Tuesday, February 14, 2012

Dirgahayu Bahasaku


Dirgahayu Bahasaku
(Ahmad Sarju)

Maksud
 
 



Rangkap 1
Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah.

Rangkap 2
Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

Rangkap 3
Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada.

Rangkap 4
Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar.

Rangkap 5
Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan.


Tema
 




Semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak.
  
Persoalan
 




  1. Persoalan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara ini.
  2. Persoalan perjuangan memartabatkan bahasa. Perjuangan memartabatkan bangsa dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu.
  3. Persoalan sejarah kegemilangan Bahasa Melayu.Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri.
  4. Persoalan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat komunikasi yang penting.




Bentuk
 


1.    Bebas
2.    Terdapat  5 rangkap
3.    Rima akhir baris-baris ayat
·         Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.
·         Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnyanya aabab
·         Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc
·         Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
·         Rangkap 5 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abaccaa

Nada
 




Patriotik


Gaya Bahasa
 




1.          Ayatnya pendek-pendek
Contohnya :setia dan amanah

2.          Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya; warga yang berbudi

3.          Aliterasi – perulangan konsonan’m’
                Contohnya : hak bangsaku memilikimu


4.          Asonansi – perulangan vokal ’a’
                      Contohnya : Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan

5.          Sinkope .
Contohnya: mu, ku, tak

6.          Metafora
         Contohnya : lautan bijaksana, mutiara silam, lagu bahasamu

7.          Perlambangan
                      Contohnya ; pejuangku, pelautku, pulau

8.          Personifikasi
          Contohnya : bahasaku mencengkam, suaramu tumbuh.

9.          anafora
           Contohnya ; hak bangsaku memilikimu
                               hak bangsaku mendaulatkanmu

10.       Epifora
           Contohnya ; hak bangsaku memilikimu
                               hak bangsaku mendaulatkanmu


Nilai
 





1.          Nilai bersopan santun. Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi bahasa dapat dilahirkan dalam komunikasi.
2.          Nilai setia pada bangsa. Apabila memartabatkan bahasa maka nilai setia dapat ditunjukkan.
3.          Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa.Warisan bangsa perlu dipertahankan.
4.          Nilai mencintai bahasa bangsa sendiri. Sesuatu bangsa bertanggungjawab mencintai bahasanya sendiri.
5.          Nilai bersatu padu semasa menggunakan bahasa yang sama Penggunaan bahasa yang sama dapat memupuk nilai bersatupadu..
6.          Nilai kegigihan dalam memastikan bahasa Melayu terus digunakan.Sifat ini penting agar penggunaan bahasa Melayu dapat diteruskan.

Pengajaran
 




  1. Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu hendaklah  sepenuh jiwa.
  1. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu
  1. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
  1. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya  berkembang dan mendapat perhatian masyarakat dunia.


Latihan
 
 

1.          Apakah gaya bahasa bagi rangkai kata di bawah?
          “lautan bijaksana”
         
          Jawapan: metáfora

2.          Apakah maksud bait puisi di bawah?
           “merentas dunia tak bertepi”

           Jawapan: dunia yang tiada penghujungnya

Syair Makna Riak


Puisi Tradisional
(Syair Makna Riak)
 


 Maksud

Rangkap 1: 

Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.  Perbuatan ini dibenci oleh tuhan kerana mendatangkan syirik.

Rangkap 2: 

Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri.

Rangkap 3: 

Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia.  Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura.

Rangkap 4: 

Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya.  Dia sentiasa membaca al-quran dan memberi ceramah.  Namun perkara yang betul dan salah semua dicampur aduk.

Rangkap 5: 

Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik.  Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia disangka cerdik.  Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu.

Rangkap 6: 

Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian.  Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya serta di tangannnya memegang tasbih. 

Rangkap 7: 

Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah.  Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua.

Rangkap 8:

Riak boleh mendatangkan bala.  Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak.



