Wednesday, September 03, 2014

The 10 Commandments for Developing Countries in the Nineties

1.  Thou shall blame only thyself for thy failures in development. Blaming imperialism, colonialism and neo-imperiaslism is a convenient excuse to avoid self-examination.

2.  Thou shall acknowledge that corruption is the single most important cause of failures in development. Developed countries are not free from corruption, but with their affluence they can afford to indulge in savings and loan scandals. 

3.  Thou shall not subsidize any product, nor punish the farmer in order to favour the city dweller. High prices are the only effective signal to increase production. If there are food riots, thou shall resign from office.

4.  Thou shall abandon state control for free markets. Thou shall have faith in thine own population. An alive and productive population naturally causes development.

5.  Thou shall borrow no more. Thou shall get foreign investment that pays for itself. Thou shall build only the infrastructure that is needed and create no white elephants nor railways that end in deserts. Thou shall accept no aid that is intended only to subsidize ailing industries in developed countries.

6.  Thou shall not reinvent the wheel. Millions of people have gone through the path of development. Take the well-travelled road. Be not prisoners of dead ideologies.

7.  Thou shall scrub the ideas of Karl Marx out of thy mind and replace them with ideas of Adam Smith. The Germans have made their choice. Thou shall follow suit.

8.  Thou shall be humble when developing and not lecture the developed world on their sins. They listened politely in the 1960s and 1970s. They no longer will in 1990s.

9.  Thou shall abandon all North-South forums., which only encourage hypocritical speeches and token gestures. Thou shall remember that the countries that have received the greatest amount of aid per capita have failed most spectacularly in development. Thou shall throw out all theories of development.

10.  Thou shall not abandon hope. People are the same the world over. When  Europe achieved yesterday, developing world will achieve tommorow. It can be done.

              Mahbubani, Kishore. 2002. Can Asians Thinks? Singapore: Times Books International.


Tuesday, August 05, 2014

Pembentangan Usul Mengenai Tragedi Malang Yang Menimpa Pesawat MAS, MH17 Pada 17 Julai 2014, Di Bawah Peraturan 27(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Tuan Yang Dipertua,

1. Kira-kira jam 11 malam, pada hari Khamis 17 Julai 2014, bersamaan 19 Ramadan 1435 Hijrah, satu tarikh yang tidak akan luput dalam ingatan, apabila saya menerima panggilan daripada Pengerusi Malaysian Airlines, Tan Sri Md Nor Yusof, berkaitan MH17. 

2. Ternyata, belum pun reda tragedi MH370, kini peristiwa tragik MH17 berlaku tanpa diundang. 

3. Bahawa, atas ketentuan Ilahi jua, satu peristiwa tragik telah berlaku. Dunia secara umum dan khususnya kita rakyat Malaysia, telah dikejutkan dengan tragedi tidak terduga, apabila pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diberitakan terhempas. 

4. Dalam tempoh kurang 2 jam, saya telah tiba di bilik operasi MAS KLIA, bersama beberapa orang Menteri. Kami diberi taklimat daripada pihak pengurusan MAS tentang apa yang berlaku. Setelah itu, tanpa berlengah, saya tidak putus-putus menghubungi dan dihubungi oleh beberapa pemimpin dunia antaranya Presiden Obama dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Mark Rutte dari negara Belanda dan Presiden Ukraine Petro Poroshenko tentang musibah yang terjadi. 

5. Selepas itu, lebih kurang pukul 2 pagi, saya telah membuat keputusan segera untuk menghantar pasukan khas ke kawasan bencana tersebut. 

6. Akhirnya, sekitar jam 5 pagi, saya telah mengadakan sidang akhbar khas, untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia, tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku pada ketika itu. 

7. Untuk makluman dewan yang mulia ini, penerbangan tersebut berlepas kira-kira jam 12.15 tengahari waktu tempatan, dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat itu membawa sejumlah 298 orang, yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Seramai 43 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia termasuklah 2 orang bayi.

8. Pihak Malaysian Airlines turut mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara atau ATC, Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu tempatan, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Pernyataan Takziah dan Belasungkawa

Tuan Yang Dipertua,

9. Justeru, bagi mewakili pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menzahirkan perasaan amat dukacita, rasa sangat sedih dan kepiluan yang amat sangat terhadap tragedi yang menimpa penumpang-penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17. 

10. Lanjutan itu, ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang sangat mendalam juga, terutama kepada kepada seluruh anggota keluarga, rakan taulan dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Adalah diharapkan semoga mereka semua terus cekal dan tabah dalam menempuh dugaan yang amat berat lagi mencabar ini. 

11. Dalam hal ini, kita juga telah memutuskan pada 18 hingga 21 Julai 2014 lalu, Kerajaan telah mengisytiharkan panji-panji negara yakni jalur gemilang, dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.

12. Kepada yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Ummul Kitab Al-fatihah dan kepada yang beragama lain, kita bertafakur sejenak.

Fakta-Fakta Mustahak

Tuan Yang Dipertua,

13. Beberapa fakta penting yang perlu diperincikan dalam dewan yang mulia ini. 

14. Fakta pertama: Jumlah mangsa yang terkorban. Bagi makluman semua, Malaysia Airlines telah menyenaraikan kewarganegaraan penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang terlibat dengan insiden ini. Senarai kemaskini pada 18 Julai 2014 berdasarkan pecahan warganegara yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

Belanda- 192 orangMalaysia- 43 orang (termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi)Australia- 27 orang Indonesia- 12 orang (termasuk seorang bayi)United Kingdom- 10 orang (termasuk 1 dwi-kerakyatan UK/Afrika selatan)Jerman- 4 orang Belgium- 4 orang Filipina- 3 orang Amerika- 1 orang (dwi kerakyatan Amerika/Belanda)Kanada- 1 orang New Zealand- 1 orang 

Ini menjadikan kesemua mangsa yang terkorban berjumlah 298 orang, terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Ini termasuk 83 orang kanak-kanak dan 3 bayi yang tidak berdosa.

Tuan Yang Dipertua,

15. Fakta kedua: Laluan Penerbangan MAS diperakui selamat. Berkaitan laluan penerbangan yang digunakan oleh MAS pula, perlu saya jelaskan, bahawa laluan penerbangan yang direntasi pesawat MH17 ini merupakan laluan yang diperakui selamat dan diluluskan oleh International Civil Aviation Organization atau Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO, serta negara Ukraine yang ruang udaranya turut dijadikan laluan penerbangan. Tambahan lagi, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa atau IATA juga telah menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu adalah laluan udara yang selamat.

