Tuesday, April 17, 2012

Cerpen Idola


Cerpen Idola
( Zaen Kasturi)
 Sinopsis
Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup.  Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.
 

Tema
Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar.
 
Persoalan
1.        Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil .
2.        Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa beranggan-anggan menjadi hero.
3.        Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya.
4.        Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya.

 Plot
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i)        Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam.
(ii)      Perkembangan
Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang remaja.
(iii)     Konflik
Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero.
(iv)                 Klimaks
Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri.
(v)                  Peleraian
Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda melepaskan amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.

Teknik Plot
1.    Pemerian
Jam di belakang pentas berdentang dua belas kali.  Si penjaga panggung membelingas matanya ke sekeliling panggung, menatap dinding. Lamanya ditenungnya dinding kaku bercat kelabu itu…
2.    Monolog
“aku…aku berupaya menjadi hero kepada diriku sendiri,” bisik si penjaga panggung kepada dirinya sendiri, antara dengan tidak.
3.    Dialog
“Err… tidak,”
“Bercakap benarlah saudara.”
Err… ya…ya…”
4      Suspens
Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya.  Dengan sekuat tenaga, kerusi itu dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu di dalam panggung itu dilemparkannya ke dinding.


Watak Utama
Si Penjaga Panggung
·            Bekerja sebagai penjaga panggung.
·                                    Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak.
·            Keliru dengan pendirian diri terhadap idola. Si Panjaga Panggung selalu mengagumi  kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero.
Watak Sampingan
1.    Si Hero
·         Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya dan meminta memuji diri sendiri.
·                                 Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero)
·         Berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan kehidupan di dalam panggung.
2.    Isteri Penjaga Panggung
·         Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya.
·         Mempunyai 10 orang anak.

 Latar
Latar Masa
1.    Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja.
2.    Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang tengah malam.

Latar Tempat
1.    Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung.
2.    Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah.

Latar Masyarakat
1.    Masyarakat yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi pelakon pentas.
2.    Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga panggung.
3.    Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung semasa pementasan.
4.    Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin menjadi seperti hero.


Gaya Bahasa
1.    Kata ganda
Contoh:  putera-puteri
2.    Metafora
Contoh: kawah lupa diri
3.    Simpulan Bahasa
Contoh: merendah diri
4.    Hiperbola
Contoh:  suaranya bak halilintar
5.    Personifikasi
Contoh: kerusi-kerusi tetap kaku
6.    Falsafah
Contoh: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak

 Nilai
1.    Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan lakonannya.
2.    Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil.
3.    Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan.

Pengajaran
1.    Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.
2.    Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga.  Isteri Si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagong-agongkan hero.
3.    Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.

Latihan
1.    Nyatakan tugas rutin yang dilakukan oleh penjaga panggung selepas tamat pementasan drama.
2.    Jelaskan mengapa hero dikagumi.

Jawapan
1.    Tugas rutin yang dilakukan oleh penjaga panggung ialah menyusun kerusi setelah panggung kosong apabila tamat sesuatu pementasan.
2.    Hero dikagumi kerana lakonannya yang mengkagumkan dan berkesan. Hero juga sanagat komited dengan tugasnya sebagai pelakon.

Monday, April 16, 2012

Cerpen Pahlawan Buntung


Cerpen Pahlawan Buntung
(S. Othman Kelantan)
 
 Sinopsis
Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat.  Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun.  Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan.  Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong.  Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

 Tema
Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

 Persoalan
1.    Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.
2.    Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.
3.    Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.
4.    Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.
5.    Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.
6.    Persoalan hormat kepada  warga tua atau warga emas
 
 Plot
Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;
(i)           Permulaan
Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal.

(ii)             Perkembangan
Dialog antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain berusia 30 tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang oleh tentera Jepun.

(iii)            Konflik
Adik beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat sangat.   Pak Husain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain ditahan askar Jepun untuk menggali kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.

(iv)            Klimaks
Sewaktu Pak Husain melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Husain hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari askar Punjabi dan menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung.

(v)             Peleraian
Setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang ditanam dan mengakibatkan kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala peristiwa yang menimpa Pak Husain dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya dengan Pak Husain terus terjalin.

Teknik Plot 

1.                    Pemerian 

ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur.  Kemerah-merahan.  Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah para nelayan ke gigi ombak…

2.                    Dialog

“Jemputlah ke rumah kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam.  Abang dan Adik kebetulan ada.”
“Terima kasih Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.
  
