Novel ini dijadikan bacaan wajib bagi murid Tingkatan Tiga sebagai novel komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Isunya agak rumit, tentang perjuangan golongan muda yang dipengaruhi oleh dakyah yang cuba menghuru-harakan keamanan negara.
Bagi saya, novel ini lebih sesuai kalau dijadikan teks bagi murid Tingkatan Lima. Isu tentang perjuangan menuntut kebebasan mutlak tidak terbayang oleh golongan yang masih berusia 15 tahun.
Sunday, April 12, 2015
Tuesday, April 07, 2015
Murid Yang Berjaya
Murid
Yang Berjaya
Jalan menuju kejayaan merupakan satu
proses yang berpanjangan. Tidak ada jalan pintas, juga bukan melalui cara yang
haram.
Pepatah Melayu mengatakan, “kalau
tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
Jadi, apa itu kejayaan?
Apakah petunjuk bagi mengukur
kejayaan?
Dalam mengukur kejayaan bagi sesebuah pasukan bola
sepak, misalnya, kita boleh mengatakan bahawa pasukan Barcelona merupakan
sebuah pasukan yang berjaya. Pasukan itu telah berjaya menggondol banyak
kejuaraan dalam pertandingan Liga Perancis, European Champion League dan
sebagainya. Setiap kali pasukan Barcelona bermain, kita akan menyokong pasukan
itu dan mahu melihat pasukan itu menang dalam setiap perlawanan.
Dalam bidang ekonomi, sering kali
kita kata seseorang itu berjaya jika dia memiliki sekian banyak harta. Dalam
bidang politik, kita akan menganggap seseorang itu telah berjaya jika beliau
memegang sesuatu jawatan yang penting, misalnya sebagai perdana menteri bagi
sesebuah negara.
Jadi, apakah ukuran bagi menentukan
kejayaan seseorang murid?
Saya berpendapat, jika mahu
menganggap seseorang murid itu ialah seorang yang berjaya, dia mesti memiliki
kriteria berikut:
-
Menguasai dan mampu mengaplikasikan ilmu
yang telah dipelajarinya;
-
Melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum dengan penuh komitmen;
-
Memiliki sahsiah diri yang tinggi;
-
Mempunyai tubuh badan yang sihat; dan
-
Menjalani kehidupan berasaskan
nilai-nilai kerohanian yang dipercayainya.
Saya yakin, setelah tamat belajar di sekolah ini,
anda semua telah menjadi murid yang berjaya.
SELAMAT
MAJU JAYA
Subscribe to:
Posts (Atom)