16. Sebagai contoh, lima belas daripada 16 syarikat penerbangan dalam Persatuan Penerbangan Asia Pasifik turut menggunakan laluan ini untuk ke Ukraine. Syarikat penerbangan Eropah juga menggunakan laluan sama dan merentasi ruang udara yang sama. Malah, beberapa jam sebelum nahas, beberapa pesawat penumpang syarikat penerbangan dari beberapa negara Asia turut menggunakan laluan yang sama.

17. Untuk makluman juga, menurut Wall Street Journal, yang memetik laporan dari Eurocontrol, terdapat 400 penerbangan komersial, termasuk 150 penerbangan antarabangsa dilaporkan merentasi ruang udara Timur Ukraine setiap hari. Malah, 2 hari sebelum berlakunya tragedi ini, sebanyak 75 penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan yang berbeza turut menggunakan laluan yang sama, sepertimana laluan yang digunakan oleh Pesawat MH17. Lagi pula, ketika pada hari kejadian itu juga, juruterbang Pesawat MH17 tidak menerima sebarang arahan untuk menukar laluan penerbangan.

18. Fakta ketiga: Fizikal dan Teknikal Pesawat MAS berkeadaan baik. Berkait soal keadaan fizikal serta teknikal pesawat pula, pada awal pagi 18 Julai 2014 lalu, MAS telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan bahawa pesawat MH17 berada dalam keadaan baik. MAS turut mengesahkan semua sistem pesawat berfungsi seperti biasa, terutamanya Aircraft Communications Addressing And Reporting System (ACARS) dan transponder pesawat.

19. Fakta keempat: Undang-Undang Antarabangsa. Tindakan menembak jatuh pesawat ini, bukan sahaja perbuatan yang sangat zalim, malah bertentangan serta melanggar prinsip sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa melalui Convention on International Civil Aviation atau lebih dikenali sebagai Chicago Convention dan diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB dalam Resolusi 1067 (1996).

20. Dalam hal ini, PBB telah sebulat suara menerima pakai resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke tempat kejadian di mana pesawat MH17 terhempas di Ukraine. Ia juga mendesak agar semua kegiatan ketenteraan, termasuk oleh kumpulan bersenjata, dihentikan serta-merta di sekeliling kawasan terbabit dengan insiden berkenaan, bagi membolehkan penyiasatan antarabangsa dilakukan dengan selamat. 

21. Sehubungan itu, saya juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji perkara ini dengan mendalam dan teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan diambil oleh Malaysia kelak, berlandaskan serta selaras dengan undang-undang antarabangsa yang terpakai dalam hal keadaan sebegini.

Tuntutan dan Gesaan Malaysia

Tuan Yang Dipertua,

22. Sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada 17 Julai 2014, iaitu beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas, pegawai di Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa pesawat tersebut telah ditembak jatuh di Timur Ukraine. 

23. Jika benar dakwaan tersebut berlaku, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, biadap dan bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat malang MH17.

24. Namun demikian, buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diperolehi. 

25. Saya difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian tersebut, telah dikuasai serta dikawal oleh kumpulan pemisah. Namun demikian, saya merasa agak marah dan kecewa disebabkan oleh dua perkara iaitu:

Perkara pertama: Apabila saya dimaklumkan bahawa mereka tidak menghormati kawasan tragedi kemalangan itu sebagai kawasan larangan serta tidak mengikut atau mematuhi piawai amalan antarabangsa untuk mempastikan bahan-bahan bukti tidak hilang dan tidak tercemar.

Perkara kedua: Kelewatan dalam mengendalikan tragedi itu, yang menyebabkan kegagalan memberi penghormatan dan menjaga maruah mayat-mayat mangsa yang sepatutnya mereka terima. 

26. Di samping itu juga, Malaysia menggesa ICAO, selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia, untuk mengeluarkan resolusi yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17, sebagaimana yang telah dibuat terdahulu dalam kes penembakan pesawat udara yang lain. 

27. Tambahan pula, perbuatan menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini, suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas. 

Tuan Yang Dipertua,

28. Seperti yang dinyatakan dalam Annex 13, Konvensyen ICAO, Kerajaan Ukraine perlu bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan yang membawa kepada berlakunya nahas itu. Laporan kemaskini siasatan perlu diberikan kepada keluarga terdekat sepertimana tertakluk di dalam garis panduan ICAO.

29. Semestinya, Malaysia akan menawarkan sokongan penuh tidak berbelah bahagi untuk terlibat sama dalam siasatan ini. Untuk makluman, Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Dato’ Sri Anifah Aman antara yang telahpun berada di Kiev, Ukraine. 

30. Oleh yang demikian, Malaysia juga mengalu-alukan gesaan untuk siasatan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu, dan mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan. Kita menuntut dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini. Pihak yang bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan.

31. Berkait dengan itu, pada jumaat lalu, kita telah menghantar sebuah pesawat yang membawa satu pasukan khas sejumlah 133 orang, terdiri daripada pasukan SMART, pegawai-pegawai teknikal, kumpulan perubatan dan Jakim ke kawasan bencana. Satu Pasukan Penyiasatan Khas juga terdiri daripada wakil dari Malaysia, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat telah dibentuk.

32. Kepada ahli keluarga dan waris mangsa nahas pula, MAS telah pun menghantar seramai 40 kakitangannya ke Amsterdam untuk memberi bantuan dan sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa.

33. Selanjutnya, saya juga telah menerima banyak panggilan daripada pemimpin-pemimpin dunia yang memberi sokongan dan simpati serta berjanji akan menghulurkan pertolongan dalam apa jua bentuk yang terdaya. Tentunya, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan mereka dan masyarakat dunia kepada Malaysia.

Tuan Yang Dipertua,

Kejayaan Tiga Persetujuan

34. Ketahuilah, secara prinsipnya apa telah dilakukan ke atas mayat mangsa adalah perbuatan yang salah, namun, setidak-tidaknya hasil perundingan dengan ketua kumpulan pemisah, kita berjaya mengurangkan kerosakan yang lebih besar. 

35. Lantas, tidak semua tindakan perlu kita hebahkan. Dengan izin, “sometimes we must work quitely in the service of a better outcome” yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu. 

36. Alhamdulillah, pada hari Isnin 21 haribulan Julai 2014 yang lalu, dalam keadaan yang sukar, saya terpaksa mengambil keputusan berisiko, demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kepastian serta realiti sebenar tentang apa yang telah berlaku. 

