Thursday, August 02, 2012

Cerpen Hutan Rimba


Cerpen Hutan Rimba
( Sasjira)
Sinopsis
 


Tema
Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya.


Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah menjadi kawasan perladangan. Estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang..

Persoalan
 

1.    Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah memusnahkan kehidupan flora dan fauna.
2.    Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah,
3.    Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing..
4.    Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara.Pembangunan dalam bidang pertanian dapat memberi sumber pendapatan kepada negara.



Plot
 

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i)            Permulaan
Pada peringkat ini watak Pak Tua digambarkan sedang memandu jentolak Caterpillar yang mengeluaran asap hitam dan bunyi bising di dalam hutan dara. Jentolak tersebut menumbangkan pokok-pokok dan mengakibatkan binatang-binatang hilang habitat semulajadi. Kawasan hutan dara menjadi gondol dalam sekelip mata.
(ii)          Perkembangan
Pada bahagian ini watak Pak Tua dipenuhi perasaan kesal sehingga menitiskan air mata ketika mengimbas kembali pekerjaannya selaku pemandu jentolak 30 tahun yang lalu telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Pak Tua berazam untuk mengembalikan kehijauan hutan dara dan flora serta faunanya. Mak Tua pula cuba memujuk Pak Tua dengan menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan dahulu telah membuahkan hasil kerana keempat-empat orang anaknya telah bekerjaya. Sepanjang membesarkan anak-anak juga dia tidak membuat sebarang pinjaman untuk anak-anaknya melanjutkan pelajaran di universiti. Pak Tua terkenangkan zaman mudanya sewaktu dia meninggalkan kampung halamannya untuk mencari pekerjaan. Semasa di kampungnya dia menggunakan bom buatan sendiri untuk menangkap ikan walaupun perbuatan tersebut memusnahkan terumbu karang. Mak Tua terus memujuk Pak Tua agar jangan terlalu menyesali kemusnahan hutan kerana mereka bertemu jodoh dan hidup bahagia sehingga kini kerana dia bekerja di dalam hutan itu.
(iii)         Konflik
Peringkat ini bermula setelah Pak Tua mewarisi tanah pusaka ibu bapa mentuanya. Pada waktu ini Pak Tua masih lagi dengan rutinnya pada setiap malam Jumaat menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat fardhu dan membaca surah Yasin. Tanah pusaka itu dipenuhi buah-buahan tempatan dan buah-buah itu dipungut oleh Pak Tua untuk anak cucunya, namun begitu untuk mendapatkan buah-buahan hutan dia terpaksa meredah belantara. Digambarkan juga dusun Pak Tua didatangi pelawat yang menaiki bas mini dan kereta kerana jalan yang sudah berturap. Konflik timbul apabila Ajam mempersoalkan tindakan bapanya yang menjadikan tanah dusun itu menjadi hutan simpan di samping ada tanah untuk tapak rumah dan dusun buah-buahan. Melati pula mempertahankan tindakan bapanya yang sebenarnya menolong negara melaksanakan pembangunan dan hal ini disokong oleh Budi.
(iv)         Klimaks
Apabila Bakar mencari pekerja untuk menjaga dusun dan hutan daripada pencuri kayu balak yang semakin menjadi-jadi. Melati menyatakan rnacangan mereka adik beradik untuk menjadikan dusun dan hutan itu sebagai kawasan pelancongan.
(v)          Peleraian
Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi cucu-cunya sambil bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pada ketika itu juga dia sudah bergelar haji dan berasa lega dengan keputusannya melestarikan harta warisan alam.
Watak dan Perwatakan
 


Watak Utama
Pak Tua
·         Pemandu jentolak jenama Caterpillar.
·         Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anaknya.
·         Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung Ajam berjaya dalam bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar bekerja sebagaipengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT dan anaknya yang bongsu seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
·         Bangga dengan kejayaan anak-anak.Dia bangga kerana kesemua anaknya sudah Berjaya dalam bidang akademik dan mempunyai kerjaya yang baik.
·         Bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan telah menyebabkan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan yang sempurna.
·         Kesal atas pencerobohan hutan.Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti pembalakan.

Watak Sampingan
1.    Mak Tua
·         Isteri Pak Tua.
·         Tinggal di tepi sungai berdekatan hutan dara..
·         Pandai memasak.Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya.
·         Pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati kedua orang tua mereka..

