Monday, March 09, 2009

Air Itam Team Building Centre












9 Mac 2009, cuti umum Maulidur Rasul, saya membuat lawatan ke Pulau Pinang. Destinasi kali ini adalah memandu naik ke Kek Lok Si. Tapi dalam perjalanan naik ke atas, saya dapati ada satu empangan. Sebelum tiba di empangan, kami tiba dulu di Air Itam Team Building Centre. sambil melawat tempat penginapan, kami telah berpeluang berehat sambil menyanyi karaoke.
Kepada anda yang ingin mengadakan latihan team building, anda boleh mempertimbangkan tempat ini. Layarilah laman web berikut untuk keterangan yang lebih lanjut.

Sunday, March 01, 2009

Cheong Fatt Tze Mansion

1 Mac 2009, hari Ahad, rancangan awal adalah ke kem PLKN di Tapah untuk melawat anak saudara, Andrew yang sedang menjalani latihan di sana. Oleh sebab hari ini mereka perlu membuat persediaan untuk upacara penutup yang akan datang, kebenaran melawat tidak dibenarkan. Maka saya pun membuat keputusan untuk melawat Cheong Fatt Tzeansion di Georgetown.

Waktu lawatan di Mansion itu adalah pada pukul 11 pagi dan pukul 3 petang setiap hari. Bayaran masuk adalah RM12 seorang dan ada pembantu pelancong mengiringi semua pelawat untuk memberi penerangan tentang sejarah Mansion tersebut. Selama 1 jam, kami telah menghadiri satu sesi penerangan sejarah bangunan tersebut yang penuh makna. Terdapat sebanyak 16 buah bilik yang boleh disewa kepada pelancong yang berminat untuk menginap di bangunan bersejarah itu, tetapi bayarannya satu malam adalah lebih daripada RM300. Kepada anda yang berminat untuk mengetahui bangunan bersejarah itu dengan lebih mendalam, layarilah laman web berikut.

http://www.cheongfatttzemansion.com





Sunday, February 15, 2009

Seafood Kemunting










Seafood di Kemunting, pernah datang sebelum ini. Kali ini pergi bersama abang dan kakak isteri.

Valentine Dinner


Seingat saya, inilah makan malam Hari Kekasih yang istimewa sebab isteri kesayangan saya sendiri yang memasak. Makan pada hari yang istimewa tentu mempunyai rasa yang berbeza.
Isteri memasak dengan kasih sayang. Kalau makan di luar, tukang masak hanya menjalankan tanggungjawabnya atas arahan majikan, dan mungkin dengan suasana persekitaran yang penuh perhiasan. Di rumah, lain rasanya.





Monday, February 09, 2009

5 Februari 2009

Hari keempat Tahun Baharu Cina, isteri mengadakan perjumpaan dengan rakan sedarjah sekolah rendahnya di rumah.


Yang datang semuanya berwajah ceria. Ada yang tidak pernah berjumpa selama 30 tahun.


Mereka yang datang membawa sedikit makanan untuk dinikmati bersama. Tetapi yang penting pada malam itu bukannya makan, melainkan bersembang dan bertanya khabar.


6 Februari 2009

Selepas berpisah selama 20 tahun, akhirnya kami dapat berjumpa semula, walaupun hanya dapat mengumpul sebanyak 8 orang daripada kelas PMC3, PMC4 dan PMC5.



Kami berkumpul di Bukit Mertajam dan menikmati steamboat pada 6 Februari 2009.


Masih kenal antara satu sama lain, ada yang tidak berubah langsung walaupun telah mempunyai 3 orang anak.
Selepas ini, saya akan cuba menghubungi rakan-rakan yang lain yang berselerak di seluruh negara, melaksanakan amanah sebagai pendidik anak bangsa.

Kalau ada sesiapa antara anda yang kenal guru lulusan MPRM sesi 1986-1988, sila hubungi saya di blog ini.

Terima kasih.

Wednesday, February 04, 2009

Hari Ketiga Tahun Baharu Cina


Anak murid datang berkunjung.

Rakyat Perak Dipermainkan

Mengejutkan. Perkembangan politik di negeri Perak menyaksikan perubahan mendadak. Tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak meninggalkan parti masing-masing dan menyokong Barisan Nasional (BN). Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah Perak telah lumpuh dan hanya tinggal 28 kerusi ADUN berbanding BN yang kini mempunyai 31 kerusi ADUN.

Apa yang hendak saya sampaikan di sini bukan berita terkini atau perkembangan politik yang boleh kita ikuti daripada berita semasa. Saya cuma hendak memberi pandangan tentang soal moral yang ada pada diri ADUN berkenaan. Mereka yang bertindak meninggalkan parti yang telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk bertanding dalam pilihanraya dan menyebabkan kerajaan yang dibentuk itu lumpuh sebenarnya adalah pengkhianat. Parti yang menerima ADUN yang melompat itu juga sangat menjijikkan. Kepercayaan rakyat negeri Perak telah dijadikan bahan ketawa yang hanya cuma untuk menguntungkan diri sendiri.

Namun, kebijaksanaan Sultan Perak dalam menangani masalah ini tidak boleh dipertikaikan. Saya penuh yakin baginda akan memberi jawapan yang akan melegakan semua rakyat Perak. Kembalikan kuasa kepada rakyat semula untuk menentukan parti mana yang akan memimpin dan mentadbir negeri kesayangan mereka.

Wednesday, January 28, 2009

Hari Kedua Tahun Baharu China 2009


Hari kedua kami menerima tetamu yang datang berkunjung ke rumah baharu kami.

Sebelum itu, isteri sibuk menerima dan membuat panggilan telefon untuk memastikan masa kedatangan tetamu.

Kemudian, tetamu pun datang menyusul. Yang pertama ialah anak saudaranya, Shawn.






Selepas itu, datang pula rakan setugas isteri dan rakannya semasa di sekolah rendah.



Tahun baharu di rumah baharu, hhhmmmm... perasaan gembira susah hendak dibayangkan.

Friday, May 09, 2008