37. Dalam hal ini, saya telah berunding dengan Alexander Borodai, iaitu Ketua Pemisah Pro-Rusia, kerana kawasan berkenaan dikuasai oleh mereka. Hasil rundingan tersebut telah berjaya mencapai tiga persetujuan iaitu:

i) Pertama: Kesemua mayat mangsa MH17 yang ditemui, yang dianggarkan berjumlah 282, telah dibawa dari Torev ke bandar Kharkiv di Ukraine dengan menaiki keretapi, sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan diiringi oleh enam anggota pasukan penyelamat Malaysia pada jam 1 pagi, hari Selasa 22 Julai 2014 dan telah sampai pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan. Selepas kerja-kerja forensik yang akan dilakukan di Amsterdam, kesemua mayat rakyat Malaysia akan dibawa pulang ke tanahair dengan seberapa segera. Saya lakukan perkara-perkara ini dan akan berusaha sedaya mungkin, sebab saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, seboleh-bolehnya menjelang syawal ini, semua mayat mangsa dapat disemadikan dengan selamat. Barulah damai dan tenteram hati-hati pihak keluarga korban tragedi.

ii) Kedua: Dua kotak hitam pesawat MH17 telah diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, pada pukul 9 malam, hari Isnin 21 Julai 2014, waktu Ukraine, untuk dijadikan hak milik Malaysia. Tanpanya, agak sukar untuk kita meneruskan siasatan. Kotak hitam tersebut telah diserahkan kepada pasukan penyiasat yang diketuai oleh negara Belanda dan akan dihantar ke London untuk siasatan lanjut. 

iii) Ketiga: Semua anggota penyiasat bebas antarabangsa diberi akses masuk dan jaminan keselamatan ke lokasi nahas untuk melakukan siasatan komprehensif terhadap tragedi MH17. Namun begitu, perkara tersebut belum lagi menjadi kenyataan sepenuhnya.

Solidariti dan Perpaduan

Tuan Yang Dipertua,

38. Hakikatnya, inilah takwim yang sungguh bertragis bagi kita. Meskipun begitu, pada saat dan detik-detik sukar lagi amat menduga di bulan Ramadan inilah kita semestinya memperkukuhkan lagi solidariti dan semangat perpaduan sesama kita, demi menghadapi semuanya ini. Insya Allah.

39. Tiada kata-kata yang dapat melukiskan kesedihan. Tiada umpama yang dapat menjadi ganti kehilangan insan yang dikasihi. Maka itu, demi menghadapi waktu-waktu sukar ini, tidak kira apa latar belakang politik dan agama, kita sewajibnya bersatu hati sebagai satu negara, 1Malaysia. 

40. Sehubungan itu, janganlah membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa dan keluarga mangsa. Ini bukan masanya untuk kita berwenang-wenang di sosial media menceritakan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih. 

41. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pembangkang dan Ahli Yang Berhormat Gelang Patah serta ketua-ketua parti lain, kerana tampil memberi kenyataan yang menyifatkan tragedi MH17, seumpama pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhnya mestilah dibawa ke muka pengadilan. 

42. Meskipun begitu, dalam masa kita masih diselubungi perasaan dukacita dan kesedihan yang amat sangat, kita sesekali tidak pernah lupa tentang nasib buruk yang menimpa saudara seakidah kita rakyat Palestin di bumi Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa, akibat kekejaman serta kezaliman. Oleh itu, kita mendesak supaya gencatan senjata dilakukan serta merta.

Penutup

Tuan Yang Dipertua,

43. Jelasnya, walaupun banyak ikhtiar yang telah kita lakukan, namun masih ada lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Walaupun masih getir dan mencabar serta menempuh pelbagai rintangan, kita tidak sekali-kali akan berhenti separuh jalan. 

44. Lantaran itu, kita menggesa penyiasatan mestilah dilakukan oleh sebuah pasukan bebas bagi menyiasat punca-punca pesawat MH17 terhempas. Beberapa persoalan yang inginkan jawapan segera seperti adakah ia ditembak dengan peluru berpandu, angkara siapa, siapa bekalkan persenjataan, apa motif mereka sebenarnya? 

45. Lanjutan, adakah ia ditembak secara terancang, dengan niat menjatuhkan pesawat komersial atau kesilapan yang tidak disengajakan? Pasti semuanya ini, perlukan bukti yang jelas dan benar-benar sahih. 

46. Walau apa pun yang dilakukan, ini tidak akan dapat mengembalikan apa yang telah hilang. Bayangkan bagaimana anak yang berusia setahun membesar tanpa kasih sayang ayahnya iaitu Ahmad Hakimi Hanapi, seorang pembantu juruterbang, yang menjadi mangsa korban dalam tragedi ini. Tambah memilukan, ibunya pula telah kehilangan suami.

47. Bagaimana pula nasib dan masa depan Amarpal Singh, alangkah gundah hatinya sebagai seorang pelajar perubatan, di mana kos pengajian selama ini, telah ditanggung oleh ayahnya yang menjadi mangsa tragedi ini? 

48. Cuba fikirkan betapa leburnya hati seorang nenek, Jamillah Noriah Abang Anuar, dari Kuching, Sarawak yang kehilangan 6 ahli keluarga tersayangnya. 

49. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Secara peribadi, saya merasai apa yang mereka alami apabila nenek tiri saya sendiri merupakan salah seorang daripada mangsa tersebut. 

50. Berkait insiden itu juga, tambah memilukan, dunia telah kehilangan sekumpulan pakar saintis yang terlibat dalam penyelidikan berkaitan AIDS dan HIV, sedang dalam perjalanan untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa di Australia. 

51. Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah yang tidak dapat saya utarakan di sini. Sebagai contoh, negara Belanda telah kehilangan sejumlah 192 rakyatnya dalam tragedi MH17. Jumlah ini sangat besar berdasarkan nisbah peratusan penduduk negaranya. 

52. Sebab itu, saya berpendirian bahawa pergolakan geo-politik ini tidak menguntungkan sesiapa. Ini hanya menyebabkan manusia semakin menderita apabila kehilangan orang tersayang dan dunia pula kehilangan insan-insan berwibawa. 

53. Justeru, kepada keluarga mangsa tragedi MH17, usahlah merasa bimbang, kerana selagi jawapan belum ketemu, selagi itulah kita tidak berhenti mencari kebenarannya. Sesukar dan sepayah mana pun, keadilan yang dituntut, pasti akan kita kembalikan kepada keluarga mangsa.

Tuan Yang Dipertua, 

54. Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam kesedihan. Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya penyelesaian di hujung. 