Tema 
 Syair ini mengemukakan tema tentang sifat-sifat manusia yang riak.

 
Persoalan 

  1. Persoalan sifat riak merupakan sifat yang dibenci oleh tuhan.
  2. Persoalan terdapat golongan manusia yang suka menunjuk-nunjuk tentang kelebihan diri.
  3. Persoalan ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri
  4. Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat keberkatan – amalan tidak diterima oleh Allah.

 Bentuk

  1. Rima akhir aaaa.
  2. Syair ini mengandungi lapan rangkap.
  3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
  4. Jumlah perkataan antara empat hingga lima patah kata setiap baris.
  5. Jumlah suku kata antara 7 hingga 14 suku kata setiap baris.

Gaya Bahasa 

  1. Diksi (Bahasa Arab)
Contoh :  syirik, jazbah, Allah, zikir dan sebagainya.

  1. Simile
Contoh: Terkadang jazbah seperti gila.

  1. Asonansi
Contoh: supaya disangkanya ianya wali (pengulangan vokal ’a’)

  1. Aliterasi –
Contoh: Tetapi hatinya ke dunia bertali (pengulangan konsonan ‘t)

  1. Inversi
Contoh  – akan dunia tidak peduli.



Nilai 

  1. Nilai kesyukuran
Contoh:  bersyukur dengan ilmu yang dimiliki.

  1. Nilai kesederhanaan
Contoh: bersederhana dalam segala perbuatan tanpa menunjuk-nunjuk.


 Pengajaran

  1. Kita janganlah bersifat riak.
  2. Kita janganlah suka menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada pada diri kita.
  3. Kita haruslah menggunakan ilmu yang dimiliki ke arah jalan benar.
  4. Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas.
  5. Kita janganlah melakukan perkara yang membawa kepada syirik.



LATIHAN

  1. Berikan maksud rangkap kedua Syair Makna Riak.

  1. Kemukakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Makna Riak


Jawapan :

  1. Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri.

  1. I) Diksi (Bahasa Arab)
Contoh :  syirik, jazbah, Allah, zikir dan sebagainya.

ii) Simile
Contoh: Terkadang jazbah seperti gila

Pantun Lapan Kerat


Puisi Tradisional
(Pantun Lapan Kerat)



 Maksud

Rangkap 1

Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.

Rangkap 2

Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah.

Rangkap 3

Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.

Tema 

Keagamaan

 Persoalan
1.    Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1)
2.    Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2)
3.    Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)

 Bentuk

1.    Mempunyai  3 rangkap.
2.    Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.
3.    Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : ikan teluk parang-parang ( 3 perkataan – rangkap 2)
Contoh : biarlah sabar dengan perlahan ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Di  tepi halaman menanam kubis ( 5 perkataan – rangkap 1)
4.    Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata.
5.    Rima akhir abcdabcd
6.    Bentuk pantun terikat.

Gaya Bahasa 

1.    Unsur bunyi
Asonansi -  kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6)
Aliterasi – bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

2.    Sinkof
Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

3.    Kata ganda
Anak ketam disangka lelabi (rangkap 2 baris 2)
Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4)
Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5)
Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1)

4.    Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya
Haiwan – ikan , ketam, lelabi
Alam – hutan, langit, bumi


 Nilai

1.    Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis.
2.    Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita  dengan segala anugerah Allah kepada kita.
3.    Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.


Pengajaran 

1.    Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan.
2.    Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin.
3.    Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.


LATIHAN.

1.    Berikan maksud rangkap Pantun Lapan Kerat dibawah.

Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman
Tidak patah digoncang iblis
Akhirnya menang berjaya.

2.    Nyatakan unsur-unsur alam yang terdapat dalam  Pantun Lapan Kerat.

  
JAWAPAN

1.    Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.

