Mengejutkan. Perkembangan politik di negeri Perak menyaksikan perubahan mendadak. Tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak meninggalkan parti masing-masing dan menyokong Barisan Nasional (BN). Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah Perak telah lumpuh dan hanya tinggal 28 kerusi ADUN berbanding BN yang kini mempunyai 31 kerusi ADUN.
Apa yang hendak saya sampaikan di sini bukan berita terkini atau perkembangan politik yang boleh kita ikuti daripada berita semasa. Saya cuma hendak memberi pandangan tentang soal moral yang ada pada diri ADUN berkenaan. Mereka yang bertindak meninggalkan parti yang telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk bertanding dalam pilihanraya dan menyebabkan kerajaan yang dibentuk itu lumpuh sebenarnya adalah pengkhianat. Parti yang menerima ADUN yang melompat itu juga sangat menjijikkan. Kepercayaan rakyat negeri Perak telah dijadikan bahan ketawa yang hanya cuma untuk menguntungkan diri sendiri.
Namun, kebijaksanaan Sultan Perak dalam menangani masalah ini tidak boleh dipertikaikan. Saya penuh yakin baginda akan memberi jawapan yang akan melegakan semua rakyat Perak. Kembalikan kuasa kepada rakyat semula untuk menentukan parti mana yang akan memimpin dan mentadbir negeri kesayangan mereka.
No comments:
Post a Comment