Drama
Dato’Onn
(Othman
Hj Zainudin)
Sinopsis
Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang
berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdakaan sehinggalah ke akhir
hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato’ Onn berkahwin dengan anak panggung
iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato’ Onn mengahwini Halimah,
balu adiknya. Dato’ Onn dipecat dari jawatan pemungut cukai kerana menentang
keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah
keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura.
Di sana Dato Onn dan Syed Hussien
Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk
fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah
Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato Onn.
Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union.
Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu
dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara
apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa
yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik
menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM,
ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah.
Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut
kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.
Pada tahun 1946 dalam Kongres
Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato Onn keluar
parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih
ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu
diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato’ Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru.
Pemikiran
Drama ini mengetengahkan pemikiran
betapa pentingnya anak watan bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan.
Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato’ Onn menentang penjajah yang menguasai
negeri Johor. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan berat dan hidup melarat,
tidak melunturkan semangat juangnya menentang Inggeris. Penentangan dibuat
dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan
permuafakatan dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.
Dalam keadaan genting Dato’ Onn tetap bersama anak-anak buahnya. Perjuangan diteruskan
melalui penentangan Malayan Union. Walaupun menjadi pengasas UMNO, Dato’ Onn
terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat.
Persoalan
1.
Persoalan
golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat dilihat melalui
watak Dato’ Onn yang sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan anak-anak
buahnya dalam keadaan genting sekalipun.
2.
Persoalan
kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan amat penting untuk
kesepakatan dan mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. Dalam drama ini,
rakyat jelata khususnya orang Melayu bersatu padu bersama Dato’ Onn menentang
penjajah demi mencapai kemerdekaan. Kesannya Malayan Union dibatalkan.
3.
Persoalan
pengorbanan seorang pemimpin. Dato’ Onn sanggup dipecat daripada menjadi
pemungut cukai lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah yang menindas
rakyat Johor. Rumahnya dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa berpindah ke
Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang nelayan.
4.
Persoalan
keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak komunis sanggup
melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan kerjasama.
Banyak nyawa terkorban dan tidak kurang yang kehilangan harta benda.
5.
Persoalan
menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan keluarganya dan
demi menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato’ Onn sanggup mengahwini Halimah
iaitu balu kepada arwah adiknya, Muhammad. Dia tidak sanggup melihat Halimah
dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup terbiar dan merempat.
6.
Persoalan
kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini. Dalam
drama ini, banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan
wayang-wayang gambar. Orang ramai tidak mahu lagi menonton pementasan
bangsawan. Secara tidak langsung ramai penggiat bangsawan pada ketika itu
hilang pekerjaan.
7.
Persoalan
kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu daya
berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai di negeri ini.
Mana-mana rakyat yang gagal menjelaskan cukai akan ditindas. Rumah dan tanah
keluarga Dato’Onn di Bukit Senyum turut dirampas kerana kononnya bapanya banyak
berhutang dengan kerajaan Johor sedangkan harta benda itu semuanya anugerah
Sultan Johor kepada bapa Dato’ Onn.
8.
Persoalan
akhbar dalam membentuk minda rakyat. Dato’ Onn berjaya membentuk fikiran
bangsanya yang jauh ketinggalan melalui akhbar Warta Malaya. Melalui akhbar
Warta Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan
menuntut kemerdekaan. Akhirnya mereka bangkit menentang Malayan Union.
Plot
Secara keseluruhannya, plot drama ini
digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu :
(i)
Permulaan
·
Pada
peringkat ini, watak Dato’ Onn
digambarkan sebagai pemimpin orang-orang Melayu yang berasal dari keturunan
bangsawan. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Dato’
Onn juga pernah berkahwin dengan perempuan daripada kumpulan bangsawan, tetapi perkahwinan mereka gagal.
(ii) Perkembangan
·
Pada
bahagian ini, watak Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air berkembang.
Adiknya meninggal dunia dan beliau telah mengahwini balu adiknya Halimah demi
menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi pemungut cukai oleh
Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau telah dipecat dan hartanya
dirampas dengan cara licik. Selepas berhijrah ke Singapura, beliau dan beberapa
orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan penentangan dan menyedarkan
bangsanya. Banyak pihak bangkit menentang Inggeris apabila ada ura-ura akan
diwujudkan gagasan Malayan Union. Keadaaan tanah air menjadi huru-hara semasa
penjajahan Jepun dan Komunis. Dato’ Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat
jelata untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.
(iii) Konflik
·
Perkahwinan
Dato’ Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa berpisah.
·
Dato’
Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memungut cukai di negeri
itu. Akhirnya dia dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut cukai. Tanah dan
rumah keluarganya dirampas.
·
MPAJA
dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA bertindak zalim
dengan membunuh dan membakar kampung. Orang-orang Kiai Salleh bertindak balas.
Huru-hara berlaku.
·
MPAJA
berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara orang-orang
Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka.
·
Dato’
Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan Ahmad
Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA menentang Inggeris
untuk menuntut kemerdekaan.