2.    Ajam
·         Anak sulung Pak Tua
·         Seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota..
·         Pakar dalam dunia perniagaan.
·         Gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya..
·         Berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan pelancongan

3.    Bakar
·         Anak kedua Pak Tua.
·         Berkelulusan Sarjana Pertanian.
·         Pengurus ladang estet kelapa sawit.

4.    Melati
·         Anak ketiga Pak Tua.
·         Pensyarah IPT.
5.    Budi
·         Anak bongsu Pak Tua.
·         Seorang guru ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Latar
 


Latar Masa
1.    30 tahun yang lalu sepanjang usia Pak Tua membesarkan anak-anak.
2.    Malam Jumaat . Majlis bacaan Yasin diadakan.

Latar Tempat
1.    Hutan tempat diteroka oleh Pak Tua
2.    Sungai tempat Mak Tua mencari ikan
3.    Sungai Kinabatangan, Sabah

Latar Masyarakat
1.    Masyarakat penyayang keluarga masing-masing Contohnya Pak Tua menyayangi semua ahli keluarganya.
2.    Masyarakat beriman.., Contohnya Pak Tua yang rajin bersolat di masjid.
3.    Masyarakat inginkan pendidikan bagi mencorakkan kehidupan baru, Contohnya anak-anak Pak Tua yang semuanya berpendidikan tinggi..
4.   
Teknik Penulisan


Masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan penempatan, Contohnya Pak Tua yang tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin menjadikan kawasan dusun mereka sebagai kawasan pelancongan.

1.    Pemerian  
Contoh :
Kera dan monyet melompat bergayutan lari meninggalkan habitatnya.  Begitu juga dengan gajah, babi hutan, payau dan kijang, namun ada yang tak sempat menyelamatkan diri…
  
2.    Dialog 
Contoh:  
“Bapa telah melestarikan harta warisan alam.”  Bakar mencelah kagum.
“Hanya dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah terlibat dalam pemusnahan hutan suatu masa dahulu.”…
3.    Imbas Kembali  
Contoh:
Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu tiga puluh tahun yang lalu.Jari jemarinya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan begitu banyak memori…

4.    Suspens  
Contoh:
“Tapi kenapa semua kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran. Kehancuran hutan rimba.”  Akhirnya kesesakan di dada Pak Tua ikut terluah bersama linangan air matanya.  Dia menangis kini.  Dia menangis setelah menyedari bahawa tanpa sedar, dia sekali lagi ikut terlibat dalam pemusnahan alam…


Gaya Bahasa
 
1.    Kata ganda  Contohnya pohon-pohon
2.    Metafora  Contohnya ;hutan dara, busana hijau
3.    Hiperbola  Contohnya…jentolak yang dipandu oleh Pak tua telah merobek dan mengoyak hasil busana hutan…
4.    Personifikasi Contohnya ; bunyi mengaum keras mendengung, membingitkan suasana
5.    Repetisi  Contohnya :  Dia menangis kini.  Dia menangis setelah…
6.    Paradoks  Contohnya : …kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran…



Nilai
 

1.    Nilai tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-masing..
2.    Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
3.    Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya.
4.   

Pengajaran



Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah meninggalkan kampung halamannya.


1.    Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk membesarkan dan member pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya..
2.    Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik.Ini yang ditonjolkan oleh anak-anak Pak Tua yang sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan.
3.    Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya.
4.    Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup.Contohnya Pak Tua yang rajin bekerja sejak zaman mudanya lagi.


Latihan
1.      Berikan dua kepentingan hutan kepada manusia.

2.      Nyatakan dua langkah lain selain menjadikan tanah pusakanya sebagai hutan simpan yang boleh diambil oleh Pak Tua untuk melestarikan warisan alam.


Jawapan
1.      Dua kepentingan hutan ialah sebagai sumber makanan dan sumber herba dan akar kayu untuk perubatan.

2.      Memberi penerangan tentang kepentingan khazanah alam kepada para pengunjung dusunnya dan bekerjasama dengan Jabatan Hutan agar hasil hutan simpannya tidak dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Cerpen Penanggungan



Penangguhan
(Wijaya Mala)


Sinopsis:
Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.


Tema: 
Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah atas ketentuan Ilahi. .Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak.Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum.Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya..