3.                    Suspens

Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan.  Dia segala-galanya.  Dan dia tetinggal dalam saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan.  Tidak seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan.  Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain.  Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar.  Dan sekarang.  Mak Bidah pula meraung…

4.                    Imbas kembali
…usianya baru kira-kira tiga puluh tahun.  Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun.  Pak Husain tegap sasa.  Dia berani.  Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya…

 Latar

Latar Masa
·            30 tahun lalu (situasi perang)
·            Tahun 1941 – 1973
·            Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan
·            Semasa zaman penjajahan Jepun
Latar Tempat
·            Kampung Pulau Pak Amat
·            Kampung Tok Lukup
·            Sungai Gali
·            Kampung Dal
·            Jalan Bayam
Latar Masyarakat
·            Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat
·            Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan
·            Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga
·            Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan


Watak dan Perwatakan


Watak Utama
Pak Hussain
·                                    Berusia 60 tahun
·                                    Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)
·                                    Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)
·            Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat.
·            Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.
·            Berjasa kepada orang –orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampong.

Watak Sampingan
1.      Khalid (aku)

·                              Anak Pak Hasan
·      Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong

2.      Fatimah

·                              Ibu Khalid
·      Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.
  
Gaya Bahasa


1.    Kata ganda
Contoh:  berjabu-jabu

2.    Metafora
Contoh : gebar kebingungan

3.    Hiperbola
Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa

4.    Personifikasi
Contoh : ombak pagi yang malas

 Nilai
  1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun
  2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.
  3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.
  4. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.
 Pengajaran
  1. Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.
  2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
  3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.
  4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.
Latihan
1.    Apakah kecacatan Pak Husain?
2.    Berapakah usia Pak Husain ketika bertemu dengan Khalid?

Jawapan
1.    Kaki Pak Husain buntung dan parut yang memanjang pada dahinya.
2.    Umur Pak Husain ketika itu lebih daripada 60 tahun.

Friday, April 06, 2012

Sinopsis Hikayat Siak


Prosa Tradisonal

Hikayat Siak

            Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabalkan sebagai Yamtuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk . Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar oleh orang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri Johor. Pada masa  yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telah membuat perjanjian sekiranya baginda  berjaya menawan Johor,  maka baginda akan menjadi  Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntut bela atas kematian ayandanya. Berita kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negari Johor menjadi perbualan rakyat. Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Dijulang , rakyat Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi air tawar. Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi air tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan menyebut  Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia. Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan “daulat”. Baginda kemudian menyerang Johor. Yang Dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik  ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam Istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda berasa sugul dengan berita tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

Novel Kembara Amira


NOVEL KEMBARA AMIRA
(Amer Hmzah L.Kadir)
Sinopsis
 

            Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan.  Amira telah mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya. Prof. Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir.   Di hutan tersebut Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai.  Amira juga telah berkenalan dengan Malique.

            Pengembaraan Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia lubuk emas di hutan tersebut.  Tindakan Itai telah mengundang kemarahan penduduk orang Asli di kawasan tersebut kerana jika orang bandar mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka akan diterokai.
 
            Salah seorang pekerja baru O’Hara hilang, Malique, Roslan dan yang lain cuba mencari pekerja tersebut tetapi pacuan empat roda yang mereka naiki terbenam dalam lumpur dan akhirnya kenderaan tersebut tergelincir ke dalam gaung. 

            Dalam masa yang sama, Tau telah mengubah fikiran untuk menolong Prof. Zaidah mencari bukti bahawa kawasan Bukit Mat Raya adalah kawasan petempatan awal manusia.  Seterusnya Tau bersetuju untuk menunjukkan Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof. Zaidah.  Hasilnya mereka menemui kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik dan tulisan purba di dinding gua.  Di dalam gua tersebut juga, Amira telah menjumpai mobile disk milik Malique.  Amira mengagak bahawa mungkin Malique berada berhampiran kawasan tersebut.

            Amira nekad mencari Malique di kawasan Gunung Gua Gajah dan terbongkarlah segala rahsia.  Rupa-rupanya Malique telah disorokkan oleh Tau yang menyamar sebagai lembaga berbulu.  Jennifer akhirnya berterus-terang bahawa Tau adalah adalah bapa kandung kepada Malique (Sabi).  Kemudian, Ludin menggemparkan lagi suasana apabila turut menjelaskan bahawa Itai adalah adik Malique. 
            Akhirnya Amira telah melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa.  Jacinta pula melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Paris.  Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala Malique menetap di Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek ITnya. 

Tema
 

 Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan melaui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia.  Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.
Persoalan
 

1.    1.     Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.  Persoalan ini digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.

2.    2.    Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak.  Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya.  Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.

3.    3.     Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar.  Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.

4.    4.     Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar.  Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.

5.  5.       Persoalan konflik keluarga.  Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny.  Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.

6. 6.        Persoalan ilmu perubatan tradisional.  Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya. 

7.   7.      Persoalan integrasi kaum.  Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.