55. Atas segalanya, sempena keberkatan dan hari-hari akhir ramadan al-mubarak ini, banyakkanlah berdoa dan berharap agar Allah SWT memberi bantuan serta pertolongan, dalam ikhtiar-ikhtiar kita mencari penyelesaian. Mengambil iktibar mafhum pengertian surah Al-Insyirah, pada setiap kesukaran itu pastinya ada hikmah-hikmah menanti yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta. Dalam segala kudrat manusia, kepada Allah kita membuat segala penyerahan dan mengembalikan segala urusan.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang. 

Sekian, terima kasih.

- Dato' Sri Najib Tun Razak -

Friday, May 09, 2014

Peguam, bukan Islam setuju Jais salah sita Bible versi Melayu

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG EDITOR BERITA
JANUARY 03, 2014
Peguam dan kumpulan agama bukan Islam bersetuju dengan gereja-gereja Kristian bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais ) tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menyita apa-apa Bible yang mengandungi perkataan Allah sebagaimana yang dilakukan semalam.
Mereka berkata bahawa Jais bertindak di luar bidang kuasa dan melanggar hak agama bukan Islam, satu jaminan yang diberikan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan boleh membawa kepada tindakan undang-undang kerana melakukan beberapa kesalahan sivil seperti pencerobohan dan penahanan secara salah.
Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikkhism dan Taoisme (MCCBCHST) Jagir Singh (berkata) berkata, tindakan Jais melanggar kebebasan beragama orang bukan Islam.
Beliau berkata Alkitab hanya untuk orang-orang Kristian dan tidak bertujuan untuk menjadi alat menyebarkan dakyah di kalangan umat Islam di Selangor atau di tempat lain.
Komennya sama seperti Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) yang berkata Jais tidak mempunyai kuasa untuk menggeledah premis dalam Alkitab Persatuan Bible Malaysia (BSM).
Setiausaha agung CCM, Rev Dr Hermen Shastri berkata, mereka bimbang dengan kejadian rampasan 300 Al-Kitab dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban.
Dalam kejadian semalam, 15 kakitangan Jais dan dua anggota polis pergi ke pejabat BSM di Damansara Kim dan menuntut untuk menggeledah tanpa sebarang waran geledah atau apa-apa surat kebenaran.
Pasukan Jais kemudian menyerbu premis dan merampas lebih daripada 300 salinan Bible berbahasa Melayu Alkitab dan BUP Kudus, Bible berbahasa Iban, dan bertindak di bawah Enakmen Agama-agama bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran di kalangan umat Islam) iaitu Enakmen 1988.
Sepuluh peratus daripada 29 juta penduduk Malaysia adalah orang Kristian.
Hampir dua pertiga daripada mereka adalah Bumiputera dan sebahagian besarnya tinggal di Sabah dan Sarawak, di mana mereka secara rutin menggunakan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa asli dalam amalan agama mereka, termasuk menggambarkan Tuhan sebagai Allah dalam sembahyang mereka dan dalam kitab mereka.
Selain orang-orang Kristian Bumiputera dari Malaysia Timur, sesetengah daripada mereka telah berpindah ke Semenanjung untuk tinggal dan bekerja, Orang Asli Kristian di Semenanjung juga biasanya menggunakan bahasa Melayu dalam ibadah mereka.
Jagir berkata Jais tidak boleh bergantung kepada enakmen negeri untuk menyerang premis sebagai peruntukan dalam undang-undang yang telah diisytiharkan haram oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan pada tahun 2009.
Beliau berkata, tafsiran Lau terhadap enakmen negeri, termasuk di Selangor, kekal sebagai undang-undang yang baik, sebagaimana Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan Putrajaya mengenai isu Allah tidak menyentuh mengenai perkara itu.
Beliau juga berkata Enakmen Agama-agama bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran di kalangan umat Islam) Enakmen 1988 bertujuan untuk menghukum orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan itu tetapi perlembagaan persekutuan telah mengatasi mana-mana enakmen negeri.
Jagir juga merayu kepada Putrajaya untuk menasihati pihak berkuasa agama untuk bertindak lebih adil dan wajar.
"Tidak perlu menggunakan kuasa sewenang-wenangnya," katanya.
Penasihat Peguam for Liberty, Eric Paulsen berkata kemasukan pihak yang menggeledah ke dalam premis BSM adalah menyalahi undang-undang walaupun pegawai Jais diiringi oleh polis.
"Apa yang pasti, Jais tidak mempunyai kuasa ke atas bukan Islam. Jadi di mana justifikasi untuk memasuki premis itu," tanya beliau.
Paulsen berkata, Jais boleh dikira melakukan kesalahan sivil  kerana memasuki premis persendirian tanpa kebenaran, salah tangkap dan  dan penahanan .
"Saya kurang yakin polis akan bertindak terhadap Jais dan BSM mempunyai hak untuk memfailkan saman awam bagi menuntut ganti rugi kerana memasuki premis mereka tanpa kuasa," katanya.
Paulsen juga tidak menolak "insiden" itu sebagai langkah pihak berkuasa yang lebih tinggi untuk mengalihkan perhatian berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan dan tarif elektrik.
Peguam Karpal Singh berkata tindakan Jais jelas menunjukkan ia tidak menghormati undang-undang.
"Pada masa ini pegawai-pegawai kanan Jais perlu tahu bahawa mereka tidak mempunyai kuasa ke atas orang bukan Islam dan agama mereka tetapi memilih untuk mengabaikan kedudukan undang-undang semasa," katanya.
Beliau berkata, polis mengiringi pegawai-pegawai Jais untuk menjaga keamanan dan mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
Karpal berharap kerajaan Selangor akan bertindak pantas untuk memastikan Jais tidak bertindak mengikut kehendak mereka sahaja.
Peguam Fahri Azzat berkata tindakan keterlaluan Jais adalah membimbangkan.
"Mereka tidak mempunyai kuasa memasuki, menggeledah dan merampas barang-barang. Apa lagi semacam menangkap dan menahan suspek," katanya.
Fahri berkata orang bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah untuk kesalahan jenayah.
"Adakah ia dilakukan dengan sengaja dan apakah motif mereka?" katanya.
Serbuan itu dibuat selepas editor mingguan Katolik, Herald Father Bapa Lawrence Andrew berkata bahawa gereja-gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan perkataan "Allah" dalam perhimpunan hujung minggu mereka, yang kebanyakannya dihadiri oleh penganut Kristian dari Sabah dan Sarawak.
Komen-komen ini datang berikutan kenyataan daripada pengarah baru Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad, yang berkata pihak berkuasa agama negeri akan merangka senarai gereja di Selangor sebelum menulis untuk meminta mereka mematuhi undang-undang Islam Selangor mengenai perkara itu.
Enakmen negeri, yang telah diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), melarang bukan Islam di Selangor daripada menggunakan 35 kata-kata dan frasa bahasa Arab, termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "InsyaAllah". – 3 Januari, 2014.