Persoalan:
1.    Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.
2.    Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat  rasa bersalah kerana Baharum,, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya..       
3.    Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami .
4.    Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap  yang hidup pasti akan mati.


Plot: 

Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i)          Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi dan mati serta-merta.
(ii)        Perkembangan
Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu terutamanya isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anaknya. Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal ayahnya yang sudah meninggal dunia sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak Masnah yang menangis itu cukup menyentuh hati lelakinya.
(iii)       Konflik
Pada peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Ketika dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.
(iv)       Klimaks
Percakapan antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap dirinya sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu. Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat sementara waktu.
(v)        Peleraian
Peringkat peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia mula menerima takdir Allah..
 

Teknik


1.            Imbas kembali
Kapten Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya. Baharum seorang kelasi – terjatuh atas tiang agung ke atas geladak. …
2.            Suspens
“Perkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya berasaskan sesuatu yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu berpanjangan kepada anaknya.”.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Kapten Mamat
·               Bekerja sebagai kapten kapal.
·               Seorang pesara.
·               Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum..
·               Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan.

Watak Sampingan
1.    Masnah
·         Janda Baharum.
·         Mempunyai dua orang anak.
·         Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.
·         Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.

2.    Isteri Kapten Mamat
·         Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.
·         Percaya kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.

3.    Bahar
·         Anak Baharum
·         Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap


Latar

Latar Masa
1.    Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka bajunya.

Latar Tempat
1.    Rumah Kapten Mamat.Ketika itu membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin.
2.    Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung.
3.    Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora.

Latar Masyarakat
1.    Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri  dan anak-anak arwah  Baharum.
2.    Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan kerjanya akan membayar pampasan.
3.    Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung...
4.    Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat.


Gaya Bahasa:
1.    Kata ganda .
Contoh: :tulang-tulang.

2.    Simpulan bahasa
Contoh : tulang belakang, mengikat perut.

3.    Penggulangan kata
Contoh ;  yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu.

4.    Personifikasi  
Contoh : badannya dihembus angin.

5.    Simile
 Contoh ; jantung saya terasa bagai ditikam-tikam

Nilai
1.      Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.
2.      Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya.
3.      Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.


Pengajaran
1.      Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.
2.      Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.
3.      Kita mestilah menjadi pemimpin yang  memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.
  
Latihan
1.Apakah perasaan Kapten Mamat terhadap Masnah dan anak-anaknya selepas kematian Baharum ?
2.Pada pendapat anda wajarkah Masnah terus bersedih atas kematian suaminya dan tindakan yang sepatutnya diambil olehnya.


Jawapan
1. Kapten Mamat berasa amat terharu dan penuh simpati terhadap Masnah dan anak-anaknya selepas kematian Baharum .Dia berjanji akan membela nasib mereka selagi masih hdup dan menasihati Masnah agar belajar menghadapi kenyataan.yang  suaminya sudah meninggal dunia.

2. Pada pendapat saya Masnah tidak wajar terus bersedih atas kematian suaminya kerana dia perlu meneruskan hidupnya agar  masa depan mereka cerah dengan mencari pekerjaan. Masnah perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat agar nasib mereka lebih terbela.

Monday, July 30, 2012

Contoh Soalan dan Jawapan Hikayat Opu Daeng Menambun


Contoh Soalan dan Jawapan Hikayat Opu Daeng Menambun
1.         Apakah maksud ungkapan ‘beramu kayu membuat rumah’?
            -           mencari kayu-kayu yang sesuai untuk membina tempat kediaman.

2.       Pada pendapat anda, mengapakah orang-orang yang turun di Kuala Kandang Kerbau segera membina rumah?
            -           kerana mereka akan berada lama di situ;
            -           kerana kapal mereka tidak dapat meneruskan pelayaran disebabkan        kematian angin;
            -           kerana mereka hendak mengadakan majlis keramaian.

3.         Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang menjadi pilihan rakyat?
            -           amanah dalam menjalankan tugas;
            -           adil dalam pemerintahan;
            -           mengambil berat kebajikan rakyat;
            -           sedia menerima pandangan rakyat bawahan.

4.         Pada pandangan anda, bagaimanakah hubungan persaudaraan dalam keluarga dapat dipererat?
            -           kasih sayang ibu bapa secara adil;
            -           mengadakan hari keluarga;
            -           sentiasa berkomunikasi antara ahli keluarga;
            -           tiada perasaan iri hati antara ahli keluarga.