Wednesday, April 15, 2009

Liverpool terkeluar

Setelah berjuang habis-habisan, Liverpool akhirnya tersungkur, dan terkeluar daripada UEFA Champions League setelah seri dengan Chelsea 4 - 4 di Stamford Bridge awal pagi tadi. Walau bagaimanapun, saya berpuas hati dengan keputusan tersebut sungguhpun dalam hati saya sebenarnya mahu melihat Liverpool terus mara ke peringkat separuh akhir. Bukan senang mahu menjaringkan empat gol di Stamford Bridge.

Liverpool mendahului 2 - 0 pada separuh masa pertama, tetapi Chelsea berbalas kembali dengan tiga gol pada separuh masa kedua. Liverpool bangkit semula dengan menjaringkan dua gol berturut-turut dalam tempoh masa dua minit. Tetapi Frank Lampard menyelamatkan Chelsea dengan menjaringkan gol pada minit ke-89.

Dengan keputusan seri 4 - 4, Chelsea mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 7 - 5 dan akan bertemu pasukan Barcelona yang juga seri dengan Bayern Munich 1 - 1, tetapi mara dengan agregat 5 - 1.

Sekarang, dengan terkeluar daripada semua kejohanan yang lain, Liverpool boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk mengejar Manchester United bagi merebut kejuaraan EPL.

Liverpool, YOU WILL NEVER WALK ALONE.

No comments: