Friday, January 03, 2014

Peguam, bukan Islam setuju Jais salah sita Bible versi Melayu

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG EDITOR BERITA
JANUARY 03, 2014
Peguam dan kumpulan agama bukan Islam bersetuju dengan gereja-gereja Kristian bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais ) tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menyita apa-apa Bible yang mengandungi perkataan Allah sebagaimana yang dilakukan semalam.
Mereka berkata bahawa Jais bertindak di luar bidang kuasa dan melanggar hak agama bukan Islam, satu jaminan yang diberikan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan boleh membawa kepada tindakan undang-undang kerana melakukan beberapa kesalahan sivil seperti pencerobohan dan penahanan secara salah.
Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikkhism dan Taoisme (MCCBCHST) Jagir Singh (berkata) berkata, tindakan Jais melanggar kebebasan beragama orang bukan Islam.
"Perkara 11 (4) Perlembagaan menjamin semua agama untuk mengamal dan menganut kepercayaan mereka secara bebas mengikut undang-undang," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata Alkitab hanya untuk orang-orang Kristian dan tidak bertujuan untuk menjadi alat menyebarkan dakyah di kalangan umat Islam di Selangor atau di tempat lain.
Komennya sama seperti Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) yang berkata Jais tidak mempunyai kuasa untuk menggeledah premis dalam Alkitab Persatuan Bible Malaysia (BSM).
Setiausaha agung CCM, Rev Dr Hermen Shastri berkata, mereka bimbang dengan kejadian rampasan 300 Al-Kitab dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban.
Dalam kejadian semalam, 15 kakitangan Jais dan dua anggota polis pergi ke pejabat BSM di Damansara Kim dan menuntut untuk menggeledah tanpa sebarang waran geledah atau apa-apa surat kebenaran.
Pasukan Jais kemudian menyerbu premis dan merampas lebih daripada 300 salinan Bible berbahasa Melayu Alkitab dan BUP Kudus, Bible berbahasa Iban, dan bertindak di bawah Enakmen Agama-agama bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran di kalangan umat Islam) iaitu Enakmen 1988.
Sepuluh peratus daripada 29 juta penduduk Malaysia adalah orang Kristian.
Hampir dua pertiga daripada mereka adalah Bumiputera dan sebahagian besarnya tinggal di Sabah dan Sarawak, di mana mereka secara rutin menggunakan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa asli dalam amalan agama mereka, termasuk menggambarkan Tuhan sebagai Allah dalam sembahyang mereka dan dalam kitab mereka.
Selain orang-orang Kristian Bumiputera dari Malaysia Timur, sesetengah daripada mereka telah berpindah ke Semenanjung untuk tinggal dan bekerja, Orang Asli Kristian di Semenanjung juga biasanya menggunakan bahasa Melayu dalam ibadah mereka.
Jagir berkata Jais tidak boleh bergantung kepada enakmen negeri untuk menyerang premis sebagai peruntukan dalam undang-undang yang telah diisytiharkan haram oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan pada tahun 2009.
Beliau berkata, tafsiran Lau terhadap enakmen negeri, termasuk di Selangor, kekal sebagai undang-undang yang baik, sebagaimana Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan Putrajaya mengenai isu Allah tidak menyentuh mengenai perkara itu.
Beliau juga berkata Enakmen Agama-agama bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran di kalangan umat Islam) Enakmen 1988 bertujuan untuk menghukum orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan itu tetapi perlembagaan persekutuan telah mengatasi mana-mana enakmen negeri.
Jagir juga merayu kepada Putrajaya untuk menasihati pihak berkuasa agama untuk bertindak lebih adil dan wajar.
"Tidak perlu menggunakan kuasa sewenang-wenangnya," katanya.
Penasihat Peguam for Liberty, Eric Paulsen berkata kemasukan pihak yang menggeledah ke dalam premis BSM adalah menyalahi undang-undang walaupun pegawai Jais diiringi oleh polis.
"Apa yang pasti, Jais tidak mempunyai kuasa ke atas bukan Islam. Jadi di mana justifikasi untuk memasuki premis itu," tanya beliau.
Paulsen berkata, Jais boleh dikira melakukan kesalahan sivil  kerana memasuki premis persendirian tanpa kebenaran, salah tangkap dan  dan penahanan .
"Saya kurang yakin polis akan bertindak terhadap Jais dan BSM mempunyai hak untuk memfailkan saman awam bagi menuntut ganti rugi kerana memasuki premis mereka tanpa kuasa," katanya.
Paulsen juga tidak menolak "insiden" itu sebagai langkah pihak berkuasa yang lebih tinggi untuk mengalihkan perhatian berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan dan tarif elektrik.
Peguam Karpal Singh berkata tindakan Jais jelas menunjukkan ia tidak menghormati undang-undang.
"Pada masa ini pegawai-pegawai kanan Jais perlu tahu bahawa mereka tidak mempunyai kuasa ke atas orang bukan Islam dan agama mereka tetapi memilih untuk mengabaikan kedudukan undang-undang semasa," katanya.
Beliau berkata, polis mengiringi pegawai-pegawai Jais untuk menjaga keamanan dan mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
Karpal berharap kerajaan Selangor akan bertindak pantas untuk memastikan Jais tidak bertindak mengikut kehendak mereka sahaja.
Peguam Fahri Azzat berkata tindakan keterlaluan Jais adalah membimbangkan.
"Mereka tidak mempunyai kuasa memasuki, menggeledah dan merampas barang-barang. Apa lagi semacam menangkap dan menahan suspek," katanya.
Fahri berkata orang bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah untuk kesalahan jenayah.
"Adakah ia dilakukan dengan sengaja dan apakah motif mereka?" katanya.
Serbuan itu dibuat selepas editor mingguan Katolik, Herald Father Bapa Lawrence Andrew berkata bahawa gereja-gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan perkataan "Allah" dalam perhimpunan hujung minggu mereka, yang kebanyakannya dihadiri oleh penganut Kristian dari Sabah dan Sarawak.
Komen-komen ini datang berikutan kenyataan daripada pengarah baru Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad, yang berkata pihak berkuasa agama negeri akan merangka senarai gereja di Selangor sebelum menulis untuk meminta mereka mematuhi undang-undang Islam Selangor mengenai perkara itu.
Enakmen negeri, yang telah diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), melarang bukan Islam di Selangor daripada menggunakan 35 kata-kata dan frasa bahasa Arab, termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "InsyaAllah". – 3 Januari, 2014.

Thursday, January 02, 2014

Bendung kenaikan harga barangan

Masyarakat pengguna perlu berjimat dan berhemat di pasar dalam musim kenaikan harga barangan. - Gambar hiasan

Kenaikan harga barang kembali melanda Malaysia. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti pekerja biasa dan golongan bawah, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka khususnya yang berpendapatan rendah.

