Sunday, February 15, 2009
Valentine Dinner
Seingat saya, inilah makan malam Hari Kekasih yang istimewa sebab isteri kesayangan saya sendiri yang memasak. Makan pada hari yang istimewa tentu mempunyai rasa yang berbeza.
Isteri memasak dengan kasih sayang. Kalau makan di luar, tukang masak hanya menjalankan tanggungjawabnya atas arahan majikan, dan mungkin dengan suasana persekitaran yang penuh perhiasan. Di rumah, lain rasanya.
Monday, February 09, 2009
5 Februari 2009
Hari keempat Tahun Baharu Cina, isteri mengadakan perjumpaan dengan rakan sedarjah sekolah rendahnya di rumah.
Yang datang semuanya berwajah ceria. Ada yang tidak pernah berjumpa selama 30 tahun.
Mereka yang datang membawa sedikit makanan untuk dinikmati bersama. Tetapi yang penting pada malam itu bukannya makan, melainkan bersembang dan bertanya khabar.

6 Februari 2009
Selepas berpisah selama 20 tahun, akhirnya kami dapat berjumpa semula, walaupun hanya dapat mengumpul sebanyak 8 orang daripada kelas PMC3, PMC4 dan PMC5.
Kami berkumpul di Bukit Mertajam dan menikmati steamboat pada 6 Februari 2009.
Masih kenal antara satu sama lain, ada yang tidak berubah langsung walaupun telah mempunyai 3 orang anak.
Selepas ini, saya akan cuba menghubungi rakan-rakan yang lain yang berselerak di seluruh negara, melaksanakan amanah sebagai pendidik anak bangsa.
Kalau ada sesiapa antara anda yang kenal guru lulusan MPRM sesi 1986-1988, sila hubungi saya di blog ini.
Terima kasih.

Wednesday, February 04, 2009
Rakyat Perak Dipermainkan
Mengejutkan. Perkembangan politik di negeri Perak menyaksikan perubahan mendadak. Tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak meninggalkan parti masing-masing dan menyokong Barisan Nasional (BN). Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah Perak telah lumpuh dan hanya tinggal 28 kerusi ADUN berbanding BN yang kini mempunyai 31 kerusi ADUN.
Apa yang hendak saya sampaikan di sini bukan berita terkini atau perkembangan politik yang boleh kita ikuti daripada berita semasa. Saya cuma hendak memberi pandangan tentang soal moral yang ada pada diri ADUN berkenaan. Mereka yang bertindak meninggalkan parti yang telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk bertanding dalam pilihanraya dan menyebabkan kerajaan yang dibentuk itu lumpuh sebenarnya adalah pengkhianat. Parti yang menerima ADUN yang melompat itu juga sangat menjijikkan. Kepercayaan rakyat negeri Perak telah dijadikan bahan ketawa yang hanya cuma untuk menguntungkan diri sendiri.
Namun, kebijaksanaan Sultan Perak dalam menangani masalah ini tidak boleh dipertikaikan. Saya penuh yakin baginda akan memberi jawapan yang akan melegakan semua rakyat Perak. Kembalikan kuasa kepada rakyat semula untuk menentukan parti mana yang akan memimpin dan mentadbir negeri kesayangan mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)