Hari ini sepatutnya pergi ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu seminar anjuran Teachers' Christian Fellowship. Tetapi semalam, saya berasa badan saya lemah. Walau bagaimanapun, selepas makan dua biji ubat panadol pada sebalah pagi sewaktu di sekolah, saya berasa saya sudah sihat semula. Aktiviti mingguan bermain bowling di Prai Megamall pada sebelah petang diteruskan. Pencapaian saya agak lemah pada hari itu. Selepas balik ke rumah, saya telah pergi berjumpa doktor dan telah diberi ubat demam panas serta anti biotik.
Jadi hari ini saya berehat sahaja di rumah. Malam ini mahu menyaksikan perlawanan EPL antara Liverpool dengan Manchester United. Liverpool adalah pasukan sokongan saya, sudah tentu saya menjangkakan Steven Gerrard dan Fernando Torres akan menjaringkan gol.
3 comments:
Cikgu ah, seminah itu baik lor. Emak saya pergi, dapat banyak pengetahuan. Tak apa, sendiri membaca Kitab dan berdoa, Tuhan juga memberkati kita :)
Renewing our Minds seminar, bukan?
God bless ;)
seminar apa?
oohhh...ok...rugi ya, tak pergi?
Post a Comment