1 Mei 2009, selepas berjalan-jalan di Perangin Mall dan menonton wayang "Uninvited" bersama isteri tersayang, kami menyusur jalan sampai ke Time Square. Nak kata sudah buka tapi tak banyak kedai beroperasi. Hanya ada kiosk menjual accessories wanita serta beberapa buah restoran. Tetapi melihat pemandangan dari tingkat atas bangunan tersebut memberi satu kepuasan.
Monday, May 04, 2009
Friday, May 01, 2009
Cuti Umum 1 Mei 2009
Selamat Hari Pekerja. Hari cuti umum untuk berekreasi dan beristirahat bersama keluarga. Gedung beli-belah mengambil kesempatan mengadakan jualan murah atau potongan harga yang tinggi untuk menarik pelanggan mengunjungi pusat beli-belah berkenaan.
Sehingga ke saat ini, saya masih belum tahu apa rancangan saya untuk mengisi tiga hari cuti ini. Semuanya perlu menunggu orang sebelah untuk membuat ketetapan, dan biasanya dia akan membuat keputusan pada saat terakhir.
Tunggulah...
Sehingga ke saat ini, saya masih belum tahu apa rancangan saya untuk mengisi tiga hari cuti ini. Semuanya perlu menunggu orang sebelah untuk membuat ketetapan, dan biasanya dia akan membuat keputusan pada saat terakhir.
Tunggulah...
Tuesday, April 28, 2009
Monday, April 27, 2009
Wajah Manja
Wednesday, April 15, 2009
Liverpool terkeluar
Setelah berjuang habis-habisan, Liverpool akhirnya tersungkur, dan terkeluar daripada UEFA Champions League setelah seri dengan Chelsea 4 - 4 di Stamford Bridge awal pagi tadi. Walau bagaimanapun, saya berpuas hati dengan keputusan tersebut sungguhpun dalam hati saya sebenarnya mahu melihat Liverpool terus mara ke peringkat separuh akhir. Bukan senang mahu menjaringkan empat gol di Stamford Bridge.Liverpool mendahului 2 - 0 pada separuh masa pertama, tetapi Chelsea berbalas kembali dengan tiga gol pada separuh masa kedua. Liverpool bangkit semula dengan menjaringkan dua gol berturut-turut dalam tempoh masa dua minit. Tetapi Frank Lampard menyelamatkan Chelsea dengan menjaringkan gol pada minit ke-89.
Dengan keputusan seri 4 - 4, Chelsea mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 7 - 5 dan akan bertemu pasukan Barcelona yang juga seri dengan Bayern Munich 1 - 1, tetapi mara dengan agregat 5 - 1.
Sekarang, dengan terkeluar daripada semua kejohanan yang lain, Liverpool boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk mengejar Manchester United bagi merebut kejuaraan EPL.
Liverpool, YOU WILL NEVER WALK ALONE.
Sunday, April 05, 2009
Penang Cruise
7 Mac 2009, setelah dibatalkan banyak kali, akhirnya saya berpeluang juga naik ke atas kapal ini, yang dikatakan sebagai kapal kasino. Saya tidak berjudi, hanya ingin merasai pengalaman berada di atas kapal tersebut.
Kapal bertolak pukul 9 pagi dan kembali ke darat pada pukul 8 malam. Dengan harga tiket sebanyak RM60, penumpang berpeluang menikmati dua kali makan, menyanyi karaoke, dan menikmati hiburan. Banyak penumpang lebih suka mengunjungi ruang kasino. Kami pula menikmati pemandangan laut, serta menyanyi karaoke sepuas-puasnya.
Tanjung Tualang
Apa ada di Tanjung Tualang?
Sebuah pekan kecil, tetapi terkenal dengan udang kolamnya. Banyak pelancong datang ke situ hanya hendak merasai keenakan udangnya.
Saya ke sana secara kebetulan. Jadi mengambil kesempatan menikmati masakan udang. perut sebenarnya telah diisi dengan makan tengah hari ketika di Ipoh, tetapi tidak mahu melepaskan peluang sebab sudah jauh datang ke situ, jadi kami pun makan "sedikit" sahaja.