Hal ini menyebabkan kesan-kesan kenaikan harga barang keperluan berlaku. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil kerajaan untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, "ingat sebelum kena, jimat sebelum habis."

Kenaikan harga barangan telah memberikan kesan kepada semua orang. Antaranya masalah ini akan menyebabkan kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin terhimpit.
Hal ini berlaku demikian kerana kuasa beli mereka semakin berkurangan dan pendapatan mereka menjadi semakin berkurangan. Contohnya, barang-barang keperluan dapur semakin meningkat dan dianggarkan meningkat dalam lingkungan 30 hingga 50 peratus daripada harga sebelumnya.

Perkara ini sudah tentu akan mendatangkan kesan kepada mereka kerana pendapatan mereka sebelum ini hanya cukup-cukup makan. Oleh itu, masyarakat perlu berbelanja dengan bijak dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Kesan sosioekonomi sememangnya teruk seperti yang pernah kita saksikan dan alami sebelum ini. Kegiatan mengambil untung berleluasa dan pengguna menjadi mangsa eksploitasi peniaga.

Peniaga dan badan korporat menggunakan kesempatan ini untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Pihak yang tidak mahu memikul beban kenaikan akan memindahkan lebihan kos kepada pihak lain, sama ada pembekal atau peruncit dan mangsanya ialah pengguna.

Selain itu, terdapat juga peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barang dengan sesuka hati. Sikap tidak bertanggungjawab ini membawa kesan negatif kepada sosioekonomi dan menyekat kemajuan ekonomi negara.

Peranan penting orang tengah dalam rangkaian makanan yang mana mereka menentukan harga dan bekalan barang makanan yang dijual di pasaran. Orang tengah berada dalam kedudukan selesa kerana mereka menjana keuntungan besar daripada pihak pengeluar dan pihak pengguna.

Rantaian kenaikan berkenaan menjadikan harga barang-barang keperluan turut naik yang mana menjadi bahan tunjang dalam menggerakkan aktiviti ekonomi.

Hal ini melibatkan kos pembuatan dan pemprosesan. Keadaan yang meruncing dan mendadak akan menyebabkan rakyat yang kurang bersedia untuk menghadapinya terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah seperti petani, buruh dan pengusaha kecil. Fenomena ini akan dianggap suatu yang amat membebankan.

Selain kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat, terdapat kesan kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini.

Antaranya ialah industri perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap kenaikan minyak. Kos perkhidmatan yang membebankan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap bahan bakar ini.

Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang terpaksa menutup restorannya ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan.

Bagi mengurangkan bebanan ini, peniaga terpaksa menaikkan harga barang yang dijual. Kesannya, tekanan harga yang tinggi ini terpaksa dihadapi oleh pengguna. Dalam keadaan sekarang, masyarakat perlu mengambil pendekatan berhemah untuk menguruskan kewangan mereka.

Peningkatan harga minyak 10% tersebut akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang, terutama harga barang makanan. Bahan makanan, sama ada dalam bentuk mentah, separa proses atau siap diproses perlu diangkut dari tempat pengeluaran atau pemprosesan kepada tempat pemasaran.

Kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan sudah tentu akan dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang akhir yang diangkut. Kerajaan boleh campur tangan dengan mengumumkan Dasar Kawalan Harga barangan tetapi dari segi ekonomi, dasar campur tangan tersebut akan membawa kepada herotan ekonomi dan memberi lebih banyak keburukan.

Orang ramai masih gemar memandu kenderaan sendiri daripada menggunakan pengangkutan awam. Hal ini menyebabkan penggunaan minyak terus meningkat. Bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan pengguna atas pilihan tersebut.

Jika mutu perkhidmatan awam baik bas, teksi dan kemudahan LRT dan komuter masih kurang memenuhi kehendak dan permintaan rakyat. Kita tidak boleh membandingkan dengan negara lain sekiranya ingin menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam.

Contohnya, sistem pengangkutan awam di Singapura adalah cekap dan lengkap. Oleh itu, kenaikan harga barang memberikan impak yang sangat besar kepada kuasa beli masyarakat.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah ini. Langkah tersebut ialah pihak kerajaan perlu menjalankan kempen jimat cermat dalam kalangan pengguna.

Hal ini berlaku demikian kerana melalui kempen atau mesej awam, kerajaan boleh menggalakkan masyarakat supaya berjimat cermat bagi mendatangkan hasil.
Kempen tersebut boleh dijalankan melalui media massa arus perdana seperti televisyen, radio dan juga media cetak. Di samping itu, kempen tersebut juga sekurang-kurangnya diharap dapat memberikan kesedaran kepada para pengguna. Dengan cara itu, kesan kenaikan harga barang akan dapat ditangani dengan lebih berkesan dalam kalangan pengguna.

Masyarakat yang juga merupakan pengguna digalakkan untuk menanam sayur-sayuran bagi menjimatkan perbelanjaan harian. Sebenarnya, cadangan ini pernah dipraktikkan pada 1970-an dengan rancangan Buku Hijau.

Dengan cara ini, para pengguna tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar setiap hari. Contohnya, masyarakat boleh menanam sayur-sayuran yang mudah ditanam di belakang rumah ataupun di dalam pasu seperti cili, kangkung, sawi, kunyit, serai, tomato dan sebagainya. Selain untuk kegunaan sendiri, sayur-sayuran itu juga boleh diberikan kepada jiran-jiran yang berhampiran.

Sudah tentu tindakan ini akan menjimatkan perbelanjaan dan secara tidak langsung, cara ini juga boleh merapatkan hubungan sesama jiran dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.

Selain itu, cara ini juga boleh menjimatkan masa untuk membeli sayur-sayuran di pasar.
Pihak kerajaan hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan dengan sesuka hati tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan.

Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat.

Contohnya, mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan dengan sesuka hati atau cuba memasang lukah di pergentingan, mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kenaikan harga barang.

Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan harga barang yang tidak terkawal akan menyebabkan kekacauan dan ketidaktentuan ekonomi, sosial dan politik yang mengancam keharmonian negara.

Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan membendung masalah kenaikan harga barangan keperluan dan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini supaya masalah kenaikan harga barang dapat dikurangkan.


Artikel Penuh:  Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, August 05, 2013

Hubungan kaum di Malaysia

Ng Lum Yong (Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia)

DEWASA ini hangat diperkatakan yang kurangnya integrasi antara kaum di Malaysia. Setiap bangsa lebih suka bergaul hanya dengan bangsa sendiri. Melayu dengan orang Melayu, orang Cina sesama mereka dan orang India hanya dalam lingkungan mereka sahaja.