(iv)
Klimaks
·
Dato’
Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang jauh
ketinggalan.
(v)
Peleraian
·
Oleh
sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak pihak,
Dato’ Onn meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato’ Onn sempat mendengar berita
kemerdekaan tanah air.
Teknik Penceritaan
1.
Pemerian
·
Dato
Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama yang harum
bermadu menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup di bawah penjajahan…
2.
Imbas
Kembali
·
Tapi,
semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak Nampak pun
tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku…
3.
Dialog
·
Onn:
“Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit Senyum
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Dato’ Onn b
Jaafar
·
seorang
reformis dan pemimpin Melayu yang terulung
·
Menteri
Besar
·
Pengasas
kemerdekaan
·
Seorang
yang bertanggungjawab. Dato’Onn b Jaafar tidak melepaskan adik iparnya Halimah
keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian suaminya kerana mereka
kerabat dan darah daging beliau.
·
Seorang
yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan pegawai-pegawai
Melayu dengan sikapnya yang bakhil.
Watak
Sampingan
Halimah
·
isteri
Dato Onn
·
seorang
yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato’ Onn mancari nafkah dengan
menjual kuih selepas Dato’ Onn diberhentikan kerja.
Cik Kah
·
seri
panggung
·
Penari
yang dapat menarik perhatian Dato’ Onn
DJ Campbell
·
Pegawai
Inggeris
·
Sukar
menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato’ Onn menentang pentadbiran British
selepas menerima teguran dari Dato’ Onn.
Dr
Burhanuddin
·
Pemimpin
KMM
·
Pengasas
Parti PAS
·
Seorang
yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato’ Onn. Lebih rela dijajah
Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato’ Onn.tidak bersetuju bergabung
dengan MPAJA menentang Inggeris.
Latar
Latar
Masa
1.
1927, Dato Onn menjadi nelayan
2.
21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3.
14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union.
4.
1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua
5.
1951 Dato Onn berucap
6.
31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan
Latar
Tempat
1.
Singapura Dato Onn menjadi nelayan.
2.
Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan
KMM.
3.
Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang
Malayan Union
4.
Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas
Dua
5.
Hotel
Majestic, KL, Dato Onn berucap
6.
Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah
air
Latar
Masyarakat
- Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat
dan sayang akan tanah air
Contohnya Dato Onn.
- Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah, ditindas dan jauh
ketinggalan.
- Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut
kekayaan negara yang dijajah, contohnya DJ. Campbell dan Maxwell
- Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan
seperti MPAJA dan KMM
Gaya Bahasa
Diksi
Kata
pinjaman (bahasa Inggeris)
Contoh: miss ,cabaret
night club , Johor Sport Club
Kata
pinjaman (bahasa Arab)
Contoh: Masya-Allah, Insya-Allah
Peribahasa
Bagai melukut
di tepi gantang, Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Nilai
1.
Nilai
taat kepada ibu bapa. Contohnya , lantaran tidak mendapat restu keluarga,
akhirnya perkahwinan Dato’ Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama.
2.
Nilai
bertanggungjawab. Contohnya Dato’ Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan
negaranya. Dia sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga bertanggungjawab
memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan.
3.
Nilai
bersatu padu . Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat.
Dato’ Onn menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga
berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah.
4.
Nilai kesetiaan. Contohnya rakyat jelata perlu
menyatakan kesetiaan pada tanah air tanpa berbelah bagi dalam apa keadaan
sekalipun. Keadaan inilah yang ditunjukkan oleh orang-orang Melayu di bawah
pimpinan Dato’ Onn
5.
Nilai
menghargai jasa. Contohnya Sultan Johor
menganugerahkan Darjah Kerabat kelas Dua kepada Dato’ Onn dan beberapa
orang pemimpin lain yang berjasa kepada tanah air.
6.
Nilai
muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat amat penting.
Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato’ Onn
telah
mengaturkan pertemuan dengan pelbagai
pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan.
Pengajaran
1. Pemimpin hendaklah sanggup berkorban
demi kepentingan rakyat dan negaranya.
2. Kita hendaklah sanggup mempertahankan
tanah air dari sebarang bentuk penjajahan.
3. Kita hendaklah bersatu padu supaya
lebih kuat dalam menentang penjajah.
4. Kita perlu pandai memilih maklumat
daripada media massa agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif.
5. Kita perlu pandai memilih jalan
penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan kekerasan yang banyak
merugikan.
6.
Kita
perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik
berbanding perbincangan yang disertai emosi.
Latihan
1.
Apakah
tindakan askar MPAJA selepas Jepun
menyerah kalah?
Jawapan:
Menangkap orang kampong dan ditembak
mati sesiapa sahaja yang dikira
sebagai musuh dalam perjuangan mereka.
2.
Apakah
tugas pertama yang dilakukan oleh Dato Onn setelah dilantik sebagai Pegawai
Daerah Batu Pahat?
Jawapan:
Membuat
perundingan dengan MPAJA dan penduduk Melayu yang diketuai oleh Kiai Salleh
supaya memberhentikan permusuhan di Bukit Pasir.