Hanya Najib dapat hentikan krisis kaum dan agama, kata pakar Perlembagaan

MAY 09, 2014
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menamatkan sikap berdiam diri, kata pakar Perlembagaan, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi. Gambar fail.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menamatkan sikap berdiam diri, kata pakar Perlembagaan, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi. Gambar fail.Masa depan Malaysia kini kelihatan begitu membimbangkan dengan peningkatan kenyataan kebencian dan permusuhan agama dan sikap berdiam diri perdana menteri tidak membantu, kata seorang pakar Perlembagaan.
Menyeru Datuk Seri Najib Razak menamatkan sikap berdiam diri dan mengutuk sebarang percubaan memusnahkan kesatuan sosial Malaysia dan kestabilan negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata: "Saya bimbang."
Shad, dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) meluahkan kebimbangan beliau tentang masa depan Malaysia jika perbalahan terhadap agama terus membarah di negara yang mempunyai 30 juta penduduk berbilang kaum ini.
"Saya bimbang tentang minda kita yang tertutup. Daripada kedua-dua belah pihak, terdapat keengganan melihat isu-isu ini daripada perspektif orang lain."
Tetapi Shad juga berkata "sentiasa ada harapan" bagi Malaysia, mengulangi kenyataannya sebelum ini "kegilaan" di Malaysia tidak akan bertahan, bagaimanapun memberi amaran akan terjadinya “letupan” sebelum rakyat menyedarinya.
Beliau mengulas isu-isu perkauman dan agama yang berpunca daripada perebutan antara gereja Katolik dan Putrajaya terhadap penggunaan kalimah Allah yang ditegaskan Putrajaya eksklusif bagi orang Islam.
Ini termasuk serbuan pada Januari terhadap Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) dan rampasan 321 Al-Kitab dalam bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah, pengeboman Gereja Assumption di Pulau Pinang dan gesaan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tahun lalu agar umat Islam membakar Injil berbahasa Melayu.
"Saya sangat khuatir tentang masa depan negara, saya bimbang hubungan dengan Sabah dan Sarawak direnggangkan oleh semua ini.
"Saya bimbang tentang apa yang mungkin berlaku kepada ekonomi jika terdapat aliran keluar tenaga mahir yang berterusan dan modal. Saya risaukan keamanan dan kestabilan Malaysia," kata Shad yang juga penasihat undang-undang UiTM kepada The Malaysian Insider.
Beliau mengakui tidak pasti jika perdana menteri boleh menamatkan semua isu ini tetapi berkata, Putrajaya sekurang-kurangnya perlu menyatakan pendirian.
"Saya tidak bersetuju dengan berdiam diri.  Ia tidak sepatutnya begitu. Saya bersetuju beliau (Najib) perlu membuat satu pendirian.
"Saya menulis mengenainya , Putrajaya tidak patut melengahkannya dan serta-merta, tegas dan secara lisan mengutuk kata-kata kebencian. Mereka mesti mengutuk pihak yang mahu negara ini dikorbankan bagi kepentingan peribadi mereka sendiri," katanya.
Profesor itu berkata, apa yang berlaku ialah persepsi peribadi pemimpin "tidak diterjemahkan" kerana agenda politik mereka.
"Kerajaan hari ini perlu memenuhi tuntutan para pengundi. Najib cuba mendekati masyarakat – beliau memansuhkan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
"Tetapi entah bagaimana, terdapat penolakan daripada pengundi pada pilihan raya tahun lalu. Inilah masalah dengan pilihan raya demokratik, angka lebih penting," katanya.
Shad berkata, dilema demokrasi adalah sering kali, para ahli politik tidak boleh melakukan perkara betul kerana ia mungkin tidak popular dan menyebabkan anda tidak boleh memenangi undi.
"Apa yang kita lihat di Malaysia adalah polisi populis. Polisi yang mempunyai sokongan meluas tetapi tidak semestinya baik untuk masa depan atau sejajar dengan keadilan,” katanya.
Katanya, negara ini akan melalui "demokrasi yang pedih" dengan perkembangan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.
"Kita adalah demokrasi baru muncul. Ia memerlukan akar, kebebasan bersuara mengembang, hak asasi manusia menjadi lebih ketara, pendapat dinyatakan dan menyedihkan mereka sering dinyatakan dalam cara yang menyakitkan kepada orang lain," katanya.
Shad berkata, Malaysia perlu bimbang kerana diletakkan pada senarai pemerhatian mengenai had ke atas kebebasan beragama oleh Suruhanjaya Kebebasan Agama Antarabangsa Amerika Syarikat (USCIRF).
Dalam laporan yang dikeluarkan minggu lalu, suruhanjaya itu meletakkan Malaysia di Tahap 2 bersama negara seperti Afghanistan, Cuba, Indonesia, Laos, Rusia dan Turki.
"Ia adalah sesuatu yang kita harus ambil berat. Malangnya, persepsi orang adalah penting terutamanya jika anda mahu menggalakkan perdagangan antarabangsa, pelancongan, menyediakan kepimpinan dalam Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM), OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam) dan kepada negara-negara  dunia ketiga," katanya.
Shad sebelum ini terlibat dalam penggubalan dokumen termasuk Deklarasi KL kepada Penjenayah Perang dan bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Perlindungan Tempat Ibadat.
Berkenaan seminar mengenai penggunaan kalimah "Allah" dan Kristologi pada Selasa, Shad berkata merendah-rendahkan kaum dan menganalisis agama lain tidak patut dibiarkan.
"Walaupun saya tidak berada di sana, saya ingin mengatakan saya diajar ‘untukmu agamamu dan untukku agamaku’.
"Saya tidak membiarkan ini tetapi saya perlu mengatakan ini berlaku kepada Islam juga. Kami juga disifatkan sebagai syaitan, dibedah siasat dan dicerca," katanya.
Seminar itu, yang dianjurkan oleh UiTM, memberi amaran kepada umat Islam mengenai Kristianisasi dan mempersendakan kitab Bible kerana mengandungi "cerita".
Bagaimanapun, di sebalik isu yang membimbangkan tampuk pentadbiran negara sekarang, Shad mengulangi "sentiasa ada harapan" untuk Malaysia.
"Kita memerlukan pimimpin politik yang bersedia untuk berkata, 'Lihat ini tidak dibenarkan’.
"Saya tidak melihat mengapa sejarah mesti bergerak dalam satu garis lurus atau satu arah sahaja. Saya percaya perkara ini boleh berubah dengan kepimpinan," katanya, menamakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai pemimpin berani dalam kerajaan.
"Dalam hidup, saya pernah melihat masalah Ireland Utara diselesaikan, bahagian kaum di Amerika Syarikat ditangani pada 1964 dengan Akta Hak Sivil. Saya juga menyaksikan Afrika Selatan mengambil arahnya," katanya.
Beliau merujuk kepada 30 tahun keganasan Ireland Utara antara komuniti nasionalis (Katolik) dan kesatuan (Protestan) di mana 3,254 orang terbunuh dan rejim apartheid di Afrika Selatan.
Shad juga banyak menulis mengenai isu perundangan dan hak asasi manusia serta pengarang beberapa buku, termasuk Human Rights, Globalisation and the Asian Economic Crisis (Hak Asasi Manusia, Globalisasi dan Krisis Ekonomi Asia) dan Islam, International Law and the War Against Terrorism (Islam, Undang-undang Antarabangsa dan Perang Menentang Keganasan). – 9 Mei, 2014.