Tetapi interaksi antara kaum masih wujud di kampung-kampung ataupun di luar bandar. Masyarakat Cina atau India hidup dengan rukun dengan majoriti masyarakat Melayu di kampung-kampung. Sebagai contoh, mereka boleh duduk bersama di kedai-kedai kopi bersembang pelbagai topik. Masyarakat Cina dan India di Utara malah fasih bertutur dalam loghat Melayu Utara. Begitu juga di Pantai Timur dengan dialek Kelantan dan Terengganunya. Di Johor, ada golongan tua Cina mampu bertutur dalam bahasa Jawa!

Sebaliknya di bandar-bandar utama, interaksi antara kaum sangat kurang. Kesan kurangnya pergaulan antara kaum-kaum berlainan di kota-kota ini, mereka juga malah tidak langsung senang bergaul dengan kaum-kaum lain yang berhijrah dari desa ke kota. Ini kerana gaya hidup di bandar yang kurang mempedulikan orang lain.

Di samping itu, komposisi kaum di sesetengah bandar seimbang dan mereka hanya duduk di kepompong sendiri. Kalaupun ada pergaulan rapat antara berlainan kaum di kota-kota, ini mungkin kerana mereka berasal dari kampung atau negeri yang sama.

Antara perkara yang mampu merapatkan hubungan seseorang yang berlainan bangsa adalah minat. Berkongsi minat yang sama mampu menutup jurang perbezaan warna kulit. Apa yang berlaku hari ini adalah kaum- kaum berlainan mempunyai minat yang berlainan. Sebagai contoh, orang Melayu mungkin minat konsert Jom Heboh. Orang Cina tidak minat kerana mereka tidak menonton televisyen rangkaian Melayu. Contoh lain, orang Cina minat memperkatakan makanan Cina. Orang Melayu tidak akan berkongsi minat yang sama kerana makanan orang Cina kebanyakannya tidak halal.

Faktor lain adalah kemampuan berkomunikasi. Misalnya, orang Cina di bandar kurang bergaul dengan orang Melayu kerana tidak mampu bertutur bahasa Melayu dengan baik. Orang Cina yang tinggal di dalam komuniti mereka di bandar hanya bertutur dalam bahasa Mandarin ataupun dialek-dialek mereka. Ada yang bertutur bahasa Inggeris. Orang Cina bandar apabila mahu berinteraksi dengan kaum lain lebih cenderung memilih untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Bagi kebanyakan orang Melayu, bertutur dalam bahasa Malaysia menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi dengan rakyat Malaysia sendiri. Bertutur dalam bahasa Inggeris akan memberikan sedikit jurang. Orang Melayu dari kampung-kampung juga kurang fasih berbahasa Inggeris kerana tiada keperluan berbahasa Inggeris di kampung-kampung dan hanya bertutur dalam bahasa Melayu. Bertutur dalam bahasa asing hanya akan merencatkan penyampaian.

Orang India pula bagaimanapun kelihatan lebih mudah bergaul dengan masyarakat Melayu. Mungkin budaya masyarakat India ada persamaan dengan budaya orang Melayu. Adat bersanding adalah tinggalan adat Hindu yang dianuti nenek moyang orang Melayu zaman dahulu yang beragama Hindu/Buddha. Bahasa Malaysia juga banyak menyerap perkataan-perkataan Sanskrit* yang juga dituturkan orang India yang majoritinya bercakap bahasa Tamil. Antaranya bumi, suria dan singa.

Makanan orang Melayu juga tidak banyak berbeza dari orang India yang berasaskan rempah. Orang Melayu dahulu juga menganut Islam hasil sebaran pedagang-pedagang India Muslim. Ini mungkin sebabnya Masyarakat Melayu bersembahyang dengan berkain pelikat, sepertimana pakaian orang India, bukan berjubah seperti orang Arab.

Banyak perkara harus dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Banyak aktiviti yang melibatkan semua kaum harus dilakukan. Persatuan-persatuan yang mewakili hanya satu kaum bakal melebarkan jurang antara kaum.

Setiap kaum tidak harus hidup dengan kepompong sendiri. Satu contoh adalah kewujudan sekolah-sekolah yang berasaskan satu kaum iaitu sekolah jenis kebangsaan yang memisahkan pelajarnya dari arus perdana. Bukannya dicadangkan di sini untuk menutup saja sekolah-sekolah itu, cuma kewujudan istimewa sekolah-sekolah itu di Malaysia harus lebih mampu berinteraksi dengan majoriti masyarakat Malaysia yang lain. Sekolah Wawasan adalah perancangan yang baik cuma tidak kelihatan kesannya.

Banyak juga orang Malaysia yang kakinya berpijak di Malaysia tetapi fikirannya berada di negara-negara asing. Dengan kemajuan teknologi hari ini, apabila dibuka televisyen, banyak sajian rangkaian dari luar disediakan. Ada yang terlepas dengan perkembangan di tanah air. Bersekolah pun di sekolah antarabangsa. Kurikulumnya dari luar dan kurang bersifat tempatan. Apabila ini berlaku, maka golongan ini kurang berinteraksi dengan komuniti tempatan.

Paling penting, pemahaman tentang budaya kaum lain. Masyarakat Melayu tidak harus menjauhi masyarakat Cina semata-mata masyarakat Cina membela anjing dan makanan tidak halai . Banyak perkara lain boleh dikongsi bersama. Contohnya meraikan Tahun Baru Cina tidak salah kerana itu adalah perayaan adat, bukannya perayaan agama.

Orang Cina pula jangan mengatakan semua makanan Cina itu adalah haram. Cuma cara penyediaan itu haruslah mengikut hukum syarak. Masakan masakan (baca masa-kan masakan) Cina semuanya haram kerana jumlah penduduk Islam di China bahkan lebih ramai daripada jumlah penganut Islam di Malaysia. Kita juga harus sedar banyak orang India ialah vegetarian. Mereka tidak makan haiwan atas alasan agama.

Untuk merapatkan hubungan kaum, rasanya kita perlu berbalik kepada dasar penyatuan bangsa dengan satu bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia. Tanpa satu bahasa pengantaraan yang khusus, tidak mungkin bangsa yang berlainan mampu berkomunikasi dengan baik dan seterusnya bergaul dengan rapat.

Bertutur dalam bahasa Inggeris antara kaum di Malaysia bukanlah cara terbaik kerana yang memilih bertutur dalam Bahasa Inggeris bukan saja menyusahkan penterjemah Buletin Utama TV3, bahkan tidak ubah seperti pelancong asing!


Di mana selebriti global kita?

Johan Jaafar (Berita Harian, 5 Ogos 2013)

Kita hidup dalam dunia yang menggilai selebriti. Selebriti hari ini tidak sahaja membabitkan mereka dalam bidang hiburan tetapi juga sukan, malah dunia masakan, korporat dan keluarga diraja. Hari ini kita bercakap tentang penceramah agama yang mencapai status selebriti, selain pengacara TV dan pengamal pelbagai profesion lain. Di TV, hos ruangan survival, menangkap ular dan ikan besar, juga yang boleh menjinakkan anjing, menjadi selebriti global.


