Thursday, July 16, 2009
Tuesday, July 07, 2009
Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional 2009
6 - 9 Jun 2009, saya berada di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Jitra untuk menghadiri kolokium (perbincangan ilmiah). Inilah kali pertama saya menghadiri seminar sebegitu, yang majoriti pesertanya terdiri daripada pengetua dan guru besar.
Kolokium ini bertujuan untuk:
a) membincangkan hubungan kepimpinan instruksional dengan modal insan yang cemerlang;
b) mengenal pasti amalan-amalan terbaik serta inovasi-inovasi dalam kepimpinan instruksional di sekolah-sekolah yang cemerlang yang menjurus kepada peningkatan kecemerlangan akademik.
b) mengenal pasti amalan-amalan terbaik serta inovasi-inovasi dalam kepimpinan instruksional di sekolah-sekolah yang cemerlang yang menjurus kepada peningkatan kecemerlangan akademik.
c) berkongsi ilmu dan pengalaman melalui rangkaian perhubungan yang rapat di antara para peserta kolokium.
Sebanyak 8 kertas kerja akan dibentangkan di sepanjang kolokium tersebut. Terdapat juga perbengkelan, atau perbincangan kumpulan untuk mengumpul idea dan pendapat daripada para peserta tentang isu yang dikemukakan.
Semoga pengalaman bermakna ini dapat saya aplikasikan selepas tamat kolokium ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)