Wednesday, May 07, 2014

Chinese brought to Tanah Melayu are ‘trespassers’, says Muslim group

MAY 06, 2014
Ikatan Muslimin Malaysia says Chinese migrants brought in by the British into Tanah Melayu are ‘trespassers’. – The Malaysian Insider file pic, May 6, 2014.Ikatan Muslimin Malaysia says Chinese migrants brought in by the British into Tanah Melayu are ‘trespassers’. – The Malaysian Insider file pic, May 6, 2014.Islamist group Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) has claimed that Chinese migrants brought in by the British to Tanah Melayu were “trespassers” and this wrong had to be corrected.
Its president, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, said the Chinese who came to Malaya were “trespassers” and questioned the citizenship and wealth given to them but did not specify how it proposed to correct this purported wrong.
"Who gave them citizenship and wealth until the results of their trespassing are protected until this day?
"This was all the doing of the British, who were in cohorts with the Chinese to oppress and bully the Malays," he said in a statement today, as reported on the group's website.
Abdullah also said this was a mistake which had to be corrected but he did not say how. "Nobody has the right to mortgage the sovereignty of Islam and the Malays on this land."
Abdullah's remarks come on the heels of the hudud issue, which has been strongly opposed by non-Muslims like the predominantly Chinese parties – DAP, Gerakan and MCA.
He had recently lashed out at non-Muslims fighting against the proposal to implement hudud, saying that they had forgotten themselves and had no business meddling with the affairs of Muslims.
"If they want to remain as citizens of this country, they must pledge loyalty to the Agong and accept the position of Islam as the official religion and the sovereign rights of Malays.
"Standing in the way of Malay ambition and denying Malays their right in determining the future of the nation is a challenge and an act of overstepping by a foreign race," he said.
Abdullah also hit out at DAP veteran parliamentarian Lim Kit Siang for saying that Isma was spreading racial “poison”.
He said Lim's remark was groundless because the latter himself was causing disunity among the people.
"This is evident in the Malaysian Malaysia concept he has been advocating that goes against the Constitution.
"He is making the Chinese dissatisfied (with what they have) to the extent that they are making claims and demanding more than what they have obtained all this while.
"Whereas, the special privileges for the Malays have been provided under the Constitution since Merdeka," he said.
This is the second time this week Isma has made remarks against non-Muslims.
On May 1, Abdullah warned non-Muslims in the country that they had no right to oppose the plan to implement hudud and that they should understand that there were limitations to what they could say.
He said non-Muslims “should be thankful that they have more than what they need in this country”.
He said he failed to see what were their contributions were that they had been given so many privileges in the first place.
"Their strong stand against hudud gives the impression that they are in a dream world.
"They must realise that they have no say in determining the future of Muslims in this country," he had said. – May 6, 2014.
All nationalisms -- based on the word nation -- are defined by what they oppose. 

Malay nationalism, created by Muslims from Kerala, India, in Singapore, was to oppose Chinese economic domination of Malaya and Singapore. (Refer Origin of Malay Nationalism by Prof. William Roff). 

Umno, based on Malay nationalism, has no political ideology. It's nothing more than jealousy of the Chinese in business. 

There's no such thing as a Malay race. The Malay language, after which Malaya was named, was created from a Cambodian dialect by Hindus and Buddhists from India to be the lingua franca of the Archipelago. Hence, the Malay Archipelago. This was at a time when the people of the Archipelago were Hindus and Buddhists. 

Malay is easier to master than Javanese, the most widely spoken language in Indonesia (from the Greek Indos Nesos i. e. Indian Islands), or Sundanese, the next widely spoken language. 

The Malays in Malaya are actually Bugis, Javanese, Minang, Acehnese, other Muslims, who use Malay to communicate with each other. 

These so-called Malays are not the Orang Asal (original people) of Malaya. The Federal Constitution -- Article 160 -- is clear on that. 

Tunku created the political term Bumiputera (sons of the soil) to include the Malays, by the backdoor, in the same category as the Orang Asal of Malaya, Sabah and Sarawak. 

Bumiputera is a Sanskrit word. Malay was developed mostly through the infusion of Sanskrit and Pali (a Sanskrit dialect) words. 

Malay also has many Tamil -- derived from Sanskrit and Dravidian -- words. The first kingdom in Malaya was Kadaram in Kedah, a trading bridge between India and China, more than two thousand years ago. Kedah comes from the Tamil word kedai. There were many kedai in Kadaram. The people of Kadaram were from India. Kadaram paved the way for the later emergence of Penang and Singapore (a Sanskrit word which means City of Lion). 

All Indian languages and dialects are derived from Sanskrit or Sanskrit and Dravidian. 

For example, bangsa, agama, negara are Sanskrit words. Seri Paduka Baginda and Raja Permaisuri are Sanskrit. 

Jelita, cantek, permaidani, and all the wans -- jutawan, hartawan, jelitawan etc -- are Sanskrit. 

Kamus and dewan and bahasa are Sanskrit. 

Malay is the national language of Malaysia, according to Article 152 of the Federal Constitution, but is no longer in use. 

Malay has been replaced by Bahasa Malaysia which has Malay as the basis. 