TV 24 jam memungkinkan semua itu. Begitu juga ruang siber. Media massa menjadikan selebriti ini dikenal di seluruh dunia. Hari ini imej, cerita dan kegiatan selebriti diikuti dengan penuh minat. Batas dan ruangnya juga semakin terbuka luas. Tokoh korporat yang berjaya seperti Donald Trump dan Tan Sri Tony Fernandes mempunyai program sendiri di TV, lalu meningkatkan lagi profil dan kedudukan mereka di kaca mata orang ramai dan peminat. 
Kamus Dewan mendefinisikan selebriti sebagai ‘orang yang terkenal dan menjadi tumpuan ramai.’ Mereka berprofil tinggi dan boleh mempengaruhi peminat atau pengikut mereka. Selalunya mereka dikaitkan dengan kemewahan dan kekayaan. Malah ada kalanya status selebriti mereka berpunca daripada kedudukan kewangan mereka. Selebriti mendapat liputan luar biasa. Mereka diburu dan digilai oleh peminat. Dalam bahasa Inggeris perkataan obsession atau kegilaan terhadap selebriti ini boleh mengambil makna yang lain. Ada kalanya untuk tujuan wang. Terdapat juga ‘peminat’ yang meminati mereka secara yang luar biasa dan boleh menyebabkan hilang kawalan diri.

Wahana baharu ruang siber

Pada tahun-tahun 60-an dan 70-an, kumpulan The Beatles digilai oleh jutaan peminatnya. Begitu juga hari ini selebriti semasa menjadi pujaan dan kegilaan ramai. Gaya serta fesyen pakaian mereka ditiru. Lagak dan stail mereka dicontohi. 

Seorang penyanyi dan penari yang berusia 30-an, membawakan tarian ‘Gangnam-Style’ dan melepaskannya di YouTube. Lebih 1.4 bilion manusia menontonnya. Beliau menjadi selebriti serta-merta. Demikianlah ‘kuasa’ wahana baharu di ruang siber bernama YouTube. Hari ini anda tidak perlu ‘ditemui’ melalui kejayaan dalam program TV seperti American Idol, The Voice, Akademi Fantasia atau Bintang Mencari Bintang. Sesiapa sahaja boleh menjadi Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang. 
Apabila Putera William dan Kate Middleton mendapat bayi lelaki yang dinamakan George Alexander Louis, perhatian dunia tertumpu pada bayi yang bakal menjadi Raja England itu. William dan Kate sendiri merupakan selebriti diraja yang kisah percintaan dan perkahwinannya menjadi peristiwa TV yang besar dan hebat. ‘Bayi Diraja’ menjadi topik paling hangat hari ini.

Semua orang mahu mendampingi selebriti. Dan banyak juga yang mengimpikan untuk menjadi selebriti. Anak-anak kecil membesar melihat selebriti di kaca TV dan di sekeliling mereka. Daripada satu segi kejayaan selebriti ini menjadi dorongan untuk mencapai kejayaan lebih tinggi. Bagaimanapun ada kalangan yang tidak menyenangi fenomena selebriti ini. Ada yang berpendapat mereka lebih banyak melalaikan. Malah ada kalanya selebriti memperagakan perilaku yang tidak disenangi umum. Maka itu selebriti perlu menjaga diri, moral dan akhlak agar mereka boleh menjadi contoh malah ikon bagi anak-anak muda.

Anak harus dimotivasikan 

Kenyataannya ialah anak-anak yang tinggal di kawasan setinggan di Sao Paulo, Johannesburg, Mumbai, Kuala Lumpur dan Shanghai mahu mengubah hidup mereka. Ada yang mahu menjadi pemain bola profesional yang berjaya seperti Messi, Ronaldo, Rooney atau sebelumnya David Beckham. Ada yang ingin menjadi Tiger Woods yang merupakan pemain golf yang terkaya di dunia. Ada yang mahu menjadi masyhur sebagai pelakon filem. Atau menjadi chef selebriti yang terkenal. Atau menjadi pendakwah yang mampu terbang dengan jet peribadi.

Tidak ada salahnya meletakkan impian yang luar biasa. Atau meletakkan sasaran yang tinggi dalam hidup. Anak-anak harus dibenarkan bercita-cita tinggi. Mereka juga harus dimotivasikan untuk mencapai impian itu. Tidak ada yang mustahil di dunia ini. Dengan kesungguhan dan doa, sesiapa sahaja boleh mencapai kejayaan cemerlang.

Apa yang kurang pada anak-anak Malaysia ialah cita-cita untuk mencipta nama di persada dunia. Kita tidak ada selebriti bertaraf global. Kita tidak punya Rain, Justin Bieber, Adele atau pelakon yang hebat dalam dunia hiburan. Kita tidak punya ahli sukan yang bermain di liga utama di Eropah. Kita tidak ada personaliti TV yang dikenal di seluruh dunia. 

Kita hanya ada selebriti yang terkenal sesama kita.

Monday, January 21, 2013

Perkasa belia langkah tepat perkukuh negara


Perkasa belia langkah tepat perkukuh negara

Kepemimpinan belia adalah kepemimpinan negara pada masa depan. Citra negara pada masa akan datang, terpapar pada generasi belia hari ini. Mempersiapkan kepemimpinan belia bermakna mempersiapkan kepemimpinan negara. 

Pemimpin, aktivis dan penggerak pertubuhan belia akan berkumpul di Hotel Summit, Subang USJ pada Jumaat hingga Ahad ini bagi menghadiri Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan, Majlis Belia Malaysia ke-61. Mesyuarat kali ini akan menyaksikan perwakilan memilih barisan kepemimpinan belia bagi tempoh dua tahun akan datang. Tempoh itu amat rencam apabila kita semakin menghampiri garisan penamat bagi menghambat status negara maju pada 2020. Ditambah dengan suasana politik yang tidak menentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. 

Bersedia hadapi cabaran 

Berdasarkan suasana yang sedemikian, maka 2013 ini adalah tahun pemilihan kepemimpinan pada pelbagai peringkat. Dimulakan pada peringkat belia yang mengisyaratkan kepemimpinan belia harus bersedia berhadapan dengan segala cabaran, yang perlu diredah bersama kekuatan hikmah, bagi memastikan fokus dan pacuan ke arah gerbang negara maju tidak terganggu. 

Kepemimpinan belia perlu bersifat transformatif. Ia perlu mampu mengubah dan berubah. 