2.    Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya
Haiwan – ikan , ketam, lelabi
Alam – hutan, langit, bumi

Pantun Enam Kerat


Puisi Tradisional
(Pantun Enam Kerat)

Maksud

 

Rangkap 1
Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam.
Rangkap 2
Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita.
Rangkap 3
Sudah menjadi kelaziman  manusia sering melebihkan orang   yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi.


Tema

 

Kekecewaan dalam hidup.


Persoalan

 



1.        Persoalan menyembunyikan hati yang terluka (rangkap 1)
2.        Persoalan menerima suratan takdir (rangkap 2)
3.        Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama. (rangkap 3)


Bentuk

 

1.        Mempunyai  3 rangkap
2.        Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap
3.        Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris
        Contoh : Putik kelapa menjadi muda ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Sudah mendapat orang yang baru (5 perkataan – rangkap 3)
4.        Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.
5.        Rima abcabc
6.        Bentuk pantun terikat.


Gaya Bahasa

 

1.        Unsur bunyi
Asonansi – hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal ‘a’
Aliterasi – kail tersangkut di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan ‘t’

2.        Peribahasa
Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6)
Ibarat melukut di tepi gantang (rangkap 3 baris 6)

3.        Sinkope
Rasa pedih buat  tak tahu (rangkap 1 baris 5)

4.        Repitisi
Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5)

5.        Unsur alam
Haiwan –  ikan cencaru, ikan gelama
Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh,


NILAI

 


1.    Nilai keredaaan.Contohnya reda dengan suratan takdir.
2.    Nilai  ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.


Pengajaran

 

1.        Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa.
2.        Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir.
3.        Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita.


Latihan
1.    Nyatakan maksud rangkap pertama pantun tersebut.
2.    Berikan maksud ibarat melukut di tepi gantang.

Jawapan
1.    Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam.
2.    Maksud ibarat melukut di tepi gantang ialah orang yang kurang penting.

Monday, December 27, 2010

Friday, January 01, 2010

Christmas Eve at Pattaya 2009

Tahun Baharu 2010











Semalam, datang ke Gurney Drive untuk menyambut kedatangan Tahun Baharu 2010. Menginap di G Hotel, sebelahnya Gurney Plaza. Ada sambutan dan persembahan pentas di tengah-tengah dua bangunan tersebut. Kebetulan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng merasmikan Tahun Melawat Pulau Pinang 2010-2012.

Kedatangan tahun baharu seharusnya diikuti dengan azam baharu. Tetapi saya masih belum memikirkannya. Yang penting, saya akan hidup dengan lebih bermakna, lebih menyayangi diri sendiri.

Sunday, October 11, 2009

Tangan Halus Ibu

Saya sudah lupa, bilakah kali terakhir saya memegang tangan ibu. Setahu saya, sudah agak lama, berpuluh-puluh tahun dahulu.

Ibu dimasukkan ke hospital sejak 19/9/2009, sehari sebelum saya memulakan lawatan ke Kemboja. Semenjak dua minggu lepas, setiap hujung minggu, saya akan menemani ibu di hospital. Saya perlu memegang tangannya apabila dia perlukan bantuan. Saya menyapu ubat ke tangan dan kakinya, berkesempatan untuk mengupas kulit tangan dan kakinya.

Ibu sudah agak tua, 69 tahun. Dulu saya melihat ibu, masih bertenaga, boleh mengopek kelapa. Sekarang sudah tidak lagi. Sebelum dimasukkan ke hospital, ibu hanya boleh berjalan buat sementara, dan perlu duduk berehat.

Ibu disahkan mempunyai batu karang di buah pinggang, dan perlu dikeluarkan. Temu janji dibuat di Hospital Selayang, tetapi belum ditetapkan tarikhnya.

Saya berdoa semoga ibu cepat sembuh.

Sunday, October 04, 2009

Lawatan 5 Hari 4 Malam ke Kemboja






Dua bandar utama yang kami lawati, iaitu Seam Reap dan Phnom Penh. Untuk gambar yang lebih banyak, sila ke facebook saya di blteng63@yahoo.com .