Superimposed on this are words from other local languages and dialects and to top it all, words from English. 

English is 60 per cent Latin -- a sister language of Sanskrit -- 30 per cent French, and 10 per cent Greek (another sister language of Sanskrit), and two Germanic dialects, Angles and Saxon. 

DNA studies show that all the people of southeast Asia are descended from Dravidians (dark-skined archaic caucasoids) who made their way from south India, along the Asian coasts, to south China and Taiwan and mated with the Mongolian tribes living there. These Mongolians are descended from one branch of the Dravidians who entered south China from Afghanistan. The other branch of the Dravidians entered India from Afghanistan. 

Albino Dravidians from India entered Central Asia and mated with Mongolians. 

This mixture entered Persia and India from Central Asia as Aryans, entered Europe as three families to form the population of Europe, and entered the Americas as the Red Indians. 

All human beings (homo sapiens) are descended from people in East Africa. 

Human beings outside East Africa have some Neanderthal DNA in them.

Saturday, March 15, 2014

SATU dunia sedang berdoa. Mereka mengharapkan keajaiban. Setelah masuk hari kelapan pencarian, pesawat MH370 masih tidak menunjukkan sekelumit pun tanda dan petunjuk.
Kaum keluarga yang terlibat dengan insiden ini apatah lagi. Mereka diselubungi pelbagai perasaan. Kesedihan, ketakutan, ketidaktentuan, harapan, kekecewaan dan sesetengahnya barangkali sudah berputus harap.
Betapa berat pun penanggungan itu, mereka masih tidak putus-putus berdoa. Mereka yakin doa mereka didengari.
Ketika satu dunia masih berdoa, segala ketumbukan tentera dari 13 negara bersatu dan tanpa rehat mencari jalan merungkai misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 ini. Pakar-pakar penerbangan dan kejuruteraan aeroangkasa walaupun ‘bingung’ tidak berhenti memerah otak.
Mereka seperti juga Malaysia, tidak menampakkan tanda akan mengalah. Mereka yakin lambat-laun, misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu akan terjawab.
Kisah pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ini menyentuh hati sesiapa sahaja. Setiap orang yang membaca dan mendengar kisah ini berkongsi satu perasaan yang sama. Mereka mahu setiap yang berada di dalam pesawat ini kembali ditemukan dengan kaum keluarga masing-masing.
Bagaimanapun dalam saat-saat yang sukar ini, kaum keluarga mangsa berhadapan dengan satu lagi dugaan iaitu ‘perang khabar angin’ yang sungguh hebat.
Setiap hari mereka dihidangkan dengan pelbagai cerita yang sesetengahnya tidak sanggup didengar dan ‘sangat menakutkan.’ Cerita-cerita sedemikian berlegar kemudian membiak pantas dalam dunia maya yang tidak bersempadan ini. Walaupun pihak berkuasa menafikannya hampir setiap hari, cerita-cerita tidak betul ini tetap subur.
Percayalah khabar angin tentang insiden ini tidak akan mati waima terjumpa pesawatnya sekalipun. Hanya kekuatan diri dan doa sahaja sahaja yang mampu menjadi dinding penebat kepada ahli keluarga terbabit dalam berhadapan dengan situasi sebegini.
Tidak cukup dengan khabar angin, muncul pula segelintir manusia yang tergamak mempersendakan insiden ini. Menariknya mereka bukan calang-calang manusia. Mereka adalah golongan yang dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat. Peristiwa kehilangan pesawat dilihat dengan penuh sinis, serong dan dendam.
Bagai baru mendapat peluru dan tanpa sedikit belas kasihan pun ke atas keluarga mereka yang terlibat, pemimpin seumpama itu tidak menunggu lama. Tidak sampai sehari pun lagi kehilangan misteri pesawat tersebut, mereka sudah membedil habis-habisan.
Seperti biasa sasarannya adalah kerajaan. Kerajaan lemah, kerajaan lambat bertindak dan macam-macam lagi kerajaan!
Perbuatan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa. Nama lagi pembangkang, selagi ada ruang menghentam kerajaan, mereka tidak akan sesekali melepaskan peluang ini.
Amat sukar untuk melihat wakil rakyat seperti ini menghargai usaha kerajaan termasuk apa sedang dilakukan sekarang.
Dengan segala kudrat yang ada, pihak berkuasa terlibat terutama kerajaan dan Malaysia Airlines (MAS) sudah melakukan segala-galanya, jauh sekali berpeluk tubuh.
Malaysia juga tidak keseorangan dalam menghadapi waktu-waktu sukar ini. Banyak negara luar menawar sokongan dan menghulur kerjasama yang terbukti dengan bantuan bertali arus tiba sejak hari pertama lagi. Walaupun hasilnya masih buntu, mereka tidak menampakkan riak putus asa.
Mendengar pemimpin politik ini berhujah, bunyi nada macam gah, tetapi fakta di dalamnya ‘banyak kurang cerdik.’ Para pengikutnya yang hadir pula sahut-menyahut kegembiraan. Sedangkan apa yang keluar daripada mulut wakil rakyat itu tidak ubah seperti lendir hitam sampah-sarap. Penonton pula menelan enak ‘lendir pembohongan’ yang jijik dan memualkan itu.
Inilah antara contoh sisi dangkal yang ada pada segelintir pemimpin politik pembangkang.
Insiden kehilangan pesawat yang kekal misteri sehingga sekarang akan terus dijadikan modal politik mereka. Sekurang-kurangnya untuk tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang.
Ketika satu dunia bersimpati dan berdoa untuk keselamatan mereka yang terlibat, kenapalah tidak boleh mereka berkata sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga mangsa.
Macam-macam boleh dilakukan kalau mereka mahu. Mempersenda dengan kata-kata sinis apatah lagi memperlekehkannya tidak akan membantu sebaliknya melukakan lagi perasaan semua pihak yang terlibat.
Katalah sesuatu yang boleh memberi kekuatan kepada mereka yang terlibat daripada menggali keburukan. Berilah kekuatan kepada mereka untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku.
Inilah padah apabila politik sudah kelam menguasai hati. Perlakuan dan tindak-tanduk semuanya digerakkan untuk mencari laba politik. Sedangkan ini bukan waktu untuk tuding jari siapa betul, siapa salah dan siapa pandai.
Alangkah baiknya jika waktu-waktu sebegini semua orang bersatu. Inilah juga masa terbaik untuk melupakan seketika ideologi politik. Sekurang-kurangnya memberi sokongan atas apa yang sedang kerajaan dilakukan.
Atau paling lemah pun duduklah diam-diam sambil berdoa agar MH370 ditemukan.