Namun ia perlu terikat dengan nilai yang mulia dan mempunyai makna yang signifikan terhadap pembaikan ummah. Berubah bukan kerana kita adalah generasi baru tetapi berubah kerana misi yang kita dukung, nilai yang kita perjuangkan dan keperluan perubahan. Seorang pemimpin perlu mampu berinteraksi dengan persekitaran bagi mengumpul maklum balas, kecenderungan serta kemahuan generasi bagi memetakan hala tuju perjuangan. Kecekapan analisis persekitaran dipamerkan oleh pemimpin besar dunia seperti Winston Churchill, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln dan Hassan al-Banna yang membaca persekitaran dan berjaya mengubah cabaran dan halangan kepada kesempatan. 
Apabila diteliti semangat transformatif manusia lewat al-Quran, kita akan dapati perubahan total dan tulen perlu berlaku pada segenap peringkat, makro dan mikro, bagi menjamin kelangsungan misi perjuangan. Maka perubahan mestilah bermula dengan individu pemimpin itu sendiri. Pemimpin belia mesti memahami misi perjuangan dengan jelas. 

Kefahaman ini memerlukan pembudayaan ilmu yang mengakar dalam setiap batang tubuh pemimpin belia. Perubahan bukan sebuah lakonan. Ia mesti ‘real’ datang daripada hati dan pemikiran. 

Setelah itu, setiap pemimpin belia perlu bersiap dengan kekuatan untuk berinteraksi dengan berkesan. Idea perlu disampaikan, mesej perlu terjelma dengan betul dan hasrat perlu digarap agar impian kepada perubahan dapat dikongsi bersama. 

Oleh itu paduan ‘pemimpin-pemikir’ seharusnya menjadi adunan kepada pemimpin belia. Pemimpin yang mampu memberikan pengarahan dan strategi yang diyakini berkesan oleh pengikut dan pemikir yang mampu mencanai idea serta menganggapi persoalan dengan berkesan. 

Selain itu, seorang pemimpin perlu mempunyai sikap yang betul. Tidak mementingkan diri, mengutamakan perjuangan dan hidup dalam suasana pengorbanan yang tinggi. Belia di Malaysia ini khususnya memerlukan pemimpin yang mengendong segala impian dengan penuh rasa tanggungjawab. 


Contohi Saidina Umar 

Sesungguhnya amanah kepemimpinan ini amat berat untuk dipikul. Ia terpamer dalam reaksi Saidina Umar ra yang menyatakan memadai hanya seorang keluarga Umar yang merasai kepedihan api neraka, apabila anaknya, Abdullah, dicalonkan sebagai penggantinya. 

Amat malang bagi generasi belia di Malaysia nanti jika mempunyai pemimpin yang menjadikan platform MBM ini, semata-mata sebagai batu loncatan, untuk bergelar ‘Yang Berhormat’ dan seterusnya mendapat kedudukan yang lebih baik di persada politik negara. Jangan biarkan wadah belia ini menjadi tunggangan pihak tertentu yang berkepentingan cangkat demi survival politik peribadi. 

Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia

Tuesday, January 08, 2013

Bebas melancong guna internet


Bebas melancong guna Internet

TIGA pengunjung berjalan di bawah jambatan sebuah tasik yang sudah beku di Istana Musim Panas di Beijing, baru-baru ini. Cuaca sejuk dibawah paras beku -20 Celsius sekarang menjadikan China tidak sesuai dilawati pelancong pada masa ini. - AFP

BARU-BARU ini terdengar kisah seorang ibu yang terpaksa merayu kepada pemeriksa tiket bas, gara-gara anaknya tertinggal tiket di rumah. Mujurlah pemeriksa tiket tersebut tidak berkeras. Maka dapatlah anaknya menaiki bas.

Kejadian itu berlaku di Hentian Bas Jalan Duta. Terus saja ia mengingatkan pengalaman saya menaiki bas dari Union Station di Washington DC menuju ke New York pada November lalu. Tiket berharga AS$26 (RM71.60) dibeli secara dalam talian. Saya tidak perlu pun mencetak tiket kerana terdapat pilihan iaitu sekadar tunjukkan pemeriksa tiket menerusi paparan e-mel pada telefon pintar.

Bila direnung sejenak kedua-dua insiden ini, pasti akan ada yang mencemuh. Mana kita dapat lawan dengan negara maju! Bab ini saya akan bantah.

Sebenarnya, kaedah e-tiket sudah diperkenalkan setahun dua ini di negara kita, bermula dengan e-tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Membeli secara dalam talian, nombor tiket dihantar ke e-mel dan urusan periksa masuk di lapangan terbang hanya dengan menunjukkan skrin telefon pintar atau komputer tablet.

Kaedah ini sangat menyenangkan. Pernah dulu perasaan dilanda cemas kronik bila tiket dari agensi tidak sampai-sampai di pejabat, walhal masa pesawat berlepas hanya tinggal empat jam. Sekarang ini, anda tidak perlu tahu pun kewujudan tiket. Anda hanya perlu pergi ke mesin khas di kaunter, taip nama anda atau nombor kad pengenalan.

Penggunaan aplikasi dalam talian di Amerika Syarikat (AS) memang mengagumkan. Begitu meluasnya penggunaan Internet di negara kuasa dunia itu amat membantu pengunjung, terutama kelompok yang diistilahkan sebagai Free Independent Traveller (FIT) atau pengembara/ pelancong bebas.

Istilah ini mula menjadi trend pada 2010 yang secara umumnya merujuk kepada pasangan atau sekumpulan teman tidak melebihi 10 orang yang mengembara atau melancong tanpa mengikuti kaedah tradisional pakej percutian yang dianjurkan oleh agensi pelancongan. Mereka memilih kaedah melancong mengikut pilihan atau kesukaan sendiri.

Semasa mengunjungi New York tempoh hari, saya tidak sedar pengembaraan saya menepati istilah FIT. Ini adalah kerana saya bergantung sepenuhnya kepada Internet. Perkara pertama ialah memastikan pengangkutan. Dari Washington DC, cara paling murah dan mudah ialah jalan darat. Selain bas, saya ada pilihan untuk menaiki kereta api. Tetapi harganya jauh lebih mahal daripada bas. Sangat mudah mencari laman web bas di Internet. Taip ‘bus DC to NYC’, terus terpapar laman web untuk anda pilih.

Yang kedua, memilih hotel. Di sini saya guna laman web Agoda.com. Secara ringkasnya laman web ini sangat mudah digunakan. Selain menawarkan harga istimewa hotel-hotel yang tersenarai dalam Agoda.com, ia juga memberi peluang anda memilih hotel mengikut bajet dan kelas hotel daripada lima bintang hingga tiada bintang, atau lokasi dekat dengan pusat tarikan atau stesen subway.

Pembayaran juga mudah dilaksanakan dan anda boleh mengumpul mata bagi setiap Ringgit yang dibelanjakan. Selama enam hari, saya tinggal di hotel murah di Chinatown dan malam terakhir, berpindah ke hotel empat bintang di 37th Street. Ini sebagai persediaan ketidakselesaan penerbangan selama 25 jam pulang ke Kuala Lumpur.

