Thursday, July 12, 2012

Sajak Di Bawah Langit Yang Sama



Di Bawah Langit Yang Sama
(Lim Swee Tin)


Maksud
 
 



Rangkap 1
Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada, kita menghirup udara yang sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan. Taraf manusia pun sama.

Rangkap 2
Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di Washington. Namun aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyai keisimewaan tersendiri juga didiami oleh manusia.

Rangkap 3
Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat  keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan keamanan.

Rangkap 4
Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan dendam .


Tema
 
 
Kesamatarafan manusia walau di mana-mana mereka berada. Walaupun manusia itu berada dan dipisahkan oleh sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan yang aman dan harmoni.
  

Persoalan
 
 



1.        Persoalan keindahan alam semula jadi di sesuatu tempat. Setiap tempat mempunyai keindahan alam semulajadi yang tersendiri.

2.        Persoalan harapan dan impian  manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni.

3.        Persoalan garis sempadan seringkali memisah dan membezakan manusia.Manusia dipisahkan oleh faktor geografi.

4.        Persoalan kepentingan nilai hormat dan menghormati antara manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan.



Bentuk
 
 



1.        Bebas

2.        Terdapat  4 rangkap dalam sajak ini.

3.        Rima akhir baris-baris ayat
·         Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabbaa.
·         Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rimanya aabbbca
·         Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abcabbbb
·         Rangkap 4 terdapat 9 baris ayat. Rima akhirnya aabbbcdeb

Nada
 
 
Sinis

Gaya Bahasa
 
 
1.        Ayatnya pendek-pendek
         Contohnya : Di bawah langitnya

2.        Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya: Aku suka gerimis di Kota London.

3.        Kata pinjaman bahasa Inggeris
Contohnya :i visa, pasport,

4.        Aliterasi – perulangan konsonan’n’
               Contohnya : : pohon-pohon hijau atau aneka warna

5.        Asonansi – perulangan vokal ’i’
                     Contohnya : berkongsi siang miliki malam

6.        Sinkope
   Contohnya : mu, ku

7.        Perulangan
. Contohnya Di bawah langit ini.

8.        kata ganda
. Contohnya : pohon-pohon, peta-peta

Nilai
 
 

1.        Nilai menghargai keindahan alam. Keindahan alam perlu dihargai.

2.        Nilai hormat- menghormati sesama manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan seharian.

3.        Nilai bertoleransi antara masyarakat. Toleransi penting dalam kehidupan bermasyarakat.

4.        Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.Kerjasama penting untuk menjayakan sesuatu.

Pengajaran
 
 



1.        Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di manapun mereka berada.

2.        Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

3.        Kita hendaklah  sedar bahawa manusia seringkali dipisah dan dibezakan oleh sempadan waktu dan tempat

4.        Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya.

5.        Kita hendaklah  mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan harmoni.

Latihan
 
 

1.        Rima akhir  ialah bunyi di hujung setiap baris. Apakah rima akhir bagi rangkap di bawah?

         Peta-peta itu yang memisahkan
         Jangan tutup pos sempadan
         Visa hanya keperluan rasmi seketika
         Pasport dokumen pengenalan titik mula

         Jawapan: rima aabb

2.        Tuliskan latar tempat luar negara yang ditulis dalam sajak ini.

            Jawapan: latar tempat – Beirut, London, Washington, Australia, Afrika                                        

Sajak Pasar Perasaan



Pasar Perasaan
(T. Alias Taib)

Maksud
 
 



Rangkap 1
Penulis mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat. Perdebatan yang berlaku pula dikuasai oleh emosi.

Rangkap 2
Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan bukannya hasil daripada pertimbangan akal fikiran.

Rangkap 3
Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang makna dan fakta kukuh. Hujah-hujah yang  sebegitu rapuh dan mudah disangkal.

Rangkap 4
Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi tumpuan. Di sinilah mereka kerap berbual-bual dan berdebat kosong tanpa kesudahan.

Rangkap 5
Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan.

Rangkap 6
Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati  perdebatan tersebut. Beliau mendapati pendebat-pendebat itu lebih dikuasai emosi ketika berbicara berbanding fakta dan ilmu.

Rangkap 7
Bagi penyajak perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka bercakap tanpa berfikir dahulu. Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa makna.


Tema
 
 

Perbincangan kosong di kedai kopi. Seringkali dikatakan kedai kopi sebagai tempat perdebatan pengunjungnya. Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Seringkali juga berlaku perdebatan yang sia-sia kerana dikuasai emosi.


Persoalan
 
 



1.        Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya  sekadar  menghamburkan kata-kata dan meluahkan perasaan.

2.        Persoalan luahan pendapat akan  menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan.

3.        Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis.

4.        Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan.


Bentuk
 
 



1.        Bebas

2.        Terdapat  7 rangkap

3.        Rima akhir baris-baris ayat
·         Rangkap 1 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb
·         Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abcd
·         Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcd
·         Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abc
·         Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abc
·         Rangkap 6 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
·         Rangkap 7 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab

Nada
 
 
Sinis
Gaya Bahasa
 
 

1.        Ayatnya pendek-pendek
Contohnya ; ini pasar perasaan

2.        Diksi – mudah difahami dan puitis.
         Contohnya :bagai ranting kering

3.        Aliterasi – perulangan konsonan’n’
               Contohnya :: di tengah-tengah penjual dan pembeli

4.        Asonansi – perulangan vokal ’i’
                     Contohnya : kususuri sungai sibuk ini

5.        Personifikasi
         Contohnya : ini pasar tidak berakal

6.        Metafora
       Contohnya : pasar perasaan   , sungai manusia

7.        Simile
               Contohnya : bagai kayu buruk.

8.        Epifora
        Contohnya ; kumasuki pasar ini
                            kususuri sungai sibuk ini
Nilai
 
 

1.        Nilai rasional . Kerasionalan diperlukan dalam menyampaikan maklumat.

2.        Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk mencari ilmu untuk menguasai kemahiran

3.        Nilai kebijaksanaan. Nilai ini diperlukan untuk  mengemukakan maklumat

4.        Nilai kesabaran . Kesabaran diperlukan dalam menghadapi cabaran hidup..

5.        Nilai keprihatinan . Keperihatinan terhadap persekitaran amat diperlukan..

Pengajaran
 
 

  1. Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat.

  1. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta

3.    Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan  mendedahkan kelemahan diri sendiri.



Latihan
 
 



1.        Dalam rangkap sajak sering diulang rangkai kata ini pasar perasaan. Apakah yang fungsinya rangkai kata ini diulang dalam beberapa rangkap?
         Jawapan: menunjukkan penegasan aspek utama

2.        Apakah gaya bahasa bagi baris berikut?
         Bagai ranting kering
         Jawapan: simile