Liverpool Kembali ke takhta EPL

Yossi Benayoun menjaringkan gol pada saat akhir permainan dan memberi kemenangan kepada Liverpool mengalahkan Fulham 1 - 0. Dengan kemenangan tersebut, Liverpool kembali menduduki tempat pertama EPL. Tetapi kedudukan tersebut mungkin untuk beberapa jam sahaja. Manchester United akan bertemu Aston Villa pada malam nanti. Jika MU menang, MU akan merampas kedudukan tempat pertama semula.
Walau bagaimanapun, berita yang paling memberangsangkan para peminat Liverpool ialah pelanjutan kontrak Rafael Benitez dan Steven Gerrard. Berita itu membantu pasukan Liverpool, mendapat motivasi untuk terus mengejar kemenangan bagi baki perlawanan yang seterusnya.
Tuesday, March 31, 2009
Saya Biblioholis
Biblioholis membawa maksud pencinta buku. Biblioholisme pula bermaksud kecanduan luar biasa terhadap buku dan dunianya yang berkecenderungan berlebihan dalam membeli, membaca, menyimpan dan mengagumi buku. Ciri umum seorang pencinta buku adalah mereka yang terdiri daripada pembaca buku umum yang merentas disiplin. Biblioholis ini membaca pelbagai disiplin ilmu, buku-buku wacana, membaca bukan sekadar mengisi masa lapang, tetapi untuk memperluas fikiran dan mengasah minda. Dunia pencinta buku berbeza dengan dunia pembaca biasa. Biblioholis seorang yang 'lahap membaca' sehingga 'terhumban' dalam dunia 'ecstasy membaca'. Sifat-sifat biblioholis adalah seorang yang rakus membaca, tamak mengumpul buku, dan gila membeli buku.
Antara senario yang menunjukkan keunikan dan kepelikan biblioholis adalah seperti berikut:
a) Pergi ke toko buku dan membeli buku yang anda minati, tetapi apabila balik ke rumah, anda menyedari anda telah pun mempunyai buku tersebut dan membeli buat kali kedua.
b) Tempat pertama yang anda kunjungi di kompleks beli-belah adalah toko buku.
c) Tidak ingat berapa banyak buku yang telah anda beli dan berapa jumlah wang yang anda habiskan untuk membeli buku.
d) Pergi ke pasar untuk membeli barang, tetapi telah membeli buku sehingga mengacau bajet untuk membeli keperluan yang lain.
e) Menonton televisyen dengan buku di riba.
f) Membeli terlalu banyak buku tetapi banyak yang tidak sempat dibaca.
g) Membeli buku kerana ada jualan murah atau diskaun yang tinggi.
h) Anda menunggu orang atau giliran untuk membuat urusan di pejabat, tetapi tidak ada buku atau bahan bacaan yang menemani anda menyebabkan anda berasa tidak selesa.
i) Ke luar stesyen tanpa lupa membawa buku.
Sebahagian besar daripada senario tersebut pernah saya alami. Kalau begitu, saya seorang biblioholis, hahahaha....
Walau bagaimanapun, saya bangga. Dalam rumah saya, ada beberapa buah rak buku yang terkumpul jenis buku yang pelbagai dan dalam tiga bahasa utama, iaitu bahasa Cina, bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.
Kata Anne Quidlen, "Books are the planes, and the trains, and the road. They are destinations, and the journey. They are home."
Al-Jahiz pernah berkata: "Buku itu diam apabila engkau menghendakinya diam, berbicara apabila engkau menghendakinya berbicara. Ia tidak akan mengganggu kalau engkau sedang bekerja tetapi apabila engkau berasa kesepian, ia akan menjadi temanmu yang baik. Engkau tidak perlu marah dan berkecil hati kepadanya. Ia merupakan teman yang tidak menipu atau bermuka dua." (Ahmad Shallaby, 1976. Sejarah Pendidikan Islam. Singapura: Pustaka Nasional).