Mata

Menggunakan mata yang dikumpul dalam akaun Agoda.com, saya tempah bilik empat bintang. Ditolak mata yang terkumpul, saya hanya membayar RM195.30 untuk bilik yang siap dengan dapur (boleh masak air panas dan mi segera!).

Tanpa terikat dengan atur cara sesiapa seperti agensi pelancongan yang ketat dan adakalanya singgah di lokasi yang bosan, saya bangun ikut waktu sendiri dan berjalan ke destinasi yang saya pilih. Tiada muzium langsung dalam senarai.

Bila membuat kajian mengenai pelancongan, barulah saya sedar wujud trend pengembara bebas (FIT) dalam industri pelancongan dunia. Ada konsep backpackers tetapi ia merujuk kepada pengembara yang berjalan membawa beg keliling bandar dan bermalam di hotel murah yang ditemui. FIT lebih merujuk kepada pelancong yang mengatur segala-galanya mengikut cita rasa sendiri dan kemampuan, tanpa perlu bertukar-tukar hotel atau mengusung beg.

Pengembara FIT harus rajin mencari maklumat sebelum dan semasa melancong di Internet. Misalnya mengenai cuaca. Jika sudah mengetahui sesebuah negara itu sedang dilanda musim salji sejuk beku sekarang, elok elakkan. Pakai baju thermal pun tidak bererti jika anda tidak dapat ke mana-mana disebabkan salji yang tebal atau sejuk yang mencengkam. Boleh pergi, jika ada urusan perniagaan atau ‘agenda’ lain.
Laman-laman web seperti forum Thorn Tree dalam Lonely Planet atau GoNOMAD.com misalnya, mewakili perbezaan yang ketara antara pengembara FIT dengan kaedah melancong tradisional.

Ramai juga FIT mengguna pakai laman sosial seperti Facebook, Twitter, Foursquare dan sebagainya bagi mendapatkan maklumat pengembaraan. Ia bertepatan dengan konsep FIT iaitu berkongsi idea dan pengetahuan mengenai destinasi yang dilawati. Bukan berbangga semata-mata di Facebook dapat menjejak kaki di Beijing atau Bandung. Trend FIT ini tidak dianggap oleh pengendali agensi pelancongan sebagai ancaman, sebaliknya mereka menyediakan pula kemudahan bagi FIT.

Ringkasnya, pengembara FIT adalah sektor yang semakin penting kepada industri pelancongan. Kerajaan, lembaga pelancongan serantau dan sektor awam yang terlibat kini cuba menarik golongan ini. Mengapa? Ia adalah prinsip asas ekonomi. FIT membelanjakan wang mereka. Mereka akan makan, tidur, minum kopi, menonton teater atau bola sepak dan membeli-belah di 15 lokasi berbeza dan menyalurkan wang mereka dalam pelbagai saluran dan lokasi.

Bandingkan pula kumpulan pelancong seramai 15 orang yang dikendalikan oleh agensi pelancongan khusus di negara A di mana pengendali itu memiliki ekuiti utama, tetapi lawatan mereka ke negara B pula menjadi kurang menyengat kerana pengendali agensi mengawal begitu banyak komponen dalam rantaian industri.
Harapannya Malaysia sudah bersedia menerima FIT. Kita ada Internet berkelajuan tinggi dan produk pelancongan yang boleh dibelek sekilas menekan butang di laman web.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130106/re_11/Bebas-melancong-guna-Internet#ixzz2HMIqIqYF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Alam sekitar mangsa kerakusan manusia


Alam sekitar mangsa kerakusan manusia

Kita memasuki tahun baru ini dengan harapan alam sekitar kita secara keseluruhannya dapat dipelihara dengan lebih baik yang mana pencemaran berada pada tahap paling minimum. Persoalannya, bolehkah rakyat secara keseluruhannya mengharapkan keadaan sedemikian ini?

Tentunya kita mahukan alam semula jadi anugerah Allah tidak berterusan terjejas hanya kerana kerakusan kita mahukan pembangunan tanpa menghiraukan kesannya ke atas alam dan persekitaran. Pembangunan sememangnya perlu dilaksanakan demi pertumbuhan ekonomi untuk mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat. Tetapi, tentunya ia harus dilaksanakan secara lebih prihatin dan teratur supaya alam persekitaran yang terpaksa dijejaskan berlaku pada tahap paling rendah. Malangnya, beberapa kejadian yang berlaku menjelang akhir tahun lalu menunjukkan sekali lagi bagaimana pembangunan yang tidak menepati kehendak persekitaran dan peraturan boleh membawa padah.


Pembangunan di lereng bukit 

Kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan perumahan berterusan dan setiap kali ia berlaku, pihak berwajib akan menubuhkan jawatankuasa atau pasukan petugas untuk mengkaji apa yang berlaku dan mahu memastikan ia tidak akan berulang.

Sudah banyak kejadian tanah runtuh berlaku dalam negara ini dan sudah banyak pasukan petugas ditubuhkan. Malangnya, pembangunan di lereng bukit dan di atas bukit berterusan dilaksanakan tanpa mengendahkan pelbagai peraturan ditetapkan.
Pihak berwajib juga berterusan memberikan permit membenarkan pembangunan demikian. Nampaknya, kita masih tidak mahu belajar atau mengambil iktibar daripada pelbagai kejadian tanah runtuh demikian.

Tentunya tanah runtuh di Bukit Setiawangsa di Kuala Lumpur minggu lalu bukan yang terakhir berlaku jika dilihat dari pembangunan di lereng bukit dan di atas bukit yang berterusan di mana-mana, termasuk di Pulau Pinang dan di Taman Templer. Apa agaknya yang mendorong kita mahukan rumah di lereng bukit atau di puncak bukit?

Demikian juga sikap kita terhadap sungai yang berterusan dilanda pencemaran. Sudah berapa banyak sungai kita yang mati dan tidak lagi berfungsi seperti ditetapkan alam.

Kempen ratusan juta ringgit 

Pelbagai usaha dan kempen yang membabitkan perbelanjaan ratusan juta ringgit untuk membersihkan sungai kita di seluruh negara yang sudah pun dilaksanakan. Tetapi hasilnya tetap tidak boleh dibanggakan kerana lebih 1,000 sungai dalam negara ini berterusan menghadapi ancaman pencemaran gara-gara tindakan dan sikap kita.

Walaupun sudah ramai rakyat sedar pentingnya persekitaran, khususnya sungai kita dapat dipelihara baik, sikap kita terhadap sungai tetap tidak berubah. Majoriti rakyat berterusan menganggapnya sebagai tempat membuang sampah.

