Monday, April 27, 2009

Wajah Manja

Saya mempunyai muka yang mesra kanak-kanak. Selama ini, kalau saya terjumpa kanak-kanak, mereka akan cepat dan mudah mesra dengan saya. Mungkin ini anugerah Tuhan. Cuba tengok gambar ini!







Saya pergi menziarahi seseorang, dan tidak sampai setengah jam, kanak-kanak itu sudah mesra dengan saya. Sesungguhnya, tidak ada perkara dalam dunia ini yang paling membahagiakan selain didekati dan disukai oleh kanak-kanak.

Wednesday, April 15, 2009

Liverpool terkeluar

Setelah berjuang habis-habisan, Liverpool akhirnya tersungkur, dan terkeluar daripada UEFA Champions League setelah seri dengan Chelsea 4 - 4 di Stamford Bridge awal pagi tadi. Walau bagaimanapun, saya berpuas hati dengan keputusan tersebut sungguhpun dalam hati saya sebenarnya mahu melihat Liverpool terus mara ke peringkat separuh akhir. Bukan senang mahu menjaringkan empat gol di Stamford Bridge.

Liverpool mendahului 2 - 0 pada separuh masa pertama, tetapi Chelsea berbalas kembali dengan tiga gol pada separuh masa kedua. Liverpool bangkit semula dengan menjaringkan dua gol berturut-turut dalam tempoh masa dua minit. Tetapi Frank Lampard menyelamatkan Chelsea dengan menjaringkan gol pada minit ke-89.

Dengan keputusan seri 4 - 4, Chelsea mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 7 - 5 dan akan bertemu pasukan Barcelona yang juga seri dengan Bayern Munich 1 - 1, tetapi mara dengan agregat 5 - 1.

Sekarang, dengan terkeluar daripada semua kejohanan yang lain, Liverpool boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk mengejar Manchester United bagi merebut kejuaraan EPL.

Liverpool, YOU WILL NEVER WALK ALONE.

Sunday, April 05, 2009

Penang Cruise






7 Mac 2009, setelah dibatalkan banyak kali, akhirnya saya berpeluang juga naik ke atas kapal ini, yang dikatakan sebagai kapal kasino. Saya tidak berjudi, hanya ingin merasai pengalaman berada di atas kapal tersebut.

Kapal bertolak pukul 9 pagi dan kembali ke darat pada pukul 8 malam. Dengan harga tiket sebanyak RM60, penumpang berpeluang menikmati dua kali makan, menyanyi karaoke, dan menikmati hiburan. Banyak penumpang lebih suka mengunjungi ruang kasino. Kami pula menikmati pemandangan laut, serta menyanyi karaoke sepuas-puasnya.


Tanjung Tualang





Apa ada di Tanjung Tualang?
Sebuah pekan kecil, tetapi terkenal dengan udang kolamnya. Banyak pelancong datang ke situ hanya hendak merasai keenakan udangnya.
Saya ke sana secara kebetulan. Jadi mengambil kesempatan menikmati masakan udang. perut sebenarnya telah diisi dengan makan tengah hari ketika di Ipoh, tetapi tidak mahu melepaskan peluang sebab sudah jauh datang ke situ, jadi kami pun makan "sedikit" sahaja.




Liverpool Kembali ke takhta EPL


Yossi Benayoun menjaringkan gol pada saat akhir permainan dan memberi kemenangan kepada Liverpool mengalahkan Fulham 1 - 0. Dengan kemenangan tersebut, Liverpool kembali menduduki tempat pertama EPL. Tetapi kedudukan tersebut mungkin untuk beberapa jam sahaja. Manchester United akan bertemu Aston Villa pada malam nanti. Jika MU menang, MU akan merampas kedudukan tempat pertama semula.
Walau bagaimanapun, berita yang paling memberangsangkan para peminat Liverpool ialah pelanjutan kontrak Rafael Benitez dan Steven Gerrard. Berita itu membantu pasukan Liverpool, mendapat motivasi untuk terus mengejar kemenangan bagi baki perlawanan yang seterusnya.