Cerpen
Pungut @ Zahara @ Yap Siew Hong
(Mohammed
Latif Mohammed)
Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam
membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan
imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar
Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga
Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz
Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa
tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak
boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah
terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa
Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.
Tema
Kesabaran
seorang ibu angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota (Pungut)
1.
Persoalan
kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak
menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.
2.
Persoalan
ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap
menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
3.
Persoalan
keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan. Mak Timah hairan memikirkan
orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak
membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.
4.
Persoalan
kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Mak Timah selalu
berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil
nyawanya kerana dia tahu tidak ada sesiapapun akan memelihara Pungut.
Secara
keseluruhannya, plot cerpen ini disusun secara kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu:
(i)
Permulaan
Pembaca
diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang kurang
upaya dan dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa.
(ii)
Perkembangan
Mak
Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan
mengambil anak Siew Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah
kerana tidak sampai hati apabila mengetahui bayi itu akan dibuang.
(iii)
Konflik
Konflik
timbul apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan
agar Pungut dihantar ke rumah kebajikan.
(iv)
Peleraian
Mak Timah terus menjaga Pungut dan
berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya.
Teknik Plot
1.
Pemerian
Dia
tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk,
berdenggung-denggung. Kepalanya di
geleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Kemudian dia meluru masuk bilik…
2.
Monolog
“Mungkin
Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, “fikir Mak Timah.
3.
Dialog
“Mengapa
Bik?” Mak Timah bertanya.
“Siew
Lan.” Jawabnya lambat.
4.
Imbas
kembali
..Mak
Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun lalu…
Watak Utama
1. Mak Timah
·
Perempuan
tua
·
Selalu
sakit-sakit
·
Ibu
angkat Pungut
·
Ikhlas
menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup.
·
Tabah
dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minium dan kencing
berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit.
Watak
Sampingan
2. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew
Hong
·
Berusia
24 tahun.
·
Cacat
fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama oleh
doktor.
·
Anak
angkat Mak Timah.
·
Bertubuh
sangat kecil (pekak dan bisu).
3. Bibik
·
Nenek
Pungut.
·
Berbangsa
Cina peranakan.
·
Percaya
kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya
kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.
Latar
Latar Masa
1.
Tahun
1957 ketika Pungut dilahirkan
2.
24
tahun selepas Pungut dewasa.
Latar
Tempat
1.
Rumah
sewaan Bibik tempat tinggal Mak Timah
2.
Rumah
lelaki anak bongsu Mak Timah.
Latar
Masyarakat
1.
Masyarakat
majmuk (bangsa Cina dan Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an keluarga Mak
Timah.
2.
Masyarakat
yang percaya kepada bomoh (ramalan Loktang). Bibik amat percaya dengan
ramalan Loktang tentang Siew Lan.
3.
Masyarakat yang simpati terhadap
golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan dengan nasib Siew Lan yang akan di
buang lalu sanggup memeliharanya
Gaya Bahasa
1. Kata
ganda
Contoh:
digeleng-gelengkan
2. Bahasa
pasar
Contoh:
sueh, loktang
3. Sinkope
Contoh:
nak, kau
4. Personifikasi
Contoh
: kelakuannya tak ubah macam wayang patung
1.
Nilai
kasih sayang, contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut.
2.
Nilai
keikhlasan, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas.
3.
Nilai
simpati terhadap golongan yang kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan
nasib Pungut.
4.
Nilai
setiakawan, contohnya semangat setiakawan di antara iaitu Mak Timah bertegur
sapa dengan Bibik.
5.
Nilai
hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka.
1
Kita
hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat
sahaja, contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga
sudah berusia 24 tahun.
2. Kita mestilah ikhlas memberikan
pertolongan, contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga
mencapai umur dewasa.
3.
Kita
haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya, contohnya Mak Timah yang
bersimpati dengan nasib Pungut.
4.
Kita
hendaklah mengamalkan setiakawan, contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan
Bibik.
5.
Kita
wajarlah menghormati keputusan ibu bapa, contohnya anak-anak Mak Timah yang
menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.
Latihan
1.
Siapakah
nama sebenar Pungut?
2.
Berikan
dua nilai dalam cerpen Pungut@Zainab@Yap Siew Hong.
Jawapan
1.
Nama
sebenar Pungut ialah Zahara bte Muhamad@Yap Siew Hong.
2.
Dua
nilai dalam cerpen ini ialah nilai ikhlas, contohnya Mak Timah menguruskan dan
menjaga Pungut dengan ikhlas dan nilai simpati terhadap golongan yang kurang
upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut.
No comments:
Post a Comment