Ramai juga tidak mengambil kisah bahawa segala macam benda buangan dan cucian dari dapur akhirnya mengalir melalui parit dan pelbagai saluran lain ke dalam sungai.

Hal ini berlaku bukan saja di rumah tetapi pelbagai macam sisa buangan, termasuk sisa kimia dan toksik dari pelbagai kilang serta premis perniagaan dan perdagangan, termasuk bengkel baiki kereta semuanya akan berakhir memasuki sungai kita.

Bahkan bangkai babi pun pernah dibuang penternak yang tidak bertanggungjawab ke dalam sungai seperti berlaku dekat Batang Berjuntai dan di Sungai Sepang ketika penternakan haiwan itu berleluasa di Bukit Pelandok, Tanah Merah Estate, Batu Dua Sepang dan Sungai Pelek.

Punca utama pencemaran 

Tiga punca utama pencemaran sungai ialah sampah sarap, sisa biologi aktiviti penternakan serta buangan domestik dan bahan kimia daripada sisa industri.

Faktor lain yang menambah buruk lagi pencemaran sumber air itu ialah kepesatan pembangunan, pertambahan penduduk dan sikap masyarakat yang tidak mengambil berat aktiviti mereka yang boleh mengganggu keseimbangan alam sekitar.

Oleh itu, tidak menghairankan kenapa keadaan sungai kita berterusan bertambah buruk dan banyak sungai yang mati yang mana airnya sudah tidak lagi boleh mengalir dan menjadi busuk.
Dua kempen besar-besaran sudah pun dilaksanakan sejak 1993 dengan kempen ‘Cintai Sungai Kita’ dan dikuatkan lagi dengan satu lagi kempen ‘Satu Sungai Satu Negeri’ untuk membersihkan sebuah sungai dalam sebuah negeri pada 1997.

Tingkatkan kesedaran masyarakat 

Malangnya, selepas berlangsung selama dua dasawarsa dan berjuta-juta ringgit dibelanjakan, apakah hasilnya? Kini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang merancang untuk mengadakan satu lagi kempen dalam usaha berterusannya untuk memelihara sistem sungai dalam negara.

Sebenarnya yang penting ialah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya kebersihan sistem saliran dipelihara. Malangnya, ramai tidak sedar kebanyakan sungai di negara ini berdepan pencemaran teruk dengan kebanyakan punca daripada sikap dan aktiviti harian manusia yang tanpa segan silu menjadikan sungai sebagai ‘lebuh raya’ sampah hingga mengganggu keseluruhan sistem ekologi.

Penulis ialah Felo Kanan di UKM
Berita Harian, 4 Januari 2013.

7 fokus untuk berjaya


7 fokus untuk berjaya

Najib ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam. - Foto Fariz Iswadi IsmailNajib ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam. - Foto Fariz Iswadi Ismail
Putrajaya: Penjawat awam diminta memberi tumpuan kepada tujuh keutamaan bagi memastikan Bajet 2013 dilaksanakan dengan cekap dan lancar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata walaupun negara mengecapi pelbagai kejayaan membanggakan dan diiktiraf dunia, penjawat awam tidak boleh leka atau rasa selesa, malah perlu melipat ganda usaha menjadikan tahun ini lebih berjaya dan cemerlang.
Beliau berkata, ini selaras hala tuju agenda transformasi negara yang harus memberi kesan dan kepuasan kepada rakyat serta menepati tema bajet iaitu. Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati. Tujuh tumpuan utama itu ialah; 

  • Memastikan perpaduan dan jati diri nasional diperkukuhkan.
  • Melaksanakan Bajet 2013 dengan lancar mengikut jadual.
  • Agenda GTP beri kesan dan kepuasan kepada rakyat selain suntikan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Penambahan hasil kekayaan negara diagih secara adil dan saksama kepada rakyat.
  • Program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dilaksana sepenuhnya.
  • Perkhidmatan cepat, tepat dan berintegriti selain pemikiran kreatif lagi inovatif.
  • KPI menteri dan kementerian perlu dicapai sepenuhnya.
Najib berkata, aspek pertama yang perlu dipenuhi penjawat awam ialah memastikan perpaduan dan jati diri nasional terus diperkukuh berpaksikan gagasan 1Malaysia supaya setiap rakyat percaya kerajaan sedia ada adil, saksama dan bersifat inklusif.

Segala ketetapan dalam Bajet 2013 harus dilaksanakan mengikut jadual seperti bantuan persekolahan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya semua perancangan lancar serta berkesan.
Agenda transformasi negara dimulakan berdasarkan GTP (Program Transformasi Kerajaan), melalui NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara), ETP (Program Transformasi Ekonomi), EPP (Projek Permulaan) dan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) serta semua berkaitan agenda transformasi nasional mesti kita beri tumpuan sepanjang 2013.

Agenda terbabit terbukti berjaya, memberi kesan dan kepuasan kepada rakyat serta memberi suntikan besar kepada pertumbuhan ekonomi, katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Beliau berkata, pertumbuhan baik ekonomi negara yang berterusan menuntut kepada pengurusan yang baik supaya pengagihan kekayaan kepada rakyat dapat dijamin berasaskan keadilan sosial.

Beliau berkata, program yang diputuskan di bawah NBOS seperti 1Malaysia For Youth (1M4U), Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan pelbagai program membabitkan kepentingan rakyat hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.

Tahun ini, banyak inisiatif baru akan kita lancarkan termasuk Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) yang akan dibentangkan secara muktamad dan ini juga akan memberi kesan besar kepada negara kita dari segi pembangunan modal insan, katanya.

Beliau berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi semua menteri dan kementerian perlu dicapai sepenuhnya selain penjawat awam mesti meneruskan usaha penambahbaikan berdasarkan tiga aspek iaitu perkhidmatan yang cepat, tepat dan berintegriti selain berfikiran kreatif, inovatif dan menekankan produktiviti.

Berita Harian
18 okt 2012

Monday, January 07, 2013

Format Kertas SPM bahagian KOMSAS














Tuesday, August 28, 2012

Soal Jawab Novel 2


3.         Bincangkan kepincangan masyarakat atau kritikan sosial yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel yang anda pelajari.

Novel Azfa Hanani:
a.         Masyarakat yang mementingkan darjat.
            Tengku Muzaffar menghalang hubungan adiknya Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga miskin.

b.         Masyarakat yang buruk sangka.
            Datuk Tengku Makmur menghina Azfa Hanani dengan mengatakan Azfa Hanani hanya bekerja menyamar sebagai Tengku Murni untuk mendapatkan upah. Beliau telah mencampakkan wang berjumlah RM500.00 kepada Azfa Hanani sebagai upah.

c.         Masyarakat yang terlalu mengikut perasaan.
            Datin Maziah bertindak mengikut perasaan dengan menampar Azfa Hanani dan menghalaunya keluar dari rumah tanpa memberi peluang kepada Azfa Hanani untuk menjelaskan hal sebenar.

d.         Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
            Iskandar mendesak Azfa Hanani agar menaiki motosikal bersamanya kerana dia mahu menghantar Azfa Hanani pulang ke rumah sedangkan perbuatan itu dianggap kurang wajar kerana berlaku pergaulan bebas.

e.         Masyarakat yang melakukan perbuatan mencuri.
            Azfa Hanani telah mencuri buku rujukan dari perpustakaan Sekolah Menengah Sri Dian kerana menghadapi masalah kewangan.