Friday, January 03, 2014

Peguam, bukan Islam setuju Jais salah sita Bible versi Melayu

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG EDITOR BERITA
JANUARY 03, 2014
Peguam dan kumpulan agama bukan Islam bersetuju dengan gereja-gereja Kristian bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais ) tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menyita apa-apa Bible yang mengandungi perkataan Allah sebagaimana yang dilakukan semalam.
Mereka berkata bahawa Jais bertindak di luar bidang kuasa dan melanggar hak agama bukan Islam, satu jaminan yang diberikan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan boleh membawa kepada tindakan undang-undang kerana melakukan beberapa kesalahan sivil seperti pencerobohan dan penahanan secara salah.
Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikkhism dan Taoisme (MCCBCHST) Jagir Singh (berkata) berkata, tindakan Jais melanggar kebebasan beragama orang bukan Islam.
"Perkara 11 (4) Perlembagaan menjamin semua agama untuk mengamal dan menganut kepercayaan mereka secara bebas mengikut undang-undang," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata Alkitab hanya untuk orang-orang Kristian dan tidak bertujuan untuk menjadi alat menyebarkan dakyah di kalangan umat Islam di Selangor atau di tempat lain.
Komennya sama seperti Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) yang berkata Jais tidak mempunyai kuasa untuk menggeledah premis dalam Alkitab Persatuan Bible Malaysia (BSM).
Setiausaha agung CCM, Rev Dr Hermen Shastri berkata, mereka bimbang dengan kejadian rampasan 300 Al-Kitab dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban.
Dalam kejadian semalam, 15 kakitangan Jais dan dua anggota polis pergi ke pejabat BSM di Damansara Kim dan menuntut untuk menggeledah tanpa sebarang waran geledah atau apa-apa surat kebenaran.
Pasukan Jais kemudian menyerbu premis dan merampas lebih daripada 300 salinan Bible berbahasa Melayu Alkitab dan BUP Kudus, Bible berbahasa Iban, dan bertindak di bawah Enakmen Agama-agama bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran di kalangan umat Islam) iaitu Enakmen 1988.
Sepuluh peratus daripada 29 juta penduduk Malaysia adalah orang Kristian.
Hampir dua pertiga daripada mereka adalah Bumiputera dan sebahagian besarnya tinggal di Sabah dan Sarawak, di mana mereka secara rutin menggunakan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa asli dalam amalan agama mereka, termasuk menggambarkan Tuhan sebagai Allah dalam sembahyang mereka dan dalam kitab mereka.
Selain orang-orang Kristian Bumiputera dari Malaysia Timur, sesetengah daripada mereka telah berpindah ke Semenanjung untuk tinggal dan bekerja, Orang Asli Kristian di Semenanjung juga biasanya menggunakan bahasa Melayu dalam ibadah mereka.
Jagir berkata Jais tidak boleh bergantung kepada enakmen negeri untuk menyerang premis sebagai peruntukan dalam undang-undang yang telah diisytiharkan haram oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan pada tahun 2009.
Beliau berkata, tafsiran Lau terhadap enakmen negeri, termasuk di Selangor, kekal sebagai undang-undang yang baik, sebagaimana Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan Putrajaya mengenai isu Allah tidak menyentuh mengenai perkara itu.
Beliau juga berkata Enakmen Agama-agama bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran di kalangan umat Islam) Enakmen 1988 bertujuan untuk menghukum orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan itu tetapi perlembagaan persekutuan telah mengatasi mana-mana enakmen negeri.
Jagir juga merayu kepada Putrajaya untuk menasihati pihak berkuasa agama untuk bertindak lebih adil dan wajar.
"Tidak perlu menggunakan kuasa sewenang-wenangnya," katanya.
Penasihat Peguam for Liberty, Eric Paulsen berkata kemasukan pihak yang menggeledah ke dalam premis BSM adalah menyalahi undang-undang walaupun pegawai Jais diiringi oleh polis.
"Apa yang pasti, Jais tidak mempunyai kuasa ke atas bukan Islam. Jadi di mana justifikasi untuk memasuki premis itu," tanya beliau.
Paulsen berkata, Jais boleh dikira melakukan kesalahan sivil  kerana memasuki premis persendirian tanpa kebenaran, salah tangkap dan  dan penahanan .
"Saya kurang yakin polis akan bertindak terhadap Jais dan BSM mempunyai hak untuk memfailkan saman awam bagi menuntut ganti rugi kerana memasuki premis mereka tanpa kuasa," katanya.
Paulsen juga tidak menolak "insiden" itu sebagai langkah pihak berkuasa yang lebih tinggi untuk mengalihkan perhatian berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan dan tarif elektrik.
Peguam Karpal Singh berkata tindakan Jais jelas menunjukkan ia tidak menghormati undang-undang.
"Pada masa ini pegawai-pegawai kanan Jais perlu tahu bahawa mereka tidak mempunyai kuasa ke atas orang bukan Islam dan agama mereka tetapi memilih untuk mengabaikan kedudukan undang-undang semasa," katanya.
Beliau berkata, polis mengiringi pegawai-pegawai Jais untuk menjaga keamanan dan mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
Karpal berharap kerajaan Selangor akan bertindak pantas untuk memastikan Jais tidak bertindak mengikut kehendak mereka sahaja.
Peguam Fahri Azzat berkata tindakan keterlaluan Jais adalah membimbangkan.
"Mereka tidak mempunyai kuasa memasuki, menggeledah dan merampas barang-barang. Apa lagi semacam menangkap dan menahan suspek," katanya.
Fahri berkata orang bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah untuk kesalahan jenayah.
"Adakah ia dilakukan dengan sengaja dan apakah motif mereka?" katanya.
Serbuan itu dibuat selepas editor mingguan Katolik, Herald Father Bapa Lawrence Andrew berkata bahawa gereja-gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan perkataan "Allah" dalam perhimpunan hujung minggu mereka, yang kebanyakannya dihadiri oleh penganut Kristian dari Sabah dan Sarawak.
Komen-komen ini datang berikutan kenyataan daripada pengarah baru Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad, yang berkata pihak berkuasa agama negeri akan merangka senarai gereja di Selangor sebelum menulis untuk meminta mereka mematuhi undang-undang Islam Selangor mengenai perkara itu.
Enakmen negeri, yang telah diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), melarang bukan Islam di Selangor daripada menggunakan 35 kata-kata dan frasa bahasa Arab, termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "InsyaAllah". – 3 Januari, 2014.