;
- berlaku krisis kenaikan harga minyak.
9. - sikap tamak pemimpin yang ingin
meluaskan pengaruh dan penguasaan ekonomi;
- pertubuhan dunia gagal mencegah
berlakunya peperangan;
- kuasa-kuasa besar lebih mementingkan
diri sendiri.
No comments:
Post a Comment