Menjadi biblioholis sebenarnya baik. Kita dapat mengembangkan minda dan pemikiran kita dengan banyak membaca. Pandangan kita juga tidak menjadi sempit, dan kita boleh menerima banyak pandangan yang berbeza. Kalau semua rakyat Malaysia menjadi biblioholis, sudah tentu banyak masalah dalam negara, terutama yang berhubung dengan isu perkauman, dapat diselesaikan dengan aman.
(Refleksi selepas membaca rencana "Peranan Pencinta Buku Dalam Memperkasakan Buku Ilmiah oleh Shaharom TM Sulaiman dalam Pemikir, Januari - Mac 2007.)
Thursday, March 19, 2009
PTK
Selepas hari ini, saya tidak perlu lagi menduduki ujian PTK bagi kertas yang sama. Khabarnya sesiapa yang telah melepasi tahap III dianggap lulus dan tidak perlu mengulang ambil kertas yang sama. Tetapi lulus saja tahu? Tiada anjakan gaji kecuali anda mendapat tahap IV.
Saya telah menduduki kertas II ini bagi kali yang kelima. Dua kali saya mengambil kertas Pengurusan Peperiksaan, tiga kali mengambil kertas Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran. Keputusan bagi empat kali sebelum ini ialah tahap III.
Semoga kali yang kelima ini memberi tuah dan rahmat kepada saya.
Saya telah menduduki kertas II ini bagi kali yang kelima. Dua kali saya mengambil kertas Pengurusan Peperiksaan, tiga kali mengambil kertas Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran. Keputusan bagi empat kali sebelum ini ialah tahap III.
Semoga kali yang kelima ini memberi tuah dan rahmat kepada saya.
Saturday, March 14, 2009
Liverpool 4 Manchester United 1

Siapa kata Old Trafford kebal?
Siapa kata Edwin van der Sar tidak boleh ditewaskan?
Tengok bagaimana hebatnya Liverpool merobek pintu gol mereka sebanyak 4 kali.
Liverpool masih ada peluang untuk merebut Juara EPL. Pintu persaingan masih terbuka.
Inilah kemenangan yang dinanti-nantikan oleh peminat Liverpool. Saya amat gembira dengan kemenangan ini.
Cuti Sekolah
Hari ini sepatutnya pergi ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu seminar anjuran Teachers' Christian Fellowship. Tetapi semalam, saya berasa badan saya lemah. Walau bagaimanapun, selepas makan dua biji ubat panadol pada sebalah pagi sewaktu di sekolah, saya berasa saya sudah sihat semula. Aktiviti mingguan bermain bowling di Prai Megamall pada sebelah petang diteruskan. Pencapaian saya agak lemah pada hari itu. Selepas balik ke rumah, saya telah pergi berjumpa doktor dan telah diberi ubat demam panas serta anti biotik.
Jadi hari ini saya berehat sahaja di rumah. Malam ini mahu menyaksikan perlawanan EPL antara Liverpool dengan Manchester United. Liverpool adalah pasukan sokongan saya, sudah tentu saya menjangkakan Steven Gerrard dan Fernando Torres akan menjaringkan gol.
Jadi hari ini saya berehat sahaja di rumah. Malam ini mahu menyaksikan perlawanan EPL antara Liverpool dengan Manchester United. Liverpool adalah pasukan sokongan saya, sudah tentu saya menjangkakan Steven Gerrard dan Fernando Torres akan menjaringkan gol.
Tuesday, March 10, 2009
Monday, March 09, 2009
Air Itam Team Building Centre
9 Mac 2009, cuti umum Maulidur Rasul, saya membuat lawatan ke Pulau Pinang. Destinasi kali ini adalah memandu naik ke Kek Lok Si. Tapi dalam perjalanan naik ke atas, saya dapati ada satu empangan. Sebelum tiba di empangan, kami tiba dulu di Air Itam Team Building Centre. sambil melawat tempat penginapan, kami telah berpeluang berehat sambil menyanyi karaoke.
Kepada anda yang ingin mengadakan latihan team building, anda boleh mempertimbangkan tempat ini. Layarilah laman web berikut untuk keterangan yang lebih lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)







