Sunday, April 12, 2015

6:20 ~ Siti Jasmina Ibrahim

Novel ini dijadikan bacaan wajib bagi murid Tingkatan Tiga  sebagai novel komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Isunya agak rumit, tentang perjuangan golongan muda yang dipengaruhi oleh dakyah yang cuba menghuru-harakan keamanan negara.

Bagi saya, novel ini lebih sesuai kalau dijadikan teks bagi murid Tingkatan Lima. Isu tentang perjuangan menuntut kebebasan mutlak tidak terbayang oleh golongan yang masih berusia 15 tahun.

Tuesday, April 07, 2015

Murid Yang Berjaya

Murid Yang Berjaya
            Jalan menuju kejayaan merupakan satu proses yang berpanjangan. Tidak ada jalan pintas, juga bukan melalui cara yang haram.
            Pepatah Melayu mengatakan, “kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
            Jadi, apa itu kejayaan?
            Apakah petunjuk bagi mengukur kejayaan?
Dalam mengukur kejayaan bagi sesebuah pasukan bola sepak, misalnya, kita boleh mengatakan bahawa pasukan Barcelona merupakan sebuah pasukan yang berjaya. Pasukan itu telah berjaya menggondol banyak kejuaraan dalam pertandingan Liga Perancis, European Champion League dan sebagainya. Setiap kali pasukan Barcelona bermain, kita akan menyokong pasukan itu dan mahu melihat pasukan itu menang dalam setiap perlawanan.
            Dalam bidang ekonomi, sering kali kita kata seseorang itu berjaya jika dia memiliki sekian banyak harta. Dalam bidang politik, kita akan menganggap seseorang itu telah berjaya jika beliau memegang sesuatu jawatan yang penting, misalnya sebagai perdana menteri bagi sesebuah negara.
            Jadi, apakah ukuran bagi menentukan kejayaan seseorang murid?
            Saya berpendapat, jika mahu menganggap seseorang murid itu ialah seorang yang berjaya, dia mesti memiliki kriteria berikut:
-          Menguasai dan mampu mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajarinya;
-          Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dengan penuh komitmen;
-          Memiliki sahsiah diri yang tinggi;
-          Mempunyai tubuh badan yang sihat; dan
-          Menjalani kehidupan berasaskan nilai-nilai kerohanian yang dipercayainya.
Saya yakin, setelah tamat belajar di sekolah ini, anda semua telah menjadi murid yang berjaya.
SELAMAT MAJU JAYA