Novel Kembara Amira:
a.         Sikap masyarakat yang tidak menjaga perasaan orang lain.
            Jacinta tidak menjaga perasaan bapanya Baba Teck. Dia tidak mahu bercuti ke Eropah walaupun bapanya telah mengirimkan tiket kapal terbang kepadanya sebagai protes terhadap bapanya yang berkahwin lain setelah ibunya meninggal.

b.         Sikap ibu bapa yang terlalu mementingkan kerja sehingga mengabaikan perasaan anak.
            Profesor Zaidah terlalu memberi perhatian kepada kerjayanya iaitu sibuk menjalankan kerja cari gali arkeologi di Desa Karpus sehingga anaknya Amira hampir lemas dibawa arus sungai. Sikap Profesor Zaidah ini mendapat teguran Pak Lias.

c.         Masyarakat yang mudah percaya kata-kata dan pujukan orang lain.
            Ludin membenarkan Johnny meneroka gua yang begitu disayangi oleh Tau. Ludin termakan dengan kata-kata manis Johnny sehingga akhirnya Johnny membawa lari Ipah dan Sabi.

d.         Masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
            Ipah sanggup meninggalkan suaminya Tau dan anak kecilnya Itai kerana mengikut Johnny setelah sekian lama tinggal bersama-sama masyarakat Orang Asli. Tindakannya ini menyebabkan Tau tinggal kesunyian dan hidup menyendiri di dalam hutan.  

Wednesday, August 15, 2012

Soal Jawab Novel Azfa Hanani dan Kembara Amira


Soal Jawab Novel:

1.         Kepercayaan kepada takdir Tuhan turut digarap oleh pengarang dalam novel yang dihasilkan.
Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menunjukkan Tuhan amat berkuasa untuk menentukan sesuatu kejadian.

Contoh Jawapan:

Novel Azfa Hanani:
a.         Peristiwa motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Iskandar telah terbunuh. Laili yang membonceng motosikal tersebut telah cedera parah dan berada di wad kecemasan. Tragedi ini menunjukkan bahawa takdir Tuhan telah menentukan nasib yang dialami oleh insan yang melakukan perbuatan salah.

b.         Peristiwa Azfa Hanani telah diterima kembali untuk tinggal bersama keluarga Datin Maziah setelah dia dihalau keluar dari rumah. Tuhan telah menentukan takdir yang lebih berpihak kepada orang yang benar dan mempunyai hati yang baik. Golongan yang bersalah akhirnya akan insaf dan kembali ke pangkal jalan setelah mendapat petunjuk daripada Tuhan. Tuhan berhak memberikan hidayah dan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya.

Bovel Kembara Amira:
a.         Peristiwa Tau menemui anaknya Sabi atau Malique semula setelah berpisah hampir 20 tahun. Tuhan berkuasa menemukan semua ahli keluarga yang telah berpisah. Peristiwa di puncak Gunung Gua Gajah apabila Itai dapat mengetahui bahawa Tau ialah ayah kandungnya dan Ludin yang membesarkannya selama ini ialah bapa saudaranya.

b.         Peristiwa kapal terbang Cessna 310 yang dipandu oleh Ridley bersama isterinya Brenda telah terhempas. Kedua-dua mereka telah berkorban. Anak mereka Samantha yang sepatutnya menjalani kehidupan sebagai orang Inggeris Australia akhirnya ditakdirkan hidup dalam keluarga masyarakat Orang Asli suku Semai dan berkahwin dengan Tau.





2.         Jelaskan konflik dalaman yang dialami oleh watak-watak dalam novel yang anda pelajari.

Novel Azfa Hanani:
a.         Azfa Hanani mengalami konflik apabila memikirkan kesalahannya mencuri buku rujukan dari perpustakaan Sekolah Menengah Sri Dian. Dia bimbang jika kesalahannya dapat dikesan oleh pihak sekolah dan hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya.

b.         Azfa Hanani mengalami konflik apabila baru saja sampai di rumah Datin Maziah. Dia memikirkan reaksi dan perkara yang akan berlaku kerana disuruh menyamar sebagai Tengku Murni.

c.         Azfa Hanani mengalami konflik apabila memikirkan sikap Tengku Muzaffar dan Datuk Tengku Makmur yang menghina dan memandang rendah terhadap dirinya.

d.         Azfa Hanani mengalami konflik apabila kembali semula ke rumah Pak Longnya di Kampung Merpati setelah dihalau keluar dari rumah oleh Datin Maziah. Dia memikirkan masa depan persekolahan dan cita-citanya yang terpaksa berubah arah.

e.         Datin Maziah mengalami konflik kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuannya Tengku Murni telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya sehingga hidupnya tidak sempurna, murung dan berasa sedih.

Novel Kembara Amira:
a.         Jennifer mengalami konflik apabila masyarakat Orang Asli masih tidak dapat menerima dirinya yang berlainan warna kulit dengan mereka. Hal ini menyebabkan dia melarikan diri dengan mengikut Johnny.

b.         Tau mengalami konflik apabila memikirkan anaknya Sabi yang telah dilarikan oleh Ipah. Tau amat tertekan apabila Ipah melarikan diri bersama Johnny dengan membawa Sabi dan meninggalkan Itai. Akibat malu dan tertekan, Tau hidup seorang diri di hutan dan mengasingkan diri daripada masyarakatnya.

c.         Amira mengalami konflik apabila memikirkan lelaki berkulit putih yang sering kelihatan bersama Malique. Amira ingin mengetahui siapa sebenarnya lelaki itu.

d.         Jacinta mengalami konflik apabila memikirkan tindakan bapanya Baba Teck yang telah berkahwin semula setelah kematian ibunya empat tahun yang lalu. Jacinta tidak dapat menerima hakikat bahawa bapanya seperti sudah melupakan ibunya yang telah tiada.

e.         Malique mengalami konflik apabila memikirkan tindakan seseorang yang mengurungnya di puncak Gunung Gua Gajah. Malique tidak tahu siapa dan tujuan dia dikurung di tempat yang gelap itu. Orang itu hanya menghulurkan bantuan makanan melalui lubang kecil di bawah pintu dan tidak pernah melihat orang yang telah menyelamatkannya.